Pages


Sunday, December 11, 2011

INSYAALAH...



Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insya Allah,
ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Ya Allah,
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar

Sunday, November 27, 2011

Hijrah bersama Zikir II

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433
yang pasti usia sudah bertambah,
bagaimana dengan yang lain...

hari demi hari,
ujian yang datang silih berganti
namun yang pasti,
setiap ujian itu adalah
untuk memberi kesedaran
bahawa,
kepadaNYA tempat berserah diri
dan hanya keadaNYA tempat kembali...



Sunday, November 06, 2011

Impian



KEMUNCAK HAJI
Jemaah haji berwukuf di Padang Arafah sebelum bermalam di Muzdalifah bagi mengutip batu disusuli perjalanan ke Mina untuk melontar di Jamrah.

Foto Berita Harian
Nov 6, 2011 2:32 am

Tuesday, October 25, 2011

UiTM lawan USIM hari ini

Berita terdahulu :

GOMBAK – Pasukan debat dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan bertemu pada peringkat akhir Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri 2011 (PPM) kategori bahasa Melayu yang akan berlangsung pukul 8 malam ini.

Dalam pertandingan peringkat separuh akhir yang diadakan di kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini semalam, UiTM menewaskan Universiti Malaya (UM) manakala USIM menumpaskan UIA.

Ketua Pendebat UiTM, Muhammad Syafiq Musa, 20, berkata, kelayakan pasukannya mara ke peringkat akhir boleh dianggap sebagai bernasib baik.

“Kami bagaimanapun akan meneliti kembali segala kelemahan (semalam) untuk memberi saingan sengit kepada pihak lawan esok (hari ini),” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Debat PPM 2011 yang dianjurkan buat pertama kali itu disertai oleh 44 institusi pengajian tinggi bermula pada 20 Oktober lalu dan berakhir hari ini.

Pertandingan yang dinaungi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu menawarkan hadiah bernilai RM25,000 bagi juara dan RM15,000 kepada naib johan bagi setiap kategori.

Sementara itu, Ketua Pendebat USIM, Ummu Umairah Azahari, 24, memberitahu, kelebihan memenangi Pertandingan Debat Pendidikan Islam peringkat ASEAN pada Jun lalu memberi perangsang untuk pasukan universiti itu memenangi pertandingan debat tersebut.

“Perkara utama yang dilakukan pasukan kami ialah melakukan post mortem setelah selesai setiap perdebatan.

“Harapan kami sangat besar agar dapat melakukan yang terbaik dan jika pasukan kami menang ia dianggap sebagai bonus,” ujarnya.

Dalam pada itu, UIA yang menewaskan UM akan bertemu UiTM pada peringkat akhir debat kategori bahasa Inggeris pada pukul 2.30 petang hari ini. UiTM sebelum itu menewaskan Kolej Damansara Utama untuk mara ke peringkat akhir.

Sumber : Kosmo 25 Okt 11


Terkini :

USIM, UiTM muncul juara Debat Piala PM

GOMBAK – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengungguli Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri 2011 Antara Institut Pengajian Tinggi dalam pertandingan yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini malam tadi. USIM menjuarai kategori Bahasa Melayu manakala UiTM memenangi kategori Bahasa Inggeris.



Debat antara institusi pengajian tinggi yang dianjurkan buat pertama kali itu menyaksikan USIM selaku pembangkang berjaya mengalahkan pasukan UiTM menerusi tajuk ‘Kerajaan Malaysia wajar menyaring kandungan Internet secara terpilih untuk mencapai 1Malaysia’. USIM diwakili Ummu Umairah Azahari, Mohd. Ikhwan Mohd. Rosseli, Mohammad Shah Izad Saleh dan Mohammad Irhammuddin Ibrahim.

Pasukan UiTM pula diwakili oleh Siti Nor Zamzila Mohd. Nor Muhammad Syafiq Musa, Muhammad Kasyful Azim Shahlan dan Rodziah Abu Hassan. Bagi debat bahasa Inggeris, UiTM berjaya menewaskan pasukan debat tuan rumah iaitu UIAM menerusi tajuk “Pemberian subsidi kepada semua pelajar sekolah dari semua sekolah kebangsaan dan swasta”. Pasukan UiTM diwakili Maizura Mokhsein, Mohd. Aerie Rashmond Rahman, Ain Aissa Mohamad dan Mohd. Syafiq Ahmed Bazari.

