Pages


Sunday, October 31, 2010

Rahmat

Akhirnya,
hujan itu
turun lagi
mencurah kasih
kepada bumi...

dan hujan,
walau apa pun
keadannya
adalah
Rahmat
dan juga ujian...

Friday, October 29, 2010

Muhasabah Diri

Wahai manusia,
Alangkah banyaknya lampu yang telah padam tertiup anginnya, alangkah banyaknya orang abid amalanya musnah disebabkan rasa bangga dan ujud, alangkah ramainya orang kaya jadi binasa kerana kekayaannya, alangkah ramainya orang fakir rusak kerana kefakirannya, alangkah banyaknya orang yang sihat jadi binasa kerana kesihatannya, alangkah ramainya orang alim jadi binasa kerana ilmunya, alangkah ramainya orang yang jahil binasa kerana kejahilannya.

Wahai manusia,
Setiap hari umur engkau berkurangan padahal engkau tidak sedar, setiap hari Aku beri rezeki kepadamu tetapi engkau tidak berterima kasih, yang sedikit tidak mencukupi dan yang banyak pun masih terasa kurang.

Wahai manusia,
Tidak berlalu sehari semalam melainkan sentiasa rezeki datang kepadamu tetapi para malaikat melaporkan kepadaKU tentang kejahatanmu. … sepertimana tidak ada jalan untuk ke shurga melainkan dengan amal dan tidak buleh mengumpulkan harta yang banyak melainkan dengan keringat dan kepenatan, Maka begitulah kamu tidak buleh masuk kedalam shurga melainkan dengan sabar mengabdikan diri kepada Allah. Oleh itu dekatilah Allah dengan melakukan amalan sunat, carilah keredhaan Allah melalui orang-orang miskin di kalangan kamu, Dan dapatkanlah kasih sayang dan rahmat Allah di tempat-tempat ulamak kerana sesungguhnya rahmat dan kasih sayang Allah tidak pernah berpisah daripada ulamak walaupun sekelip mata.

Wahai manusia,
Aku hairan terhadap mereka yang yakin dengan mati tetapi bagaimana mereka masih suka gembira. Aku hairan terhadap mereka yang yakin akan adanya hisab (perhitungan) tetapi mereka masih tamak mengumpulkan harta benda… Aku hairan terhadap mereka yang yakin tentang akhirat namun mereka masih bersenang-lenang… Aku hairan terhadap mereka yang sibuk memperkatakan atau menceritakan keaiban atau kekurangan orang lain padahal mereka lupa tentang keaiban diri mereka sendiri… Aku hairan terhadap mereka yang yakin bahawa mereka akan mati seorang diri, masuk ke dalam kubur seorang diri, akan disoal oleh mungkar dan nangkir dalam keaadan seorang diri tetapi mereka masih berjinak-jinak dengan manusia.


Tazkirah oleh,
Ust Mohd Puad Abd Wahab
Di sebuah pondok…
29 Okt 2010 @ 11.00 pagi.

Friday, October 15, 2010

Kelebihan fakir

Kata Imam al-Ghazali:
“Makna fakir itu ‘ibarat daripada ketiadaan mendapat barang yang berhajat kepadanya. Adapun tiada mendapat barang yang tiada berhajat kepadanya, maka tiada dinamakan fakir. Dan jika ada yang berhajat kepadanya maujud lagi kuasa atasnya, tiada dinamakan yang berkehendak itu fakir.”

Orang Miskin Masuk Syurga Mendahului Orang Kaya
Dan adalah Rasulullah s.a.w. berkata pada do’anya:
“Hai Tuhanku, hidup olehmu akan daku miskin, dan mati olehMu akan daku miskin, dan himpunkan olehmu akan daku di dalam himpunan segala orang miskin.”

Maka kata ‘A’isyah r.a. baginya:
Kerana apa ya Rasulullah?”

Maka sabdanya:
“Bahawasanya mereka itu masuk syurga dahulu daripada orang kaya dengan 40 tahun. Hai ‘A’isyah, jangan engkau tolak akan orang miskin dan jikalau dengan sebelah buah tamar sekalipun. Hai ‘A’isyah, kasih olehmu akan segala miskin, dan hampirkan olehmu akan mereka itu, nescaya hampir akan dikau Allah Ta‘ala pada hari qiamat.”

Dan pada hadith Tirmidhi, daripada hadith Abi Hurairah, katanya: Sabda Rasulullah s.a.w.: “Masuk syurga orang fakir dahulu daripada orang kaya dengan 500 tahun,
dan iaitu nisfu hari.”

Maka jika dikata orang: “Betapa dua hadith itu?”
Jawabnya: Dengan dihimpunkan antara dua hadith itu, bahawasanya 40 tahun itu dikendak dengan dia terdahulu fakir yang loba atas orang kaya. Dan dikehendaki dengan 500 tahun itu fakir yang zahid atas orang kaya yang gemar kepada dunia.

