Pages


Sunday, September 27, 2009

dimana sahaja



Sebenarnya
tempat,
suasana,
siapa,
bila,
tak penting.

yang penting,
tujuannya...

Monday, September 21, 2009

Titisan Hujan


Selagi usia masih berbaki dan kematian masih belum mengunjung tiba, maka hargailah perjalanan ini. Andai memilih untuk tidak menghargainya, bererti anda memilih untuk tidak menghargai diri sendiri. Kehidupan ini simbol hubungan kita dengan Allah s.w.t.. Berjalanlah menuju Allah s.w.t. dalam kehidupan kita, nescaya kita dapati Allah s.w.t. lebih lagi mendekati kita. Malah, tanpa Dia mendekati kita, siapalah kita untuk mendekatiNya.

Yang dikatakan kemuliaan insan itu adalah, orang-orang yang didekati (muqorrobin). Iaitu, orang-orang yang mendekati Allah s.w.t dengan ketaatan dalam masa yang sama melihat ketaatan yang dilakukan adalah anugerah Allah s.w.t. kepada dirinya kerana Allah s.w.t. sendiri memilihnya untuk mendekatiNya.

Bukan semua orang yang berjalan itu sampai. Namun, orang yang memang tidak memulakan langkah untuk berjalan memang pasti tidak sampai. Berbaik sangka kepada Allah s.w.t., lalu mulakan perjalanan dan teruslah berjalan sampai masa yang telah ditetapkan.
Sedutan dari Raja Ahmad Mukhlis’s site – Suatu Perjalanan

Sunday, September 20, 2009


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu."
(Surah Al Baqarah : 185)

Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar…
Laa Ilaaha Illallaah wallaahu Akbar…
Allahu Akbar wa Lillaahilhamd…

Saturday, September 19, 2009

Sunday, September 13, 2009

Mesej dari Belara 10

13/9/09 @ 5.17 am
Marilah sama2 kita mensyukuri akan nikmatNYA
Alhamdulillah

12/9/09 @ 5.05 am
Slmt bersahur, moga2 diberi kekuatan utk berjuang dimedan perjuangan
Insyaallah

11/9/09 @ 10.25 pm
Ramadhan yg dipenuhi dgn rahmat hampir meninggalkan kita, moga2 kita semua dipenuhi dgn rahmatNYA.
Insyaallah

11/9/09 @ 10.11 pm
YAALLAH, hebatnya rahmatmu,
berilah kekuatan kpd hamba2mu
semoga berjaya menjadi mukmin yg sebenar

10/9/09 @ 9.57 pm
Carilah keagungan tuhan dlm diri sendiri, selagi ada wujud diri tak akan nyata keagunganNYA

8/9/09 @ 5.22 am
lemahnya kita utk menunaikn hak2NYA
jika hamba sudah yakin bahwa semua urusn milik ALLAH, dan hamba tiada hak atas satu urusn pun, sedikit atau byk, maka x ada pilihan lain baginya kecuali REDHA..

7/9/09 @ 9.04 pm
Adakalanya kita menyusahkn org dan juga sebaliknya, itulah lumrah kehidupan. hanya DIA saja yg mengerti

6/9/09 @ 5.17 am
Alangkah bertuah manusia jika ia mengetahui nikmat ia diciptakan. tentu ia menjadi hamba yg bersyukur.
Alhamdulillah.

5/9/09 @ 9.49 pm
Hidup ini tiada ertinya jika manusia tidak kenal penciptanya. sedikit saja yg mengeri. Allahu rabbii...
tkasih kerana sentiasa mengingati, bila terima sms ustaz rasa tenang... hijab terbesar adalah diri kita sendiri.

4/9/09 @ 11.08 pm
Cinta itu dibangunkan dgn makrifat, makrifat mesti seiring dgn al quran, itulah ilmu yg haq.
mudah2an mendpt pertolonganNYA, insyaallah.

30/8/09
semua dgn pertolonganNYA, menunjukkan IA memiliki segalanya dan mentadbirnya, pentadbiran yang MAHA ADIL...

28/8/09 @ 9.44 pm
Adakalanya kita ingin memiliki Nya, tapi terasa berat rasanya, kepadaNyalah diserah segalanya.