Pasukan UIAM pula dianggotai Senad Hadrovic, Arinah Najwa Ahmad Said dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Pendebat terbaik bagi kategori bahasa Melayu dirangkul oleh Mohd. Ikhwan manakala Mohd. Syafiq muncul pendebat terbaik kategori bahasa Inggeris. Kedua-duanya membawa pulang wang tunai RM2,000 dan piala individu. Johan bagi setiap kategori membawa pulang wang tunai RM25,000, piala pusingan, piala iringan, piala individu serta sijil penyertaan. Naib johan pula membawa pulang wang tunai RM15,000, piala iringan, piala individu serta sijil penyertaan. Hadiah disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sumber : Kosmo 26 Okt 11

Saturday, October 15, 2011

taman-tamanMU

`Memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi' bermaksud memikirkan mengenai tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t. dan keajaiban hikmah-hikmahnya. Perkara ini akan meneguhkan lagi makrifatNya.

Ibnu Abidunia rah, meriwayatkan sebuah hadith mursal bahawa pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. pergi kepada sekumpulan para sahabat yang sedang duduk berdiam diri.

Rasulullah s.a.w. bertanya :
"Apa yang kamu fikirkan?"

Mereka menjawab : " Kami memikirkan tentang ciptaan Allah s.w.t."

Rasulullah s.a.w. bersabda :
" Baik, jangan sekali-kali memikirkan tentang zat Allah s.w.t. (kerana zatNya itu tidak dapat difikirkan) tetapi fikirkanlah tentang ciptaanNya"

Sekali seorang sahabat berkata kepada Hazrat Aishah r.a.,
"Ceritakanlah tentang mana-mana amalan Baginda s.a.w. yang aneh". Beliau berkata, "Tidak ada amalan Baginda s.a.w. yang tidak aneh. Sekali peristiwa Rasulullah s.a.w. datang ke tempat tidur lalu baring dan berselimut bersamaku. Kemudian Baginda s.a.w. berkata : "Biarkanlah aku beribadat kepada Tuhanku" Baginda s.a.w. pun bangun lalu berwuduk dan mendirikan solat sambil menangis sehingga air mata mengalir membasahi dadanya. Begitulah juga keadaan Baginda s.a.w. ketika rukuk dan sujud. Sepanjang malam begitulah keadaan Baginda s.a.w. sehingga Bilal r.a. data memanggil Baginda s.a.w. untuk solat subuh.

Saya berkata, "Ya Rasulullah, tidakkah telah dijamin keampunan untukmu? tetapi, mengapa Tuan menangis begitu sekali?"

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidakkah sepatutnya aku menjadi seorang hamba Allah yang bersyukur?" Kemudian Baginda s.a.w. bersabda lagi, "Mengapa tidak aku menangis sedangkan pada hari ini telah diturunkan ayat-ayat berikut,




[Ali-'Imran : 190 - 191 ]

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Kebinasaan bagi orang yang membaca ayat-ayat tersebut tetapi tidak merenung dan memikirkan tentangnya."

Fadhilat Zikir
Masjid BPST
Selepas Solat Asar

Friday, October 14, 2011

malam



Dalam kitab Sunan-nya, At-Tirmidzi meriwayatkan dari Anas radhiyallahu ‘anhu bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menemui seorang pemuda yang sedang sakratul maut.
Baginda bertanya,
“Bagaimana kau dapati dirimu?”

Pemuda tersebut menjawab,
“Demi Allah wahai Rasulullah, sesungguhnya saya berharap kepada Allah dan sesungguhnya saya pun takut dengan dosa-dosa saya.”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Tidaklah keduanya berkumpul dalam hati seorang hamba dalam keadaan seperti ini, melainkan Allah memberikan kepadanya apa yang diharapkannya dan Dia melindunginya dari apa yang ditakutinya.”

pujuklah hati...

Apa yang ada pada kita
semuanya kurniaan Allah

Apabila kita melakukan amal,
kita tidak terlepas daripada
menggunakan daya
dan upaya
yang datangnya dari Allah,
tanpa Kudrat Allah s.w.t
kita tidak mampu bergerak...


maka tidak ada keupayaan untuk selamat
daripada terjerumus ke dalam maksiat
kecuali dengan pemeliharaan Allah ta’ala

dan tidak ada kemampuan untuk melakukan ketaatan
kecuali dengan bantuan pertolongan dariNya jua.

Tuesday, October 11, 2011

Nok royat ggapo bbenar...



Sepi bukan bererti tak ada peristiwa
setiap masa berlalu ada saja cerita,
yang rancang dan tidak dirancang
yang duga dan tidak diduga

semuanya adalah kisah-kisah
yang telah disuratkan
untuk kita semua,
syukur dan redho...

Thursday, September 22, 2011

Imbasan sementara...






tuai padi antara masa
esok jangan layu-layuan,
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan...

