Pages


Monday, April 26, 2010

Hakikat Cinta


Nikmat cinta bukan sekadar mengingati yang dicintai.
Akan tetapi,
nikmatnya pada mengingati bahawasanya
dirinya diingati oleh yang dicintai.
Andai anda masih terasa anda mengingati yang dicintai,
maka itu belum suatu kemurnian cinta abadi.
Cinta abadi lagi hakiki
yang akan menjadi kekuatan dalam diri adalah,
apabila anda mengingati ingatan yang dicintai
terhadap diri anda.
Itulah maknanya,
cinta sudah mula mekar mewangi.

5 comments:

currently Queenstown said...

Kenali Allah S. w. t melalui ciptaannNya...

http://www.youtube.com/watch?v=LdgrN9WgYWI

http://www.youtube.com/watch?v=2t87TWp1Nxg

Subhanallah...

Sahabatmu said...

Selagi ada waktu untuk kita mengenaliNYA, gunakan waktu itu sebaik2nya. Sesiapa yg tidak mendalami aqidah, tunggulah kebinasaannya kelak

Anonymous said...

Andai bukan kerana pandangan redha Allah s.w.t., nescaya hati kita tidak terlintas untuk mengingati Allah s.w.t.. Malah, ramai orang yang membaca ayat Al-Qur’an, berusaha menggerakkan lisan untuk zikrullah, namun tanpa hadir rasa kelemahan bahawasanya diri tidak dapat mengingati Allah s.w.t, melainkan dengan bantuanNya, akhirnya gerak lisannya turut tidak akan membawa hati yang mengingati Allah s.w.t..

Anonymous said...

Jika anda mengerti, bahawasanya Allah s.w.t. sudah terlebih dahulu mengingati anda sebelum anda mengingatiNya. Ini terlebih indah dalam menghayati makna cinta. Rupa-rupanya, Dialah yang terlebih dahulu sentiasa mengingati kita, sebelum kita mengingatiNya. Malah, Dialah yang menggerakkan kita untuk mengingatiNya...

insan biasa said...

hanya dengan pertolonganNYA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BICARA AGAMA


Popular Posts


uwais al qarni…

engkau hanya seorang insan biasa
dari kalangan bani yaman
disisimu tiada punyai nama
pangkat darjat mahupun kedudukan

setianya umar ali menanti satu harapan
kerna mengharap pengampunan
seperti mana yang telah dikhabarkan
oleh utusan rasul junjungan

keadaanmu dipandang hina
kerna berpakaian serba kedhaifan
namun begitu kau sentiasa melemparkan
pandanganmu ketempat sujudmu

wahai uwais.. kekasih allah
sunyinya namamu di dunia
tetapi terkenal namamu disana
sehingga rasul menyintaimu

beruzlah dirimu dari manusia
kerna ingin mengabdikan padanya
bagimu merasa aman bersamanya
bagaikan alam adalah dirinya…

Ya Allah,
malam hanya terasa indah
apabila berbisik denganMU,
siang hanya terasa indah
apabila mentaatiMu.

Tiada kelazatan dunia
kecuali dengan menyebut namaMU,
Dan akhirat tidak terasa indah
kecuali dengan beroleh kemaafan dariMu.

Juga syurga tidak terasa indah
kecuali dapat melihat-MU

munajat Yahya bin Muaz Ar-Razi