Hari itu... mempelai sangat dimanjakan
Mandipun, dimandikan...
Seluruh badan Kita terbuka,
tak ada sehelai benang pun menutupinya
tak ada sedikit pun rasa malu
Seluruh badan digosok
dan dibersihkan,
kotoran dari lubang hidung
dan anus dikeluarkan
bahkan lubang-lubang itu pun
ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu
Setelah dimandikan,
Kita pun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
kain itu, jarang orang memakainya..
kerana sangat terkenal bernama Kafan
wangian ditaburkan ke baju Kita,
bahagian kepala, badan
dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Mempelai diarak melalui kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan
adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin
berwalikan liang lahat
saksi-saksinya nisan-nisan...
Siraman air mawar,
pengantar akhir kerinduan...
Dan akhirnya,
tiba masa pengantin
menunggu dan ditinggal sendirian,
untuk mempertanggungjawabkan
seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
di kamar bertilamkan tanah..
dan ketika 7 langkah
semua hadirin telah pergi,
Sang Malaikat datang lalu bertanya...
.........?
...........?
.............???
Ingatlah 4 perkara sebelum tidur
( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :
“Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur’an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah….
Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?”
Rasul tersenyum dan bersabda :
“Jika engkau tidur bacalah :
Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an.
Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.
Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah”
-
5 comments:
lepas mesy pagi, rehat sekejap di bilik bos. terpandang satu nota dlm saiz A4 di softboard. Bila dibaca, rupanya kisah malam pertama kita.
bila difikir kembali,
benarlah hakikat itu...
lalu post ini diberi tajuk,
menjelang malam pertama...
mudah2an, ianya akan memberikan kita sedikit kesedaran,
Insyaallah.
sifat kita :
lemah
dhaif
hina
fakir
kurang
ore hok paling bijok adalah ore hok sokmo2 ingat mati.
hari2 dok didik ni sbb no suroh ingat sokmolah. Tapi gak, setakat ni kita hanya pandai cakap...
mohonlah pertolongan dariNYA. tanpa petolonganNYA, anda tidak akan berjaya untuk melakukan kebaikan dan anda tidak akan berdaya untuk menghindari kejahatan.
nok tulih insan biasa gi tulih insan basa. Napok dok lemahnya kita. Tu br pekara kecik, yg lain dokpyh royat ah..
Post a Comment