Pages


Wednesday, January 18, 2012

Dunia



Sesungguhnya, tiada tempat atau saat diatas muka bumi ini yang tidak bergantung kepada Allaah. Tiada satu pun yang bebas daripada kuasa Allah.

Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakkal." (Surah at-Taubah : 51)

Ingatlah bahawa setiap apa yang berlaku, berlaku dengan izin Allah dan pastinya berlaku dengan sesuatu sebab. Ingatlah bahawa manusia tiada jalan lain selain daripada memohon perlindungan kepada Allah; dan dia tidak mempunyai sebarang pelindung atau penolong selain daripada Allah.

Ustaz Azhar - Kitab Majmuk Salasa
Ustaz Rusli - Masjid Kg Buloh (18 Jan 2012)
Pak Su - Hikam (21 Jan 2012)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BICARA AGAMA


Popular Posts


uwais al qarni…

engkau hanya seorang insan biasa
dari kalangan bani yaman
disisimu tiada punyai nama
pangkat darjat mahupun kedudukan

setianya umar ali menanti satu harapan
kerna mengharap pengampunan
seperti mana yang telah dikhabarkan
oleh utusan rasul junjungan

keadaanmu dipandang hina
kerna berpakaian serba kedhaifan
namun begitu kau sentiasa melemparkan
pandanganmu ketempat sujudmu

wahai uwais.. kekasih allah
sunyinya namamu di dunia
tetapi terkenal namamu disana
sehingga rasul menyintaimu

beruzlah dirimu dari manusia
kerna ingin mengabdikan padanya
bagimu merasa aman bersamanya
bagaikan alam adalah dirinya…

Ya Allah,
malam hanya terasa indah
apabila berbisik denganMU,
siang hanya terasa indah
apabila mentaatiMu.

Tiada kelazatan dunia
kecuali dengan menyebut namaMU,
Dan akhirat tidak terasa indah
kecuali dengan beroleh kemaafan dariMu.

Juga syurga tidak terasa indah
kecuali dapat melihat-MU

munajat Yahya bin Muaz Ar-Razi