Kasidah Cinta Rasul Alaihissholatu Wasalam
oleh Kiyai Ahmad Jamhuri Al Banjari Al Makki
Kekasih kita khalilullah habibullah
Beliau dikenal dengan pangkat inilah
Kekasih kita di dalam kitabullah
Beliau pujian dan sanjungan Allah
Kekasih kita kuat dermawannya
Emas perak tidak bermalam dirumahnya
Kekasih kita zuhud tidak mikirkan dunianya
Beliau tidak menyimpan buat esoknya
Kekasih kita bukan orang biasa
Wataknya suci tidak berdosa
Kekasih kita dilihat elok perkasa
Itulah dia pilihan Yang Maha Kuasa
(terjemahan 3 rangkap dari 99 rangkap penuh kasidah)
2 comments:
ado 1 perkara yg kn blaja dr pak Kiyai hok kn nak share disini...
sekali belajar ilmu, terus amalkan.
Pak kiyai tegur cara pelajar2 menjwab salam, selepas tu, terus bagi salam untuk praktiskan teguran tu.
Pak Kiyai ajar selawat, sejurus lepas itu, terus ajak berselawat.
ilmu yg dipelajari jangan ditangguh-tangguh untuk diamalkan, walaupun slow tapi cubalah amalkan terus..
salah silap,harap tegur. Waalahua'lam.
ayah nampak keikhlasan di wajahnya...
Post a Comment