
Kembali Pada Tuhan
Jika engkau belum mempunyai ilmu,
hanyalah prasangka,
maka milikilah prasangka yang baik
tentang Tuhan.
Begitulah caranya!
Jika engkau hanya mampu merangkak,
maka merangkaklah kepadaNya!
Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
maka tetaplah persembahkan doamu
yang kering, munafik dan tanpa keyakinan;
kerana Tuhan, dengan rahmatNya
akan tetap menerima mata wang palsumu!
Jika engkau masih mempunyai
seratus keraguan mengenai Tuhan,
maka kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan saja.
Begitulah caranya!
Wahai pejalan!
Biarpun telah seratus kali engkau ingkar janji,
ayuhlah datang, dan datanglah lagi!
Kerana Tuhan telah berfirman:
“Ketika engkau melambung ke angkasa
ataupun terpuruk ke dalam jurang,
ingatlah kepadaKu,
kerana Akulah jalan itu.”
oleh : Jalaluddin Al-Rumi
21 comments:
manusia mmg lemah, selalu senderung utk buat dosa, tapi yg penting segera bertaubat pohon ampun dri Yang Maha Pengampun.
Moga2 kita semua termasuk dlm golongan org2 yg bertaubat. amin.
Amin,
Amin,
AMIN...
Masa kita alpa, dunia ni indah...
bila kita kenal diri,setiap saat rasa lemah...
sesungguhnya kita ini...
fakir
lemah
hina
daif.
Semoga kita ke titik akhir yang sebenar...
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
"Orang yang bijak ialah orang yang menghitung dirinya dan beramal untuk kehidupan setelah kematian…"
(Hadith riwayat At-Tirmizi dan Ibn Majah).
Carilah diri dlm diri,
diri datang dgn sendiri..
ruginya insan,
tidak mengenali diri sendiri
sengsaralah ia,
di akhirat nanti.
Untuk memahami
erti kehidupan yang hakiki,
perbanyakkanlah merenung akan nikmatNYA,
InsyaALlah
hmmmm... perbanyakkan merenung nikmatNya.... hmmmm...
insya-Allah..
Sahabatku, dunia ini hanya sementara.Jgnlah kita tertipu dgnnya.Org yg dirahmatiNya saja yg akan selamat.
Alhamdulillah,
InsyaALlah...
Hidup ini perlu pengorbanan
Wahai sahabatku,
tanpa rahmatNYA kita tidak akan mengenal hak dan batil/
Oh Tuhan,
siksanya hamba2Mu yang ingin kembali kepadaMU tanpa pertolonganMU.
Tolonglah ia kerana Engkau Maha Mengetahui.
AMIN,
YAA RABBAL ALAMIN...
Perbanyakkan zikir kepadaNYA.
mengenal diri...
Dari Abu Bakar r.a yang
bermaksud : “Sesungguhnya……
· IBLIS berdiri di depanmu,
· JIWA di sebelah kananmu,
· NAFSU di sebelah kirimu,
· DUNIA berada di belakangmu,
· Semua ANGGOTA TUBUH berada
disekelilingmu
· Sedangkan ALLAH s.w.t di atasmu.
Maka IBLIS (kutuk Allah tertimpa ke atasnya)mengajakmu meninggalkan agama.
JIWA mengajakmu ke arah maksiat
NAFSU mengajakmu supaya memenuhi kehendak syahwat.
DUNIA mengajakmu supaya memilihnya daripada akhirat.
ANGGOTA TUBUHmu mengajak melakukan dosa.
Dan…..
TUHANmu mengajak engkau masuk syurga serta mendapatkan keampunanNya.Sebagaimana firmanNya yang bermaksud : “Dan Allah mengajak ke syurga serta menuju keampunanNya.”
Dan siapa yang memenuhi ajakan IBLIS, maka hilanglah agama dari dirinya.Siapa yang memenuhi ajakan JIWA maka hilanglah darinya nilai
nyawanya.Siapa yang memenuhi ajakan
NAFSUnya, hilanglah akal dari dirinya.Siapa yang memenuhi ajakan DUNIA, maka hilanglah akhirat dari dirinya.Siapa yang memenuhi ajakan
ANGGOTA TUBUHnya, maka hilanglah syurga darinya.
Dan…
siapa yang memenuhi ajakan ALLAH s.w.t, maka hilang dari dirinya semua kejahatan serta ia memperolehi semua kebaikan
dimanakah berakhirnya
perjalananku ini,
esok dan lusa
bukan milikku...
ooh Tuhanku,
lindungilah hambaMU
yang hina ini..
Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”
Saidina Umar r.a berkata, “Hatiku melihat Tuhanku dengan cahaya Tuhanku”.
Saidina Ali r.a berkata, “Aku tidak menyembah Allah kecuali aku
melihatnya".
Renungkanlah.
"hmmmm... perbanyakkan merenung nikmatNya.... hmmmm...
insya-Allah.."
bg golongan awal macam kita ni, perbanyakkan ingat dosa2yg penah dibuat@sedang dibuat....dan yg bakal..
‘…Country road..
Bring me home..
To the place..
Where i belong..’
Post a Comment