27/8/09 @ 7.33 pm
Selamat berbuka, semoga diberkatiNya.
Alhamdulillah, sama2

25/8/09
alangkah bahgianya jika sentiasa disampingNYA, sekejap pun dah merasa hilang dari dunia... ALLAHHU RABBI

19/8/09 @ 9.13 am
alangkah bahgianya jika sentiasa disampingNya
betul ustaz, kerana tiada daya untuk membuat kebaikan, tiada daya untuk meninggal kejahatan, melainkan pertolonganNYA.

12/8/09 @ 8.12 am
Hiduplah hatimu dgn zikrillah

11/8/09 @ 11.20 pm
Beratnya memegang amanah, bagi yg menyedarinya.

10/8/09 @ 10.45 am
ruginya MANUSIA jika ia tidak tahu matlamat ia dijadikan.

9/8/09 @ 11.51 pm
Selagi hayat dikandung badan teruskanlah perjuangan.

8/8/09 @ 6.36 pm
Bagaimana hendak memandang jika tiada yg dipandang dan kemana pandangan jika yg dipandang tiada memandang.

7/8/09 @ 9.48 pm
Tanda kasih dan rindunya kita padaNya, mesti dinyatakan dgn sentiasa berhubung dgnnya.
AKU sebagaimana sengka hambaKU, bagaimana hambaKU melatak AKU dlm hatinya, begitulah AKU meletakan dia dlm hatiKU

5/8/09 @ 11.27 pm
Hidup ini adakalanya bahgia, adakalanya sengsara. Manusia yg redha dan syukur saja yg berjaya.

3/8/09 @ 9.18 pm
Semulia-mulia makhluk disisiNya adalah yg bergelar hamba

2/8/09 @ 8.16 am
Sebenar-benar hamba ia tak akan berpisah dari tuhannya.

22/7/09 @ 10.52 pm
Hancurnya jasad kerana ruh meninggalkannya. zalimnya kita...

20/7/09 @ 7.49 am
Kedhaifan mengajar kita kenal kelemahan seorang hamba, tiada yang terlebih mulia disisinya hanya yang bergelar hamba. Amin

19/7/09 @ 7.19 pm
Keikhlasan dalam mencari kebenaran amat penting, kerana orang yang ikhlas sahaja yang terlepas dari tipudaya.

15/6/09 @ 11.01 pm
Hidup kita sentiasa diuji oleh Allah untuk diukur sekuat mana keimanan terhadapNYA.

31/5/09 @ 11.24 am
Besarnya nikmatmu YAALLAH, hanya sedikit sahaja yang menyedarinya.

31/5/09 @ 9.07 am
ingat! dunia ini hanya pinjaman, lambat laun kita akan meninggalkannya. YA ALLAH, RAMAINYA MANUSIA TERLENA

18/9/08 @ 10.53 am
Alhamdulillah, gembiranya Rasulullah jika umatnya berkasih sayang. INGAT! dibangunkan Agama itu dengan kasih sayang.

14/8/09 @ 7.04 am
Ya Allah, jika manusia tahu betapa nikmatnya bersamaMU, pasti ia redha segalanya... bagimu Ya Allah tersurat semuanya

Friday, September 11, 2009

Ramadhan sudah dipenghujung...


YAALLAH,
hebatnya rahmatmu
berilah kekuatan kepada hamba2Mu
semoga berjaya menjadi
mukmin yang sebenar
11/9/09 @ 10.11 pm

Ramadhan,
yang dipenuhi dengan rahmat
hampir meninggalkan kita.
Moga2 kita semua
dipenuhi dengan rahmatNYA.
11/9.09 @ 10.25 pm

Marilah
sama-sama kita
mensyukuri akan nikmatNYA
13/9/09 @ 5.17 am

Wednesday, September 09, 2009

Selamat Pulang Bercuti...

bumi anbia!
apa sebenarnya...

siapa pandu?

Gambar ihsan dari Kak Ngah

Saturday, September 05, 2009

Ramadhan III

Beberapa Info Malam Al-Qadar
oleh : Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT : Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2) . Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadith :- Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )

Sebuah lagi hadis menyebut :-
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Waktunya
Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini. Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih. Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya. Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.

Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu. Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.

Hadith Nabi menyebut:-
التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.

Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?
Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450). Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-

أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر
Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)

Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-

ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )

Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar
Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-

فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )

Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya. Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila ditambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.
Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-

وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )

Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-

وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"

Mestikah Mendapat Tanda ?
Sabda Nabi SAW :
من يقم ليلة القدر فيوافقها..
Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." ( Riwayat Muslim)

Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas. Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki dan kelebihan oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.

Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.

Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?
Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah : waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat. Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :-

سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )

Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li Ahkam al-Quran, 20/134 )

Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?
Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-
• 1) Berzikir
• 2) Berdoa
• 3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
• 4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.

Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.

Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.
sekian

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq

Bermaksud :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.


Menurut banyak riwayat, sebab ayat ini diturunkan Allah adalah kerana peristiwa berkaitan seorang sahabat bernama Auf bin Malik al-Asyja'i yang mempunyai anak lelaki ditawan kaum Musyrikin. Beliau mengadu perkara itu kepada Rasulullah SAW dan Baginda meminta Auf supaya bersabar sambil bersabda kepadanya yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah akan memberi jalan keluar kepadamu."

Ternyata tidak lama selepas itu anaknya dilepaskan daripada tawanan pihak musuh dan dalam perjalanan ia terserempak seekor kambing kepunyaan musuh lalu dibawanya kambing itu kepada ayahnya. Kemudian turunlah ayat yang bermaksud: "Siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka dan tidak terfikir sebelumnya." (Hadis riwayat Ibnu Jarir)

Persinggahan Pertama

Hentian ini pasti kita kunjungi,
cuma masa menentukannya.

Yang menghantar kita kesana,
kita semua...
tapi
yang tinggal bersama
dan turut mengiringi kita
ke distinasi seterusnya,
hanyalah
AMAL...

Belum terlaksana...
(Gambar hanya hiasan)
tunggu boss balik!


Menu Harian bagi Muslim yang berpuasa

Sebelum subuh:

1.Tahajjud. Firman Allah: (Apakah kamu wahai orang musyrik yang lebih beruntung) atau orang yang beribadat di waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? (Surah al-Zumar, 9).
2.Bersahur. Sabda Rasulullah (s.a.w.): Bersahurlah sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatannya – HR Bukhari dan Muslim.
3.Beristighfar sehingga azan subuh. Firman Allah: (Dan di akhir-akhir malam mereka beristighfar (memohon keampunan kepada Allah). (Surah Al-Dhariyat: 18).
4.Solat sunat Fajar. Sabda Rasulullah (s.a.w.): Dua rakaat fajar itu lebih baik dari dunia dan seisinya – HR Muslim.

Selepas terbit fajar:

1. Bersegera untuk menunaikan solat subuh berjamaah. Sabda Rasulullah (s.a.w.): Andainya mereka tahu (kelebihan) solat Isya` dan Subuh, nescaya mereka akan datang walaupun merangkak – HR Bukhari dan Muslim.
2. Berzikir dan berdoa sehinggalah iqamat untuk solat Subuh. Sabda Rasulullah (s.a.w.): Doa yang tidak ditolak antara azan dan iqamat – HR Ahmad, Tirmidhi dan Abu Dawud.
3. Duduk di masjid untuk zikir dan membaca al-Quran sehingga terbit matahari. Rasulullah (s.a.w.) terus berada ditempat duduknya sehingga terbit matahari – HR Muslim.
4. Solat sunat dua rekaat. Sabda Rasulullah (s.a.w.): Sesiapa yang melakukan solat subuh berjamaah kemudian duduk berzikir (mengingati Allah) sehingga terbit matahari, kemudian ia bersolat dua rekaat baginya pahala laksana menunaikan haji dan umrah selengkapnya – HR Tirmidhi.
5. Berdoa supaya diberkati sepanjang hari. Sabda Rasulullah (s.a.w.): Ya Allah sesungguhnya aku bermohon darimu kebaikan bagi hari ini, permulaannya, pertolongannya, cahayanya, keberkatannya dan petunjuknya dan aku berlindung dari keburukan yang terdapat padanya dan keburukan sesudahnya – HR Abu Dawud.
6. Keluar untuk belajar atau bekerja. Sabda Rasulullah (s.a.w.): Tidaklah bagi seseorang itu makanan yang lebih baik baginya kecuali dari hasil kerjanya sendiri kerana Nabi Allah Dawud makan hasil kerja tulang empat keratnya – HR Bukhari.
7. Memperbanyakkan zikir untuk sepanjang hari.
8. Infaq atau sedekah harian dengan menghayati doa malaikat: Wahai Tuhan! Kurniakan kepada mereka yang bersedekah itu gantian dari sedekahnya itu.

