-
Fikir itulah pelita bagi hati, yang mendapat kita ingat akan mati. Ingat-ingat serta fikir sehari-hari, kita duduk dalam kubur seorang diri... hnr885@yahoo.com

Friday, August 14, 2009
Pergi tak kembali...
Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi...
Album : Rabbani
(kenangan buat Asri)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

BICARA AGAMA
-
-
Sajak "Keretapi Malam" - Program "Chat With Me Ayah Chik & UAI" Sempena Sambutan Tahun Baru 2015 Dewan Tok Guru, Rusila 31 Disember 2014 Bersama Ust Nazmi Karim, Ust Kamaruzzaman,...10 years ago
-
PANDUAN SOLAT JENAZAH GHAIB - *Apa yang dimaksudkan jenazah ghaib? * Jenazah ghaib bermaksud jenazah yang tidak hadir bersama orang yang mensolatkannya. *Adakah harus melakukan solat k...8 years ago
-
-
GANTI PUASA BAGI PESAKIT DIALYSIS - *Soalan :* Bagi pesakit dialysis yang tak dapat puasa kerana uzur, adakah kena bayar puasa juga bila mampu? Jika tidak tahu bila yang mampu, boleh tak te...1 month ago
-
ADAKAH BACAAN AL-FATIHAH DENGAN SUARA BERBISIK TIDAK SAH SOLATNYA ? - Jawapan oleh : Ustaz Syed Shahridzan Mengenai bacaan al-Fatihah dengan suara berbisik, terdapat nukilan dari kitab ‘Hasyiah Al-Syubramullisi ‘ala al-Nihaya...5 years ago
-
Hibah Tabung Haji 1.25 % : Mengapa, Kenapa Dan Bagaimana ? - Ada yang bertanya mengapa hibah tabung haji sangat rendah? lalu muncul sedikit kepanikan dan ketidakpuasan hati, sebahagian didasari kebimbangan tulen, s...6 years ago
Popular Posts
-
Tarikh: 20 Ramadhan 1433H bersamaan 9 Ogos 2012 (Khamis malam Jumaat) Masa: 9.30pm (untuk terawih dan pengurniaan zakat) 3.00am (untuk qiamu...
-
“Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat kepadanya, selamatkan dia, ampunilah dan tempatkanlah dia di tempat yang mulia, luaskan kuburannya,...

uwais al qarni…
engkau hanya seorang insan biasa
dari kalangan bani yaman
disisimu tiada punyai nama
pangkat darjat mahupun kedudukan
setianya umar ali menanti satu harapan
kerna mengharap pengampunan
seperti mana yang telah dikhabarkan
oleh utusan rasul junjungan
keadaanmu dipandang hina
kerna berpakaian serba kedhaifan
namun begitu kau sentiasa melemparkan
pandanganmu ketempat sujudmu
wahai uwais.. kekasih allah
sunyinya namamu di dunia
tetapi terkenal namamu disana
sehingga rasul menyintaimu
beruzlah dirimu dari manusia
kerna ingin mengabdikan padanya
bagimu merasa aman bersamanya
bagaikan alam adalah dirinya…
Ya Allah,
malam hanya terasa indah
apabila berbisik denganMU,
siang hanya terasa indah
apabila mentaatiMu.
Tiada kelazatan dunia
kecuali dengan menyebut namaMU,
Dan akhirat tidak terasa indah
kecuali dengan beroleh kemaafan dariMu.
Juga syurga tidak terasa indah
kecuali dapat melihat-MU
munajat Yahya bin Muaz Ar-Razi
malam hanya terasa indah
apabila berbisik denganMU,
siang hanya terasa indah
apabila mentaatiMu.
Tiada kelazatan dunia
kecuali dengan menyebut namaMU,
Dan akhirat tidak terasa indah
kecuali dengan beroleh kemaafan dariMu.
Juga syurga tidak terasa indah
kecuali dapat melihat-MU
munajat Yahya bin Muaz Ar-Razi
4 comments:
Asri,
usia baru mencecah awal 40an. ALlah telah pun menjemputmu kembali kepadaNya.
Rupanya pergi mengadapMu Ya ALlah,
tidak mengira usia dan ketika
sampai masa,
kembali jua!
teringak nasyeed hok lamo2..
nok2 lagi berkualiti dari nasyeed lo nih..
ruginya MANUSIA jika ia tidak tahu matlamat ia dijadikan
Ustaz Yusof,
Jazakallahu khairan kathiira
Post a Comment