101, seremban
22911 @ 1:21





Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri 2011



Semoga Ramadhan tahun ini,
lebih baik dari tahun sebelumnya
dan
semoga diberi kesempatan untuk
bersama dengan Ramadhan
yang akan datang,
InsyaALlah.

Selamat merayakan
hari kemenangan,
bagi mereka2 yang merasakan
mereka berusaha untuk menang...

Monday, August 08, 2011

Masa yang berlalu

Jika dikira kad pengenalan, maka hari ini genaplah usiaku 53 tahun. Tapi kata ibuku, setahun lahir baru daftar... maknanya 54, tapi kalau convert ke tahun hijrah, umurku dah 55 tahun sbb jatuh pada 23 Muharram 1378 tambah setahun. Namun begitu kelahiranku yang sebenarnya hanya ALlah Yang Mengatahui, begitu juga dengan perjalanan hidupku seterusnya juga hari kematianku... Apapun, selamat hari lahir untuk diriku sendiri...


Kehidupan mesti diteruskan...

Saturday, August 06, 2011

Tempat Sandaran

Jangan mengadu
atau meminta
sesuatu hajat
kepada
selain Allah.


sebabnya,
IA lah yang memberi
atau menurunkan
hajat itu kepadamu.

Maka bagaimanakah
sesuatu selain Allah
akan dapat menyingkirkan
sesuatu yang diletakkan oleh Allah...


Pak Su,
Dalam Huma
6 Ogos 2011

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan


Ia datang lagi,
membawa Rahmat dan Keberkatan...

Selamat menjalani
ibadah puasa,
semuga Ramadhan tahun ini
lebih baik dari tahun sebelumnya

InsyaALlah.


Semangat Malam Pertama Ramadhan
Solat Teraweh hanya lapan
selesai, terus balik.
Singgah internet,
emel ayahsu (nadiah).

Gi Dalam Huma,
bermalam.

Malam


Kamar


Sahur


Solat Suboh di Masjid Kayu Antik,
sampai rumah jam 7.15 am.

Pejabat
1 Ramadhan, 10.58 am



Malam 19 Ramadhan...



Jam 11.30 pm.

Tuesday, July 26, 2011

W10C3HRPZII



Semuanya OK. suasana yg cukup bagus, bersama adik-adik. Jarang begini, pusing negeri di malam hari hingga jam 2 pagi. Balik bilik, mandi dan keluar lagi...

Begitulah keadaannya, masa yang berlalu dulu ditinggal pergi. Banyak peristiwa diimbas kembali. Rupanya, kita terlepas banyak tanggungjawab dan amanah. Kita akan rasainya bila sesuatu itu telah tiada dan tidak mungkin kembali.

AE Cafe
9AM@26J11

Saturday, July 16, 2011

Malam Nishfu Sya'ban

BUKU CATATAN BARU
Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb Sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib). Dan ianya berterusan dicatat segala perihal yang dilakukan... berhati-hatilah semasa melakukan sesuatu, dan sentiasalah INGAT akan wujudnya buku catatan ITU...

Mohonlah doa
kepada Allah di malam yang mulia ini supaya kita,
1. Diberkati akan umur kita dalam taat kepadaNYA
2. Diberi rezeki yang halal
3. Ditetapkan dalam iman dan Islam sehingga akhir hayat

Pak Su - 9.50 pagi,
14 Sya'ban 1432
16 Julai 2011



MALAM NISHFU SYA'BAN
Sebagian ulama menyebutkan bahwa malam nishfu sya’ban memiliki banyak nama, dan sudah menjadi maklum bahwa banyaknya nama menunjukkan kemulyaan yang mempunyai nama itu. Bahkan al Imam Abul Khoir Ath Thaliqani menyebutkan tidak kurang 22 nama nishfu sya’ban, diantaranya :

Lailatul Mubaarokah (Malam keberkahan)
Artinya malam itu sendiri memiliki keberkahan, atau karena makna dan rahasia yang terdapat didalamnya atau karena dekatnya malaikat kepada manusia pada malam itu.

Lailatul qismah (Malam pembagian)
Yaitu pembagian rizqi dan penentuan takdir yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT, sebagaimana yang diriwayatkan dari ‘Atho’ bin Yasar, beliau berkata:

“Jika tiba malam nishfu sya’ban malaikat maut menghapus setiap nama orang yang ditakdir akan mati pada sya’ban itu sampai sya’ban yang akan datang, dan sesungguhnya seseorang berbuat kedholiman dan kekejian atau menikahi wanita atau menanam pepohonan padahal namanya telah dipindah dari (catatan) golongan orang-orang yang hidup ke dalam (catatan) golongan orang-orang mati dan tidak ada malam yang lebih mulia setelah malam Lailatul Qadr daripada malam nishfu sya’ban”

Lailatut Takfiir (Malam pengguguran dosa)
Al Imam Taqiyuddin As Subki RA menyebutkan dalam tafsirnya bahwasanya malam nishfu sya’ban menggugurkan dosa selama setahun dan malam jum’at menggugurkan dosa sepekan dan malam lailatul qadr menggugurkan dosa seumur hidup.

