Pages


Friday, July 23, 2010

Wahai Sahabatku...

Benar wahai sahabatku,
dalam mengharungi
gerak diam alam,
sukar difahami
kecuali yang selalu
menyerah kepada
yang empunya Haq.

wahai sahabatku,
hebatnya tipu daya dunia

begitulah
wahai sahabatku,
jangan lupa mengingatiNYA.
sesungguhnya Dia amat menyayangi
akan hambaNya.

wahai sahabatku,
ingatkan nikmatNya
setiap turun naik nafasmu...

selamat sejahtera
atas kamu wahai sahabatku,
semua yang berlaku
dalam ilmu
NYA.

10 comments:

insan biasa said...

23 Julai 2010 @ 3.14 am
21 Julai 2010 @ 3.32 am
12 Julai 2010 @ 10.45 pm
30 Jun 2010 @ 3.03 pm
Kuatkn semangatmu
wahai sahabatku,
dlm menghadapi ujian dn dugaanNya.
23 Jun 2010 @ 8.37 am
20 Jun 2010 @ 9.36 pm

insan biasa said...

Alhamdulillah,
DIA suka akan hamba yang
sentiasa sangka baik
padaNYA.

Cikgu Md nor said...

Batu permata yang sebenar, pakainya di hati.

Belara said...

Bebaskanlah aku dari dbelenggu oleh jasad, begitu rintihan ruh. Tapi apakan daya tiada sesiapa yang mendengarkannya.

Belara said...

Hidup ini adakalanya begitu sepi... juga sebaliknya

insan biasa said...

Hanya ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang...

insan biasa said...

DIA juga maha mendengar akan rintihan hamba2 NYA...

Belara said...

Selagi kita tidak terasa berdosa, selagi itulah kita tidak tahu bertaubat kepadaNYA

Belara said...

selagi ada dunia dihatimu, selagi itulah dirimu terhijab.

Belara said...

semakin hari kian hampir kita kepadaNYA... tapi kita masih disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BICARA AGAMA


Popular Posts


uwais al qarni…

engkau hanya seorang insan biasa
dari kalangan bani yaman
disisimu tiada punyai nama
pangkat darjat mahupun kedudukan

setianya umar ali menanti satu harapan
kerna mengharap pengampunan
seperti mana yang telah dikhabarkan
oleh utusan rasul junjungan

keadaanmu dipandang hina
kerna berpakaian serba kedhaifan
namun begitu kau sentiasa melemparkan
pandanganmu ketempat sujudmu

wahai uwais.. kekasih allah
sunyinya namamu di dunia
tetapi terkenal namamu disana
sehingga rasul menyintaimu

beruzlah dirimu dari manusia
kerna ingin mengabdikan padanya
bagimu merasa aman bersamanya
bagaikan alam adalah dirinya…

Ya Allah,
malam hanya terasa indah
apabila berbisik denganMU,
siang hanya terasa indah
apabila mentaatiMu.

Tiada kelazatan dunia
kecuali dengan menyebut namaMU,
Dan akhirat tidak terasa indah
kecuali dengan beroleh kemaafan dariMu.

Juga syurga tidak terasa indah
kecuali dapat melihat-MU

munajat Yahya bin Muaz Ar-Razi