Sabda Nabi s.a.w.:
“Bermula fakir itu terlebih perhiasan atas orang mu’min daripada tali di atas pipi kuda.”
Dan dikehendaki dengan dia fakir,
yang tiada berhajat kepada manusia.

Dan sabda Nabi s.a.w.:
“Bermula kepapaan itu kecelaan dan kehinaan pada manusia, dan terlebih perhiasan dan kemuliannya pada Allah Ta‘ala pada hari qiamat”, yakni; kerana sejahtera taulannya pada dua negeri.

Nabi Dan Sahabat Yang Terakhir Masuk Syurga
Dan tersebut pada khabar: “Bermula akhir anbiya’ masuk syurga itu Nabi Sulaiman bin Daud ‘Alahimassalam, kerana tempat kerajaannya. Dan akhir sahabatku masuk syurga,
'Abdul Rahman bin ‘Auf, kerana kayanya.

Dan sabda Nabi s.a.w.:
“Bagi tiap-tiap suatu itu anak kunci. Dan anak kunci syurga itu kasih akan segala miskin dan fuqara’ kerana sabar mereka itu. Mereka itulah yang sekedudukan serta Allah pada hari qiamat,” yakni; yang hampir kepadaNya.

Dan kata Yahya bin Mu‘adh: “Kasih engkau akan fuqara’ itu daripada perangai mursalin (para rasul). Dan memilih engkau duduk serta mereka itu daripada ‘alamat orang salihin, dan lari daripada bersahabat dengan mereka itu daripada ‘alamat orang munafiqin.”

Dan sabda Nabi s.a.w.:
“Bahawasanya Allah Ta‘ala kasih akan hambaNya yang mu’min yang faqir yang terpelihara ia, yakni daripada yang haram, dan daripada meminta-minta kepada manusia lagi mempunyai ‘iyal,” yakni; ahli (tanggungan).

disuatu Pondok,
Kelantan
15 Okt 2010
@ 10.50am

Wednesday, October 13, 2010

Ke mana tujuan...

Nafsu membawa pengertian kepada apa sahaja tabiat-tabiat atau kelakuan yang membabitkan perasaan marah, nafsu berahi dan syahwat dan semua sifat-sifat yang keji. Tetapi apabila nafsu-nafsu ini diasah dengan ibadah seperti zikir, maka dapatlah nafsu-nafsu ini berubah dari yang keji menjadi nafsu yang terpuji.

Adapun Martabat Nafsu pada diri manusia itu adalah terdiri dari tujuh (7) nafsu sebagimana yang termaktub didalam Al-Quran :

Nafsu AMARAH
Nafsu LAWAMAH
Nafsu MULHAMAH

Nafsu MUTHMAINAH
Nafsu RADIAH
Nafsu MARDIAH
Nafsu KAMALIAH


“Sesungguhnya Kami telah menciptakan ke atas dirimu tujuh jalan (nafsu)”
( Surah Al-Mu’minun ayat – 17 )


NAFSU AMARAH

Nafsu Amarah itu adalah satu kelakuan hati yang menerbitkan suatu perangai yang mengandungi sifat-sifat Mazmumah yang terlampau banyak dan tempatnya ialah neraka jahannam.

Antara sifat-sifat nafsu ini; .

[ ] dengki
[ ] khianat
[ ] iri hati
[ ] pemarah
[ ] berang
[ ] emotional
[ ] bakhil
[ ] sukakan dunia
[ ] panjang angan-angan
[ ] sombong
[ ] inginkan keagungan
[ ] dendam
[ ] khianat
[ ] mencela orang lain
[ ] menjaja keburukkan orang
[ ] bersifat bermuka-muka
[ ] lalai kepada Allah
[ ] ……..


NAFSU LAWAMAH

Pada peringkat nafsu Lawamah manusia telahpun dapat menguasai satu perasaan semacam melarang seseorang manusia itu melakukan sesuatu kesalahan kezaliman dan apa saja yang ditegah oleh syariat. Perasaan ini timbul pada sudut-sudut hatinya pada setiap ketika mereka melakukan sesuatu kesalahan, maka bisikan di dalam hati mereka inilah dinamakan Lawamah. Ianya ibarat taufik dan hidayah Allah untuk memimpinnya kembali dari kesesatan dan kesalahan kepada kebenaran dan jalan yang lurus.

Antara sifat-sifat nafsu ini; .

