Pages


Thursday, February 17, 2011

1835

Pesanan Luqman pada anaknya,
Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

Monday, February 14, 2011

Perwatakan Rasulullah s.a.w.

Dari Bara’ r.a katanya:”Rasulullah s.a w adalah orang yang paling elok mukanya dan amat baik perawakannya. Baginda tidak tinggi dan tidak juga rendah.”


Sayidina Ali karamallahu wajha meriwayatkan :

Maksudnya :
“Aku tidak pernah melihat seorang yang wajahnya terlalu tampan dan kacak, sama ada sebelum atau selepas Baginda (s.a.w).”

Jabir r.a. meriwayatkan :

Maksudnya :
“Suatu ketika pada malam bulan mengambang saya sedang melihat wajah Rasulullah s.a.w. Pada ketika itu Baginda memakai sepasang pakaian merah (kain sarung dan pakaian yang berjalur merah). Seketika saya memandang pada bulan dan seketika saya memandang kepada Rasulullah s.a.w. Akhirnya saya membuat keputusan bahawa Rasulullah terlebih tampan, menawan dan bercahaya daripada sang bulan.”

Abu Hurairah r.a. berkata :

Maksudnya :
“Rasulullah s.a.w. berkulit pulit, kacak dan menawan dan Nampak seolah-olah tubuh badan Baginda diperbuat daripada perak. Rambutnya sedikit ikal.”

Abdullah ibn Abbas r.a. menyatakan bahawa :

Maksudnya :
Gigi hadapan Rasulullah s.a.w. sedikit jaraknya daripada yang lain, gigi-gigi itu tidak terlampau rapat. Apabila Baginda bersabda maka keluarlah cahaya daripada celah-celah giginya.”

dipetik daripada buku,
`Nabi Muhammad S.A.W. keluarga & sunnah'
oleh ~ Daud Mohd. Salleh


Ya Nabi Salam Alaika
Ya Nabi salam alaika
Ya Rasul salam alaika
Ya Habib salam alaika
Sholawatullah alaika

Engkau cahaya menerangi kelam dunia
Engkau pelita yang gelap jiwa
Engkau kekasih yang di damba setiap wajah
Engkau Muhammad Ya Rasullallah

Allahumma Shalli alla Muhammad
Ya Rabbi Shalli alaihi wassalim
Ya Nabi Allah pelita hatiku
Penerang jiwa cahaya mataku

Ya Nabi salam alika
Ya Rasul salam alaika
Ya Habib salam alika
Sholawatullah alaika…2x

Engkau cahaya menerangi kelam dunia
Engkau Muhammad Ya Rasullallah

Ya Nabi salam alaika Ya Rasul salam alaika
Ya Habib salam alaika Sholawatullah alaika… 4x

Mufti Haji Said bin Haji Ibrahim

Mufti Haji Said bin Haji Ibrahim, mantan mufti Sabah, dilahirkan di Kampung Kedai Lalat, Kelantan pada tahun 1923. Dalam menimba pengetahuan ilmu agama, beliau telah mengaji sehingga ke Jambi, Sumatera dan Makkah al-Mukarramah. Selain fasih berbahasa Arab, beliau juga terkenal mahir dalam perundangan Islam, 'aqidah, perbandingan `aqidah dan fiqh.

Setelah tamat pengajian, Haji Said telah memulakan karyanya untuk menabur bakti dalam bidang pendidikan dengan menjadi guru seawal tahun 1947 di sekolah-sekolah Arab di Kelantan. Pada tahun 1954, beliau bertukar mengajar ke Madrasah al-Hidayah di Singapura. Semasa di Singapura, beliau telah dipilih menjadi Yang DiPertua PERGAS (Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama ISlam Singapura) dari tahun 1963 sehingga tahun 1968. Pada 1968, beliau meninggalkan Singapura untuk berkhidmat di Brunei. Di Brunei, selain mengajar di sekolah menengah Arab, beliau dilantik menjadi penyusun sukatan pelajaran Maktab Perguruan Agama Brunei.

