
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Usman Awang, 1979

TAHNIAH,
kepada semua guru-guru...
baik yg mengajarku, dahulu
juga yang mengajar anak2ku,
atau yang menjadi isteriku, sekarang
atau anakku, yang bakal menjadi guru
akan datang...
mudah2an segala pengorbanan
yang telah dan akan dicurahkan,
akan diberkati olehNYA
dan menjadi amal yang berpanjangan,
InsyaALlah.
12 comments:
TAHNIAH,
kepada semua guru-guru...
baik yg mengajarku, dahulu
atau yang menjadi isteriku, sekarang
atau anak2ku, akan datang...
mudah2an segala pengorbanan
yang telah dan akan dicurahkan,
akan diberkati olehNYA
dan menjadi amal yang berpanjangan,
InsyaALlah.
selamat hari guru buat ibu tercinta :D
selamat hari guru buat ticer Ummu :P
semoge terus mengajar hehehe
selamat hari guru juga buat kak fiza...
Kita kena ingat,
tok guru pun ada guru...
gurulah yg mendidik kita,
mengenal akan sesuatu
daripada jahil kepada tahu...
sesiapa saja, yang mengajar walaupun satu huruf, adalah GURU.
senyum...
tak perlu kata apa2...
senyum....
tak perlu kata apa2...
senyum...
siapakah anakku yang bakal mnjadi guru tu...hehehe
klu gitu selamat hari guru ibu ayoh nadiah ticer kaklong ase usin areh keke
selamat hari raya.
:) senyum,tak perlu kata apa2.
eh eh....poso xlg,gadduh ko rayo....baju rayo beli x lg?
rayo? paka jah hok mano ado, come2 blako huhu
tak payoh baju baru thn ni,
sbb mungkin raya kat luar kot...
Post a Comment