[ ] Meneliti dan mencela diri sendiri
[ ] Bertafakur dan berfikir
[ ] Membuat kebajikan kerana ria
[ ] Kagum pada diri sendiri yakni 'ujub
[ ] Membuat sesuatu dengan sum'ah - agar dipuji
[ ] Cepatrasa bersalah pd Allah, Rasulullah atas keterlanjurannya
[ ] Takjub pada diri sendiri
[ ] Merenung segala kesilapan lampau
[ ] Menyesal, keluar air mata penyesalan
[ ] Kerap menangis semasa solat/sendirian/berzikir/berselawat
[ ] Mengkaji dan meneliti alam dan kejadian
[ ] Membandingkan sesuatu dengan dirinya
[ ] Cenderung kpd perbincangan berkaitan soal mengenal diri
[ ] Jemu dengan persoalan yang tidak berkaitan dengan agama
[ ] ………..


NAFSU MULHAMAH

Setelah seseorang itu berjaya mengikuti petua daripada gurunya dan menerima teguran isyarat Lawamah dengan patuhnya, maka seseorang itu akan tercapai tahap nafsu yang lebih tinggi dan mulia martabatnya daripada nafsu Amarah dan nafsu Lawamah.

Antara sifat-sifat nafsu ini :

[ ] Ketenangan
[ ] Lapang dada
[ ] Tidak putus asa.
[ ] Tak sayangkan harta
[ ] Qanaah.
[ ] Berilmu laduni
[ ] Merendah diri
[ ] Tawwadu'
[ ] Taubat hakiki
[ ] Sabar hakiki
[ ] Tahan ujian dalam menanggung kesusahan
[ ] Menguasai ilmu qalam
[ ] …………

Tetapi manusia diperingkat ini masih wujud lagi terkadang-kadang sifat Mazmumah yang dikeji oleh Allah swt. Jiwa mereka kadang-kadang tenang dan ada masanya fikirannya gelabah, gelisah dan sebagainya. Pendek kata sifat-sifat Mazmumah itu masih lagi melanda jiwa mereka.

Saya memperingati diri sendiri, teman-teman dan anak-anak, tuntutilah Ilmu Tasauf sehingga tercapai martabat yang tinggi yang mendekatkan diri kepadaNYA. semoga kita bersama selamat di dunia dan akhirat, InsyaALlah.

“Berbahagialah engkau yang mencapai martabatnya”

Friday, October 01, 2010

Segalanya tak bernilai

Tanpa Cinta,
Segalanya tak bernilai...


Jika engkau
bukan seorang pencinta,
maka jangan pandang hidupmu adalah hidup.
Sebab tanpa Cinta,
segala perbuatan
tidak akan dihitung
pada Hari Perhitungan nanti.

Setiap waktu yang berlalu tanpa Cinta,
akan menjelma menjadi wajah
yang memalukan dihadapanNya.

Burung-burung Kesedaran
telah turun dari langit
dan terikat pada bumi
sepanjang dua atau tiga hari.
Mereka merupakan bintang-bintang
di langit agama yang dikirim dari langit ke bumi.

Demikian pentingnya
Penyatuan dengan Allah
dan betapa menderitanya keterpisahan denganNya.

Wahai angin,
buatlah tarian ranting-ranting
dalam zikir hari yang kau gerakkan dari Persatuan.

Lihatlah pepohonan ini !
Semuanya gembira
bagaikan sekumpulan kebahagiaan.
Tetapi wahai bunga ungu,
mengapakah engkau larut dalam kepedihan ?
Sang lili berbisik pada kuncup :
“Matamu yang menguncup akan segera mekar.
Sebab engkau telah merasakan
bagaimana Nikmatnya Kebaikan.”

Di manapun,
jalan untuk mencapai Kesucian Hati
adalah melalui Kerendahan Hati.
Hingga dia akan sampai pada jawaban “YA”
dalam pertanyaan : “Bukankah Aku ini Rabbmu ?”

~Jalaluddin Rumi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BICARA AGAMA


Popular Posts


uwais al qarni…

engkau hanya seorang insan biasa
dari kalangan bani yaman
disisimu tiada punyai nama
pangkat darjat mahupun kedudukan

setianya umar ali menanti satu harapan
kerna mengharap pengampunan
seperti mana yang telah dikhabarkan
oleh utusan rasul junjungan

keadaanmu dipandang hina
kerna berpakaian serba kedhaifan
namun begitu kau sentiasa melemparkan
pandanganmu ketempat sujudmu

wahai uwais.. kekasih allah
sunyinya namamu di dunia
tetapi terkenal namamu disana
sehingga rasul menyintaimu

beruzlah dirimu dari manusia
kerna ingin mengabdikan padanya
bagimu merasa aman bersamanya
bagaikan alam adalah dirinya…

Ya Allah,
malam hanya terasa indah
apabila berbisik denganMU,
siang hanya terasa indah
apabila mentaatiMu.

Tiada kelazatan dunia
kecuali dengan menyebut namaMU,
Dan akhirat tidak terasa indah
kecuali dengan beroleh kemaafan dariMu.

Juga syurga tidak terasa indah
kecuali dapat melihat-MU

munajat Yahya bin Muaz Ar-Razi