Dalam tahun 1971, beliau ke Sabah dan bertugas menjadi Pegawai Agama dan dalam tahun 1972, beliau kembali ke Semenanjung kerana dilantik menjadi Imam Masjid Negara yang disandangnya sehingga tahun 1975. Sebagai seorang yang berpengetahuan luas dalam ilmu-ilmu agama lagi berpengalaman, beliau telah dilantik menjadi Mufti Kerajaan Sabah untuk dua penggal iaitu 1975 - 1978 dan 1985 - 1989. Antara tahun 1978 sehingga 1985, beliau diberi penghormatan sebagai pakar rujuk di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Selain dari mengajar, Haji Said juga telah menghasilkan lebih daripada 20 buah buku agama yang membicaraan pelbagai aspek seperti fiqh, 'aqidah dan sebagainya. Antara karya beliau:-
1. Sinaran Fiqh;
2. Mengenal al-Quran;
3. Manasik Haji & Umrah;
4. Qanun Jenayah Syariah;
5. Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam;
6. Soal - Jawab Nikah Kahwin;
7. Fiqh Mazhab Syafi`i & Pendapat Imam-Imam Mazhab;
8. Perbandingan 'Aqidah & Fahaman Umat Islam;
9. Minhaj Ilmu Fiqh.

Selain tulisan berbentuk buku, beliau telah juga menghasilkan 32 kertaskerja yang dibentangkan dalam pelbagai seminar di peringkat antarabangsa. Beliau juga telah menyumbang tidak sedikit artikel dalam majalah-majalah agama seperti al-Islam, Dakwah, Roh Islam, Sinaran al-Quran dan Tamaddun.

Haji Said terkenal sebagai seorang yang tegas menangani gejala ajaran sesat yang menyalahi pegangan Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang sebenar. Karya beliau "Perbandingan 'Aqidah & Fahaman Umat Islam" dihasilkannya untuk menjelaskan perbezaan firqah-firqah yang sesat seperti Syiah, Khawarij, Ibnu Taimiyyah dan sebagainya. Berhubung dengan fahaman Ibnu Taimiyyah, beliau menulis mengenai penyelewengannya secara khusus dalam Fasal ke-18, Fasal ke -19 dan Fasal ke-20. Mufti Haji Said adalah antara ulama yang tegas dalam pernyataannya bahawa fahaman Ibnu Taimiyyah adalah menyeleweng daripada Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Dalam muqaddimahnya bagi karya tersebut, beliau rahimahUllah menulis pada halaman ii, antara lain:-

Dalam sejarah telah tercatat bahawa umat Islam dari masa ke semasa hingga kini terdapat beberapa firqah `aqidah dan fahaman mereka yang berbeza dan bertentangan di antara satu firqah dengan firqah yang lain.

Perkara ini memang sudah menjadi suatu kenyataan yang tidak boleh dibantah dan ditolak, iaitu firqah-firqah Syiah, Khawarij, Mu'tazilah, Qadariyah, Jabariyah, Najaariyah, Musyabbihah (Mujasimah), Bahaiyah dan Ibnu Taimiyyah, kesemuanya firqah tersebut berlainan fahaman dan `aqidah mereka. Dan tidak sama juga fahaman `aqidah mereka dengan `aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah.

Sungguhpun umat Islam di negara ini sejak dahulu lagi menganut fahaman dan `aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah, tetapi kini mereka telah banyak diresapi oleh fahaman `aqidah-`aqidah yang berlawanan dan bertentangan dengan fahaman dan `aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah, sehingga ada yang sudah dipengaruhi oleh fahaman dan `aqidah Syiah dan Mu'tazilah, bahkan ada pula yang telah terpengaruh dan mengikut fahaman dan `aqidah Ibnu Taimiyyah dan lain-lainnya.

