
Setengah dari tanda bahawa seorang itu bersandar diri pada kekuatan amal usahanya, iaitu berkurangnya pengharapan terhadap rahmat kurnia ALlah ketika terjadi padanya sesuatu kesalahan...
Fikir itulah pelita bagi hati, yang mendapat kita ingat akan mati. Ingat-ingat serta fikir sehari-hari, kita duduk dalam kubur seorang diri... hnr885@yahoo.com
engkau hanya seorang insan biasa
dari kalangan bani yaman
disisimu tiada punyai nama
pangkat darjat mahupun kedudukan
setianya umar ali menanti satu harapan
kerna mengharap pengampunan
seperti mana yang telah dikhabarkan
oleh utusan rasul junjungan
keadaanmu dipandang hina
kerna berpakaian serba kedhaifan
namun begitu kau sentiasa melemparkan
pandanganmu ketempat sujudmu
wahai uwais.. kekasih allah
sunyinya namamu di dunia
tetapi terkenal namamu disana
sehingga rasul menyintaimu
beruzlah dirimu dari manusia
kerna ingin mengabdikan padanya
bagimu merasa aman bersamanya
bagaikan alam adalah dirinya…
5 comments:
ya, padahal satu biji mata kita pun lagi berat dri segala amalan kita di dunia ni..
Allah s.w.t Yang Maha Berdiri Dengan Sendiri berbuat sesuatu menurut kehendak-Nya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa dan sesuatu. Apa sahaja yang mengenai Allah s.w.t adalah mutlak, tiada had, sempadan dan perbatasan.
kedhaifan mengajar kita kenal kelemahan seorang hamba, tiada yg terlebih mulia disisiNYA hanya yg bergelar hamba. AMIN
Klu lapar, ingat nasi.... haha... lemah nya hase....
Allah boleh tarik balik nekmat dan kembalikannya dalam tempoh masa yg tidak kita duga. Sengaja Allah menunjukkan kekuasaanNya untuk memberikan kesedaran kepada hamba2Nya...
Post a Comment