Pages


Saturday, November 29, 2008

Friday, November 07, 2008

Sebuah hadith Qudsi yang panjang...

“Aku (Allah) hairan terhadap orang yang yakin akan datangnya kematian tetapi ia masih membanggakan diri?

Aku hairan terhadap orang yang yakin dengan hari perhitungan (hisab), kenapa ia masih sibuk
menimbun harta?

Aku hairan terhadap orang yang yakin akan masuk pintu kubur, kenapa mereka masih ketawa terbahak-bahak?

Aku hairan terhadap orang yang yakin terhadap hari akhirat, kenapa mereka bersenang-lenang dan tidak beramal?

Aku hairan terhadap orang yang yakin akan lenyapnya dunia ini, kenapa dia masih menambatkan hati padanya?

Aku hairan terhadap orang alim yang pintar bicara tetapi bodoh dalam memahami pengertiannya.

Aku hairan terhadap orang yang sibuk menyelidiki aib orang lain, tetapi lupa cacat cela dirinya sendiri.

Aku hairan terhadap orang yang tahu bahawa Allah memperhatikan tingkah lakunya, mengapa ia masih derhaka kepada Allah?

Aku hairan terhadap orang yang mengerti bahawa ia akan mati bersendirian dan masuk kubur bersendirian, kenapa ia masih asyik bersenda gurau dengan orang ramai?

Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Muhammad itu benar2 hambaKu dan RasulKu.”

Saturday, November 01, 2008

Apa difikirkan..


Tahun depan semua naik pentas...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BICARA AGAMA


Popular Posts


uwais al qarni…

engkau hanya seorang insan biasa
dari kalangan bani yaman
disisimu tiada punyai nama
pangkat darjat mahupun kedudukan

setianya umar ali menanti satu harapan
kerna mengharap pengampunan
seperti mana yang telah dikhabarkan
oleh utusan rasul junjungan

keadaanmu dipandang hina
kerna berpakaian serba kedhaifan
namun begitu kau sentiasa melemparkan
pandanganmu ketempat sujudmu

wahai uwais.. kekasih allah
sunyinya namamu di dunia
tetapi terkenal namamu disana
sehingga rasul menyintaimu

beruzlah dirimu dari manusia
kerna ingin mengabdikan padanya
bagimu merasa aman bersamanya
bagaikan alam adalah dirinya…

Ya Allah,
malam hanya terasa indah
apabila berbisik denganMU,
siang hanya terasa indah
apabila mentaatiMu.

Tiada kelazatan dunia
kecuali dengan menyebut namaMU,
Dan akhirat tidak terasa indah
kecuali dengan beroleh kemaafan dariMu.

Juga syurga tidak terasa indah
kecuali dapat melihat-MU

munajat Yahya bin Muaz Ar-Razi