Mufti Haji Said meninggalkan dunia yang fana ini pada tahun 2001 dalam usia 78 tahun dengan meninggalkan 8 orang anak serta ribuan anak murid. Sepanjang hayatnya, beliau tidak jemu-jemu menyumbangkan tenaga dan idea dalam memartabatkan Islam. Mudah-mudahan segala amalnya dinilai sebagai ibadah yang tulus dan rahmat Allah yang berkekalan dicucuri atas beliau....al-Fatihah.

Wednesday, February 02, 2011

Krisis Mesir

TERKINI - percakapan telefon

8 FEB
10.30 mlm (Malaysia)
Selamat kembali...





7 Feb

9.15 mlm (Malaysia)
H dan A sedang menaiki pesawat MAS dari Jeddah melibatkan kumpulan 2. Dijangka tiba di KLIA jam 11 pagi besok 8 Feb (Waktu Malaysia). Semuga semuanya selamat, InsyaALlah.


6 FEB
1.00 pagi (Malaysia) @ 8.00 mlm (Jeddah)
A selamat sampai. Hahaha.... pengalaman baru...
H menziarahi di dorm A...


5 FEB
2.00 ptg (Malaysia)
H telah selamat sampai di Jeddah jam 6 pagi(Malaysia) tadi.
A baru menaiki pesawat utk ke Jeddah...

Sebahagian pelajar sedang menaiki pesawat TUDM - MStar Online

Walaupun sentiasa berhubung, tapi tak sempat nak kemaskini disini kerana sebab2 yang tidak dpt dielakkan.

4 FEB
8.30 pagi (Malaysia)
H - OK. sekarang giliran pelajar lelaki termasuk H berpindah meninggalkan Rumah Malaysia. Kerunsingan dikalangan pelajar adalah tentang maklumat2 yg tidak menentu tentang sessi pengkuliahan selepas ini.

A - tiada jawapan, mungkin masih tidur atau di bilik mandi... Akan cuba buat panggilan selepas ini.




3 FEB
8.00 mlm (Malaysia)
H - Perpindahan melibatkan pelajar perempuan masih diteruskan. Ianya memakan masa.... belum dipastikan bila selesai..


A - Sama sebagaimana Rumah Malaysia, perpindahan melibatkan pelajar perempuan masih diteruskan...



1.00 tgh @ 7.00 pagi (Mesir)
H (di Rumah Malaysia)- OK dan semua telah siap sedia. Pelajar perempuan akan berpindah pada jam 2.00 ptg (8.00 pagi Mesir) sebentar lagi.

Makluman diterima oleh pelajar - pelajar akan berpindah ke Jeddah dgn visa selama sebulan dan akan dilanjutkan dari masa kesemasa. Semasa di Jeddah pelajar akan ditempatkan di bangunan2 LUTH. Kemudian akan kembali ke Mesir bila kembali aman. Dalam tempoh berkenaan, pelajar yang ingin kembali ke Malaysia dibenarkan tetapi dengan perbelanjaan sendiri.


12.30 tgh @ 6.30 pagi (Mesir)
A - (di Rumah Terengganu) OK dan semua kawan2 setempat telah siap utk berpindah. Masa perpindahan melibatkan pelajar lelaki belum dimaklumkan. Cuma pemindahan pertama melibatkan pelajar perempuan akan bermula pada pukul 6.30 pagi (Mesir) - sekarang.

11.00 pagi @ 5.00 pagi (Mesir)
H - OK dan masih tidor.... lepas suboh kitgi nok kemas2 mana yg patut

A - akan hubungi sedikit masa lagi....



2 FEB
9.46 pm - SMS drp pegawai kerajaan Negeri Terengganu (Jeddah)
Asw, utk maklumat terbaru, semua pelajar Malaysia termasuk Trg akan dipindahkan dgn k/terbang ke Jeddah, A/saudi. Perpindahan semua pelajar dibuat melalui Cairo dan Iskandariah mulai 4 - 7 Feb 2011 dan akan diangkut semula dgn kapal laut drp Jeddah ke Malaysia yg akan diuruskan oleh Kerajaan Malaysia. Bekalan makanan akan mulai sampai esok atau lusa melalui k/terbang tentera Malaysia ke Cairo dan akan diagihkan oleh kedutaan Malaysia kpd semua penempatan pelajar di seluruh Mesir.

