Pages


Monday, December 28, 2009

Mesej dari Belara 11

Hidup ini amat berharga
bagi yang tahu menilainya.
22/12/09 @ 11.55 PM

Ya Rabbi,
peritnya kematian,
tetapkan iman kami.
21/12/09 @ 11.30 PM

Apa yang berlaku,
semua dalam ilmuNYA.
apakan terdaya pada kita,
terserah padaNYA.
21/12/09 @ 11.21 PM

Kalaulah kita tahu
betapa indah bersamaNYA,
tentu kita tak sanggup berpisah
walau seketika cuma.
20/12/09 @ 10.53 PM

2 comments:

insan biasa said...

Penduduk Palestin di Genting Gaza semalam menyambut ulang tahun pertama permulaan serangan ganas Israel selama 22 hari di wilayah itu yang menyebabkan 1,400 penduduk maut dan kemusnahan harta benda bernilai beratus juta dolar.

Siren serangan udara dibunyikan pada jam 11.20 pagi (5.20 petang waktu Malaysia) iaitu waktu serangan udara Israel itu dilancarkan.

Kebanyakan mereka yang maut ialah orang awam termasuk 400 kanak-kanak.

ayah said...

dunia penjara bagi mukmin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BICARA AGAMA


Popular Posts


uwais al qarni…

engkau hanya seorang insan biasa
dari kalangan bani yaman
disisimu tiada punyai nama
pangkat darjat mahupun kedudukan

setianya umar ali menanti satu harapan
kerna mengharap pengampunan
seperti mana yang telah dikhabarkan
oleh utusan rasul junjungan

keadaanmu dipandang hina
kerna berpakaian serba kedhaifan
namun begitu kau sentiasa melemparkan
pandanganmu ketempat sujudmu

wahai uwais.. kekasih allah
sunyinya namamu di dunia
tetapi terkenal namamu disana
sehingga rasul menyintaimu

beruzlah dirimu dari manusia
kerna ingin mengabdikan padanya
bagimu merasa aman bersamanya
bagaikan alam adalah dirinya…

Ya Allah,
malam hanya terasa indah
apabila berbisik denganMU,
siang hanya terasa indah
apabila mentaatiMu.

Tiada kelazatan dunia
kecuali dengan menyebut namaMU,
Dan akhirat tidak terasa indah
kecuali dengan beroleh kemaafan dariMu.

Juga syurga tidak terasa indah
kecuali dapat melihat-MU

munajat Yahya bin Muaz Ar-Razi