Berita terdahulu :
GOMBAK – Pasukan debat dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan bertemu pada peringkat akhir Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri 2011 (PPM) kategori bahasa Melayu yang akan berlangsung pukul 8 malam ini.
Dalam pertandingan peringkat separuh akhir yang diadakan di kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini semalam, UiTM menewaskan Universiti Malaya (UM) manakala USIM menumpaskan UIA.
Ketua Pendebat UiTM, Muhammad Syafiq Musa, 20, berkata, kelayakan pasukannya mara ke peringkat akhir boleh dianggap sebagai bernasib baik.
“Kami bagaimanapun akan meneliti kembali segala kelemahan (semalam) untuk memberi saingan sengit kepada pihak lawan esok (hari ini),” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Debat PPM 2011 yang dianjurkan buat pertama kali itu disertai oleh 44 institusi pengajian tinggi bermula pada 20 Oktober lalu dan berakhir hari ini.
Pertandingan yang dinaungi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu menawarkan hadiah bernilai RM25,000 bagi juara dan RM15,000 kepada naib johan bagi setiap kategori.
Sementara itu, Ketua Pendebat USIM, Ummu Umairah Azahari, 24, memberitahu, kelebihan memenangi Pertandingan Debat Pendidikan Islam peringkat ASEAN pada Jun lalu memberi perangsang untuk pasukan universiti itu memenangi pertandingan debat tersebut.
“Perkara utama yang dilakukan pasukan kami ialah melakukan post mortem setelah selesai setiap perdebatan.
“Harapan kami sangat besar agar dapat melakukan yang terbaik dan jika pasukan kami menang ia dianggap sebagai bonus,” ujarnya.
Dalam pada itu, UIA yang menewaskan UM akan bertemu UiTM pada peringkat akhir debat kategori bahasa Inggeris pada pukul 2.30 petang hari ini. UiTM sebelum itu menewaskan Kolej Damansara Utama untuk mara ke peringkat akhir.
Sumber : Kosmo 25 Okt 11
Terkini :
USIM, UiTM muncul juara Debat Piala PM
GOMBAK – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengungguli Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri 2011 Antara Institut Pengajian Tinggi dalam pertandingan yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini malam tadi. USIM menjuarai kategori Bahasa Melayu manakala UiTM memenangi kategori Bahasa Inggeris.
Debat antara institusi pengajian tinggi yang dianjurkan buat pertama kali itu menyaksikan USIM selaku pembangkang berjaya mengalahkan pasukan UiTM menerusi tajuk ‘Kerajaan Malaysia wajar menyaring kandungan Internet secara terpilih untuk mencapai 1Malaysia’. USIM diwakili Ummu Umairah Azahari, Mohd. Ikhwan Mohd. Rosseli, Mohammad Shah Izad Saleh dan Mohammad Irhammuddin Ibrahim.
Pasukan UiTM pula diwakili oleh Siti Nor Zamzila Mohd. Nor Muhammad Syafiq Musa, Muhammad Kasyful Azim Shahlan dan Rodziah Abu Hassan. Bagi debat bahasa Inggeris, UiTM berjaya menewaskan pasukan debat tuan rumah iaitu UIAM menerusi tajuk “Pemberian subsidi kepada semua pelajar sekolah dari semua sekolah kebangsaan dan swasta”. Pasukan UiTM diwakili Maizura Mokhsein, Mohd. Aerie Rashmond Rahman, Ain Aissa Mohamad dan Mohd. Syafiq Ahmed Bazari.
Pasukan UIAM pula dianggotai Senad Hadrovic, Arinah Najwa Ahmad Said dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Pendebat terbaik bagi kategori bahasa Melayu dirangkul oleh Mohd. Ikhwan manakala Mohd. Syafiq muncul pendebat terbaik kategori bahasa Inggeris. Kedua-duanya membawa pulang wang tunai RM2,000 dan piala individu. Johan bagi setiap kategori membawa pulang wang tunai RM25,000, piala pusingan, piala iringan, piala individu serta sijil penyertaan. Naib johan pula membawa pulang wang tunai RM15,000, piala iringan, piala individu serta sijil penyertaan. Hadiah disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Sumber : Kosmo 26 Okt 11
-
6 comments:
Sajer nok wujudkan perdebatan...
hmmm...
sama2 juara...
sama2 gedebe weh...
Assalamualaikum... Syukran for all the info... Erm.. May I know the ranking for all the debaters.?
gabah....
gabah tu aper...
basah2...
yang pasti 2F lwn 1M,
sbb yg 1F sore tu UiTM dan USIM, dua2 tu dia punya...
guano ambe...
Post a Comment