Kasih Pada Rasulullah
18 R`awal 1431 @ 4 Mac 2010
Malam Jumaat, Belara
Fikir itulah pelita bagi hati, yang mendapat kita ingat akan mati. Ingat-ingat serta fikir sehari-hari, kita duduk dalam kubur seorang diri... hnr885@yahoo.com
engkau hanya seorang insan biasa
dari kalangan bani yaman
disisimu tiada punyai nama
pangkat darjat mahupun kedudukan
setianya umar ali menanti satu harapan
kerna mengharap pengampunan
seperti mana yang telah dikhabarkan
oleh utusan rasul junjungan
keadaanmu dipandang hina
kerna berpakaian serba kedhaifan
namun begitu kau sentiasa melemparkan
pandanganmu ketempat sujudmu
wahai uwais.. kekasih allah
sunyinya namamu di dunia
tetapi terkenal namamu disana
sehingga rasul menyintaimu
beruzlah dirimu dari manusia
kerna ingin mengabdikan padanya
bagimu merasa aman bersamanya
bagaikan alam adalah dirinya…
3 comments:
kejayaan akhirat lebih penting...sibuk mana pun dengan dunia, jgn lupa akhirat...kejayaan dunia, kalau bersyukur dgn mulut jah..xcukup...bersyukurla dgn hati, buktikan dgn 'action!' ..
"akhirat lebih baik, lebih abadi"
benar tu kn,
byk org silap faham tentang kejayaan. kejayaan sebenar adalah redho Allah...
"sibuk mana pun dengan dunia, jgn lupa akhirat"- Kn
Silap tu Kak ngoh... sepatutnya,
"sibuk mana pun dengan akhirat, jgn lupa dunia".
baru napok tujuan hidup kita yg sebenar nya... Tapi serupo hok kak ngoh royak la... Cakap saja x cukup... kekekeke~~~
Post a Comment