Dhohor:

1. Solat Dhohor berjemaah pada waktunya dan bersegera padanya. Ibn Mas’ud berkata: Bahawa Rasulullah (s.a.w.) mengajar kami Sunan al-Huda ( sunnah-sunah petunjuk) dan di antara sunan al-huda itu ialah solat di Masjid yang digumandangkan azan padanya – HR Muslim.
2. Berehat seketika dengan niat yang baik. Rasulullah (s.a.w.) bersabda: Bagi badan kamu juga ada haknya.

’Asar:

1. Solat ’Asar berjamaah dan didahului dengan solat sunat empat rekaat sebelumnya. Sabda Rasulullah (s.a.w.) : Allah merahmati orang yang bersolat empat rekaat sebelum solat fardhu ’Asar – HR Abu Dawud dan Tirmidhi.
2. Mendengar tazkirah di Masjid. Sabda Rasulullah (s.a.w.): Sesiapa yang ke masjid tiada niat lain kecuali untuk mempelajari kebaikan atau mengajar orang lain baginya laksana pahala haji yang sempurna pahalanya – HR al-Tabarani.
3. Duduk di masjid. Sabda Rasulullah (s.a.w.): Sesiapa yang berwudu` di rumahnya dan diperelakkan wudu`nya kemudian ke masjid, ia adalah tetamu Allah menjadi hak tuan rumah memuliakan tamunya – HR al-Tabarani.

Maghrib:

1. Berdoa sebelum masuknya waktu solat Maghrib. Sabda Rasulullah (s.a.w.): Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka – antaranya - : Orang yang berpuasa sehingga berbuka.
2. Berbuka dengan juadah berbuka berserta doa.
3. Solat Maghrib berjamaah di rumah atau di masjid.
4. Wirid petang.
5. Bersama keluarga dan melakukan aktiviti yang bermanfaat.
6. Bersedia untuk solat ’Isya` dan solat sunat Terawih.

’Isya`:

1. Solat ’Isya` berjamaah.
2. Solat Terawih sepenuhnya bersama imam. Sabda Rasulullah (s.a.w.): Sesiapa yang melakukan qiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah akan diampunkan dosanya yang lalu – HR Bukhari dan Muslim.
3. Melewatkan solat witir hingga ke akhir malam. Sabda Rasulullah (s.a.w.): Jadikan witir solat kamu yang terakhir pada waktu malam – Muttafaq ’alayh.

Program terbuka:

- Ziarah kaum kerabat, rakan dan jiran.

- Diskusi (keluarga atau terbuka).

Ihsan : Warisan Nabawi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BICARA AGAMA


Popular Posts


uwais al qarni…

engkau hanya seorang insan biasa
dari kalangan bani yaman
disisimu tiada punyai nama
pangkat darjat mahupun kedudukan

setianya umar ali menanti satu harapan
kerna mengharap pengampunan
seperti mana yang telah dikhabarkan
oleh utusan rasul junjungan

keadaanmu dipandang hina
kerna berpakaian serba kedhaifan
namun begitu kau sentiasa melemparkan
pandanganmu ketempat sujudmu

wahai uwais.. kekasih allah
sunyinya namamu di dunia
tetapi terkenal namamu disana
sehingga rasul menyintaimu

beruzlah dirimu dari manusia
kerna ingin mengabdikan padanya
bagimu merasa aman bersamanya
bagaikan alam adalah dirinya…

Ya Allah,
malam hanya terasa indah
apabila berbisik denganMU,
siang hanya terasa indah
apabila mentaatiMu.

Tiada kelazatan dunia
kecuali dengan menyebut namaMU,
Dan akhirat tidak terasa indah
kecuali dengan beroleh kemaafan dariMu.

Juga syurga tidak terasa indah
kecuali dapat melihat-MU

munajat Yahya bin Muaz Ar-Razi