Pages


Friday, February 06, 2009

Dana Gaza: Rayuan khas Dr Haron Din

Ujian Allah terhadap hamba-hamba-Nya sentiasa berlaku. Kadang-kadang ujian itu amat getir, seperti apa yang berlaku di Palestin, khususnya di Gaza.

Korban yang manimpa terlalu tinggi. Rumah-rumah yang musnah amat banyak, hatta sekolah-sekolah dan masjid-masjid juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa kekejaman Yahudi Palestin.

Yang lebih menimbulkan kemarahan perasaan kita apabila melihat kekejaman itu berlaku di kala Amerika Syarikat mencanangkan pembelaan hak-hak asasi manusia. Tragedi yang berlaku di Gaza bukan sahaja tidak diendahkan oleh Yahudi walaupun mendapat bantahan masyarakat dunia, malah lebih menyedihkan mereka yang melakukan kezaliman mendapat sokongan daripada Amerika Syarikat.

Tambahan pula, masyarakat Islam walaupun ramai bilangannya berbanding dengan Yahudi, akan tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa. Justeru, penderitaan masyarakat Islam Gaza tidak dapat dibayangkan dengan fikiran kita.

Kini Allah menguji kita. Saudara kita, umat Islam Gaza meraung memohon bantuan. Soalnya, apakah kita juga sanggup mendengar rayuan mereka tanpa menghulurkan sedikit pun bantuan?
Harakah telah membuka tabung khasnya iaitu Tabung Kemanusiaan Harakah dengan mengajak seluruh umat Islam, khususnya pembaca Harakah termasuk yang bukan Islam yang terbuka hati mereka untuk menghulurkan sedikit bantuan. Maka Tabung Kemanusiaan Harakah amat mengalu-alukan setiap sumbangan anda.

Serah sendiri kepada Hamas

PAS melalui tabung ini akan menyerahkan sendiri kepada wakil Hamas yang akan berkunjung ke Kuala Lumpur, 12 Februari ini. Ia dapat menjamin bantuan ini sampai kepada pihak yang memerlukannya. Banyak pihak khuatir sumbangan mereka tersasar. Justeru, Harakah cuba memastikan ia disalurkan terus kepada Hamas, iaitu wakil rakyat Palestin yang sah.

Umat Islam Gaza diuji dengan begitu berat sekali dan mereka sedang mengharapkan bantuan kemanusiaan daripada kita semua. Penderitaan tidak tertanggung itu akan menjadi ringgan atau terubatlah sedikit perasaan terluka mereka jika masyarakat Islam di negara ini, walaupun tidak turut terkena musibah itu, dapat menghulurkan bantuan.

Sekurang-kurangnya menghulurkan bantuan sehelai sapu tangan untuk mengesat air mata mereka yang tidak pernah kering menanggung penderitaan.

Saya selaku Timbalan Mursyidul Am PAS merayu agar umat Islam Malaysia menghulurkan bantuan melalui Tabung Kemanusiaan Harakah ini. Insya-Allah setiap sen yang disumbangkan melalui tabung ini akan sampai ke tangan umat Islam Gaza yang sedang mengharapkan bantuan kita.

Ingatlah firman Allah yang bermaksud: "Dan apa sahaja yang kamu infakkan ke jalan Allah khasnya membantu orang-orang yang susah, maka Dialah Allah yang akan menggantikannya kerana sesungguhnya Allah itu sebaik-baik menganugerahkan rezeki kepadamu." Ayuh, beramai-ramai kita hulurkan bantuan untuk masyarakat Islam Gaza, melalui Tabung Kemanusiaan Harakah.

Hulurkan bantuan anda sekarang kepada:-
Tabung Kemanusiaan Harakah
1406 9010 0212 98 BIMB

Atau alamatkan bantuan anda ke:

Tabung Kemanusiaan Harakah
5 Jalan 65, Off Jalan Pahang Barat,
Pekeliling Business Centre,
53000 Kuala Lumpur
Telefon: 03 4021 3343

Sumbangan anda amatlah dihargai...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BICARA AGAMA


Popular Posts


uwais al qarni…

engkau hanya seorang insan biasa
dari kalangan bani yaman
disisimu tiada punyai nama
pangkat darjat mahupun kedudukan

setianya umar ali menanti satu harapan
kerna mengharap pengampunan
seperti mana yang telah dikhabarkan
oleh utusan rasul junjungan

keadaanmu dipandang hina
kerna berpakaian serba kedhaifan
namun begitu kau sentiasa melemparkan
pandanganmu ketempat sujudmu

wahai uwais.. kekasih allah
sunyinya namamu di dunia
tetapi terkenal namamu disana
sehingga rasul menyintaimu

beruzlah dirimu dari manusia
kerna ingin mengabdikan padanya
bagimu merasa aman bersamanya
bagaikan alam adalah dirinya…

Ya Allah,
malam hanya terasa indah
apabila berbisik denganMU,
siang hanya terasa indah
apabila mentaatiMu.

Tiada kelazatan dunia
kecuali dengan menyebut namaMU,
Dan akhirat tidak terasa indah
kecuali dengan beroleh kemaafan dariMu.

Juga syurga tidak terasa indah
kecuali dapat melihat-MU

munajat Yahya bin Muaz Ar-Razi