Semua pelajar Trg ditempatkan di Asrama YT Hayyu Asyir Cairo, Asrama Malaysia Abbasiah, Asrama YT Mansurah dan Asrama MARA Iskandariah dan lain2 penempatan sendiri yg telah dikenalpasti oleh pusat penyelarasan bantuan Kedutaan Malaysia. Pegawai Yayasan Pahang, Ustaz Farid ditugaskan oleh kedutaan Malaysia utk menyelaras bantuan dan lain2 keperluan utk semua pelajar di Mesir.



6.45 pm @ 12.45 tengahari (Mesir)

H - keadaan Ok. Taklimat pelajar oleh Wakil JPA sedang berjalan. Kemungkinan kerajaan akan pindahkan ke Jeddah, dan dari sana pelajar boleh buat keputusan samaada mahu balik atau tinggal sementara disana.

A - keadaan OK. Tiada maklumat dari pihak berwajib. Pelajar tertunggu2 akan perkembangan tindakan seterusnya. Kemungkinan kerajaan akan pindahkan ke Jeddah, dan dari sana pelajar boleh buat keputusan samaada mahu balik atau tinggal sementara disana.


2.00 pm - Sedutan Kenyataan Akhbar Menteri Pengajian Tinggi
Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada ketika ini telah dimaklumkan mengenai pengumuman cuti oleh beberapa buah universiti utama di sana. Cairo University menetapkan cuti selama 3 bulan; Universiti Al-Azhar selama 1 tahun; manakala Ain Shams University menetapkan cuti selama 6 bulan.


7.30 pagi Rabu @ 1.30 mlm (Mesir)
Tiada `miscall' buat ketika ini,
Tiada cadangan utk membuat panggilan kerana waktu tidur.
mudah2an semua pelajar sentiasa dalam perlindunganNYA...


12.15 mlm Rabu @ 6.15 ptg (Mesir)
Alhamdulillah,
H - OK. Masak secara berkumpulan (sebenarnya masak dilarang tapi keadaan memerlukan). Bahan mentah beli di kawasan berdekatan. Keadaan tempatnya selamat tapi untuk proses pemindahan keluar sedikit sukar.

A - OK. Keadaan macam biasa, bilangan pelajar berkurangan kerana semua pelajar medic telah berpindah ke Rumah Malaysia. Keadaan masih terkawal, satu kawasan yang mudah untuk perpindahan keluar daripada Mesir.


10.00 mlm Rabu
Masih belum dapat dihubungi.

7.00 mlm Rabu @ 1 tengahari (Mesir)
Tidak dapat hubungi. Talian terganggu, kadang2 dengar suara percakapan arab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BICARA AGAMA


Popular Posts


uwais al qarni…

engkau hanya seorang insan biasa
dari kalangan bani yaman
disisimu tiada punyai nama
pangkat darjat mahupun kedudukan

setianya umar ali menanti satu harapan
kerna mengharap pengampunan
seperti mana yang telah dikhabarkan
oleh utusan rasul junjungan

keadaanmu dipandang hina
kerna berpakaian serba kedhaifan
namun begitu kau sentiasa melemparkan
pandanganmu ketempat sujudmu

wahai uwais.. kekasih allah
sunyinya namamu di dunia
tetapi terkenal namamu disana
sehingga rasul menyintaimu

beruzlah dirimu dari manusia
kerna ingin mengabdikan padanya
bagimu merasa aman bersamanya
bagaikan alam adalah dirinya…

Ya Allah,
malam hanya terasa indah
apabila berbisik denganMU,
siang hanya terasa indah
apabila mentaatiMu.

Tiada kelazatan dunia
kecuali dengan menyebut namaMU,
Dan akhirat tidak terasa indah
kecuali dengan beroleh kemaafan dariMu.

Juga syurga tidak terasa indah
kecuali dapat melihat-MU

munajat Yahya bin Muaz Ar-Razi