Betapa sayu mata memandang
Sayu lagi hati didalam...
Tapi,
kita hanyalah merancang
Allah yang menentukan.
Setiap yang terjadi
pasti ada hikmah tersendiri.
Kita semua milikNYA,
kepadaNYA lah tempat kembali.
Semuga roh mereka yang pergi
akan berada ditempat yang terpuji,
insyaAllah.
AL-FATIHAH.
-
7 comments:
gunakanlah masa yg ada dengan sempurna...
Majlis kahwin bertukar tahlil arwah suami
Dec 12, 09 8:03pm
Majlis perkahwinan meraikan Teh Afifah Abdul Hamid, 23, bersama suaminya Mohd Ariff Ab Kadir, 23, digantikan dengan majlis tahlil di rumah keluarga pengantin perempuan di Taman Berlian di Alor Setar hari ini.
Mohd Ariff maut dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa tiga orang yang lain termasuk ibu dan bapanya, Apsah Othman dan Ab Kadir Awang di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar di Perlis, petang semalam.
Ibu Teh Afifah, Siti Aishah Baharum, 58, berkata majlis yang telah dirancang tetap diteruskan kerana semua persiapan telah dibuat, tetapi ia diganti dengan majlis tahlil serta kenduri arwah untuk menantunya.
"Semalam menantu saya (Mohd Ariff) tak banyak cakap, selepas majlis akad nikah, keluarga menantu saya terus pergi ke rumah saya untuk menjamu selera tanpa menunggu sesi bergambar bersama pengantin.
"Saya menyuruh anak saya (Teh Afifah) mengajak suaminya melihat pelamin dan bilik pengantin kerana majlis perkahwinan mereka akan diadakan di Taman Kancil bersebelahan dengan taman perumahan kami, tetapi menantu saya beritahu dia nak cepat balik rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya.
Aishah berkata, semasa diberitahu tentang kematian menantunya itu, beliau tidak memaklumkan terus kepada anaknya, sebaliknya hanya memberitahu bahawa Mohd Ariff terlibat dalam kemalangan.
"Afifah hanya mengetahui suaminya meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Fauziah apabila dia sendiri yang menelefon birasnya yang merupakan doktor di hospital itu," katanya.
Katanya, seminggu sebelum majlis pernikahan Afifah, anaknya memberitahu bahawa dia berasa tidak sedap hati dan tidak ceria.
"Sepatutnya bakal pengantin akan ceria menanti hari bahagia, tetapi sebaliknya berlaku kepada anak saya, mungkin dia dah dapat rasakan perkara buruk akan berlaku," katanya.
Teh Afifah merupakan anak keempat daripada lima beradik dan masih menuntut dalam tahun akhir di Universiti Auckland, New Zealand dalam bidang Sains Kimia. BERNAMA
Inna lillah wa inna ilaiHi raajiuun..
kn, mereka berkenalan sejak dibangku sekolah lagi. sayu hati ayah bila membaca kisah mereka. sbb tu ayah muatkan dlm blog kita. tujuannya, semua yg ada bukan milik kita, semuanya sementara. sampai masa, semua akan kembali kpdNYA.
sama2 fikir jom : Kadang2 bila dah lama memiliki, rasa cam hak sendiri, contohnya harta sendiri, macam kita punya, suka hati berbelanja, pada hal milik Allah S.W.T akan ditanya akhirat kelak.
sedikit peringatan untuk semua, terutamanya diri sendiri;-
Setiap hari kubur menyeru 5 perkara:
1. aku rumah terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran
2. aku rumah gelap, maka terangilah dengan solat malam
3. aku rumah penuh debu,maka bawalah amalan soleh menjadi hamparan
4. aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan bismillah sebagai penawar
5. aku rumah pertanyaan munkar dan nakir, maka banyakkanlah membaca lailaha illa allah
wawawawawawa.....sdehnye....x tau nk kato gapo.....
Allahu Akbar,siapalah kita...
Post a Comment