Pages


Thursday, April 07, 2011

Rehat Sekejap...





HARI PERTAMA


HARI KEDUA


Rasa Macam Kenal Jee..


Relax...





SEDIKIT MASA...






Anda Percaya?




INSYAALAH...
Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus
Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar


Maher Zain - Insyallah (Malay Version)

Wednesday, April 06, 2011

Apa lagi...

Sebenarnya,
apa lagi yang mau dikata
apa lagi yang mau dicerita
apa lagi yang mau dinyata

Apa lagi sebenarnya
apa lagi...


kadang-kadang terlintas difikiran
tidahkah memadai sebarang perbincangan
tidakkah memadai penjelasan yang diberikan
tidakkah memadai tuan dan puan,
tidakkah memadai...

tidakkah memadai tuan dan puan,
tidakkah memadai...

oohhh tuan dan puan,
tidakkah memadai...

Tuesday, April 05, 2011

Pure Hangus vs Mangbik



Anak Landak di luar pagar
Ambil baldi tolong tadahkan
Saya budak baru belajar
Kalu tak jadi buat semula...

Tolong tadahkan dengan baldi
Untuk dibuat makanan ikan
Buat semula bukan kerana tak jadi
Sebab hok buat dohtu telah pun habis...

Sunday, April 03, 2011

Adik Comel...



Merpati putih,
jelajahilah dunia ini!
Embuskan udara baru
yang kau hirup dari malam,
Biar bunga mekar menguntum,
Biar bibir segar tersenyum...

sedutan dari,
(Gelombang ~ Usman Awang)

Friday, April 01, 2011

mudhorat

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Musa Al-Ash'ari bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :


"Sesiapa yang kasihkan dunianya, ia akan memberi mudhorat kepada akhiratnya, dan sesiapa yang kasihkan akhiratnya, ia akan memberi mudhorat kepada dunianya. Maka hendaklah kamu semua pentingkan apa yang lebih kekal daripada apa yang akan musnah."


1 April 2011 @ 9.45 am Ustaz Rusli



Sabda Nabi SAW :

"Barangsiapa mencari akhirat, dunia akan datang kepadanya. Dan barang siapa yang mengejar dunia, nescaya akhirat lari daripadanya."

sedutan dari, Risalah Tipudaya Jalan Ketuhanan oleh al faqir ilaLlah, Ibrahim Mohamad



Kemaruk Harta ‘Bathil'



Mengumpul dan memperbanyakkan harta, pangkat, kuasa dan pengaruh adalah salah satu dari sifat biasa manusia. Kita sukakan harta disebabkan manfaat segera yang boleh dinikmati darinya. Sama ada harta tersebut dalam bentuk wang tunai atau juga aset seperti kenderaan, tanah, rumah, saham dan sebagainya. Dalam pada itu, terlalu ramai manusia yang menjadikan harta dan wang sebagai objektif utama dalam kehdiupannya. Mungkin pada asalnya niat berkerja dan berusaha adalah untuk kehidupan, namun ramai juga yang dalam proses pencarian itu, mereka terpesona dengan kenikmatan segera dari harta ini, lantaran itu kehidupan mula berubah dan tindakan mereka juga terkesan.

Allah swt berfirman :
Ertinya : Memperbanyakkan (harta) dan bermegah-megah dengannya itu sesungguhnya telah melalaikan kamu, sehinggalah nanti kamu sampai ke kubur ( At-Takathur : 1-2)

Kelalaian itu hingga membawa manusia mencari harta walau dengan apa cara sekalipun, sehingga ramai yang tanpa merasa bersalah atau mengendahkan perasaan orang lain, mengambil hak yang bukan miliknya yang sah, tidak pula diiktiraf oleh hukum Islam.

Nabi s.a.w sudah mengingatkan kita agar mengasihi saudara kita sama seperti mengasihi diri sendiri. Sudah tentu, sesuatu yang buruk tidak pernah kita ingini berlaku kepada diri dan keluarga kita. Sesuatu yang kita benci, amat sekali tidak wajar dilakukannya kepada manusia yang lain, tentunya dia juga tidak suka diperlakukan sedemikian.

Ada yang bertanya kepada saya: "Ustaz bolehkah kita ubah jumlah kos claim kerana kita layak tetapi kita tidak menggunakannya, justeru kita buat resit sendiri" yang lain pula bertanya : "Sebagai kakitangan syarikat, apa pandangan ustaz jika kita ambil serba sedikit kemudahan syarikat untuk faedah kita seperti fotostat, telefon dan sebagainya, boleh tak ustaz?"

Saya kira, soalan ini dikethaui jawapannya oleh penanya, tetapi ada sebahagiannya bertanya kerana nafsu dan mindanya cuba untuk mencari jalan mengharuskan. "bagaimana kalau kita yang menjadi boss, adakah kita suka kakitangan kita melakukan sedemikian terhadap harta syarikat kita?, tentunya purata kita tidak akan suka, maka mengapa kita tergamak melakukannya kepada orang lain? Itulah jawapannya, apabila seseorang tidak suka dan tidak benarkan, penggunaan itu adalah penggunaan harta yang bathil'. Jawab saya ringkas. Begitu dalam maksud dari hadis nabi yang kerap mengajar kita untuk meletakkan diri kita di tempat mangsa.

Syeikh Rashid Ridha menegaskan “penghormatan harta yang dimiliki oleh orang lain itu sebenarnya adalah merupakan penghormatan kepada hartamu sendiri” ( Tafsir Al-Manar, 2/195)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BICARA AGAMA


Popular Posts


uwais al qarni…

engkau hanya seorang insan biasa
dari kalangan bani yaman
disisimu tiada punyai nama
pangkat darjat mahupun kedudukan

setianya umar ali menanti satu harapan
kerna mengharap pengampunan
seperti mana yang telah dikhabarkan
oleh utusan rasul junjungan

keadaanmu dipandang hina
kerna berpakaian serba kedhaifan
namun begitu kau sentiasa melemparkan
pandanganmu ketempat sujudmu

wahai uwais.. kekasih allah
sunyinya namamu di dunia
tetapi terkenal namamu disana
sehingga rasul menyintaimu

beruzlah dirimu dari manusia
kerna ingin mengabdikan padanya
bagimu merasa aman bersamanya
bagaikan alam adalah dirinya…

Ya Allah,
malam hanya terasa indah
apabila berbisik denganMU,
siang hanya terasa indah
apabila mentaatiMu.

Tiada kelazatan dunia
kecuali dengan menyebut namaMU,
Dan akhirat tidak terasa indah
kecuali dengan beroleh kemaafan dariMu.

Juga syurga tidak terasa indah
kecuali dapat melihat-MU

munajat Yahya bin Muaz Ar-Razi