Lailatul Ijaabah (Malam pengabulan doa)
Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar RA, beliau berkata :

“Terdapat lima malam yang tidak akan tertolak doa ( si hamba ), yaitu malam jum’at, awal malam bulan rajab, malam nishfu sya’ban, malam lailatul qadr dan dua malam hari raya (Idul Fitri dan Idul Adha).

Lailatu ‘iidil malaaikah (malam hari raya malaikat)
Al Imam Abu Abdillah Thohir bin Kuhammad bin Ahmad al Haddadi ra menyebutkan dalam kitabnya ‘Uyuunul Majaalis :

“ Sesungguhnya para malaikat di langit mempunyai dua hari raya sebagaimana kaum muslimin, adapun hari raya malaikat adalah malam nishfu sya’ban dan malam lailatul qadr sedangkan hari raya muslimin adalah idul fitri dan idul adha. Hari raya malaikat malam hari karena mereka tidak tidur, jadi siang dan malam sama di hadapan mereka, sedang hari raya muslimin pada siang hari karena malam adalah waktu mereka tidur dan beristirahat “.

Lailatusy Syafa’ah (Malam pemberian syafa’at)
Nama ini diberikan oleh al Imam Abu Manshur Muhammad bin Abdillah al Hakim an Naisaaburi dan ulama lainnya.

Lailatul Baraa ah (malam pembebasan)
Yang dimaksud adalah dibebaskan dari neraka Allah, yang demikian ini diberikan kepada mereka yang melaksanakan hak-hak Allah dan melaksanakan kewajibannya sebagai hamba Allah.

Lailatut Ta’dziim (malam kemulian)
Nama ini diberikan oleh Taqiyuddin as Subki ra dalam tafsirnya.

Lailatul ghufraan wal ‘itq minan niiraan
malam pengampunan dan pembebasan dari neraka)

Keterangan ini disebutkan dalam kitab Tuhfatul Ikhwan yang ditulis oleh as Syeikh Syihabuddin Ahmad bin Hijazi Rahimahullah.

Dengan keterangan diatas kita dapat mengetahui betapa agung malam nishfu sya’ban itu. Sehingga ketika kita sudah mengetahui kemuliaannya maka hendaknya kita mempergunakan kesempatan umur dengan banyak beribadah pada malam ini, entah dengan sholat, dzikir, sholawat atau doa-doa yang biasa dibaca oleh kaum muslimin. Doa-doa itu ditulis oleh ulama pendahulu kita agar dibaca guna memulyakan dan menyemarakkan malam nishfu sya’ban sehingga umur dan waktu kita tidak berlalu begitu saja. Dan di dalam semua itu terdapat fadhilah dan pahala yang besar.

Wallahu A’lam
sumber : http://albakriah.wordpress.com

Friday, July 15, 2011

Monday, July 11, 2011

Teman

Peranan teman dan rakan adalah sangat penting dalam menentukan jenis seseorang itu. Rasulullah s.a.w. sentiasa mengingatkan hakikat ini dengan bersabda yang bermaksud:

"Seseorang itu mengikut agama temannya. Oleh yang demikian, hendaklah seseorang itu meneliti (memilih) sesiapa yang menjadi temannya". (Hadith Sahih)

Oleh yang demikian, seseorang yang inginkan sebuah kehidupan yang penuh bermakna, hendaklah mencari seorang teman yang dapat menyampaikan dirinya kepada sebuah makna kehidupan yang hakiki dan abadi.

Adapun bersahabat dengan golongan yang lalai daripada mengingati Allah s.w.t. dan lalai daripada menunaikan tanggungjawab kehambaan kepadaNya membawa kita kepada kelalaian jua. Hidup jika sekadar untuk kelalaian merupakan modal untuk mendapatkan kesengsaraan di akhirat kelak yang pasti datang.

Teman yang baik dan mengajak kita kepada Allah s.w.t. adalah teman yang akan bersama dengan kita di akhirat kelak dalam tautan persaudaraan kerana Allah s.w.t.. Adapun teman yang buruk dan sentiasa mengajak kita kepada kelalaian akan meninggalkan kita kesorangan dalam menghadapi kesusahan samada di dunia mahupun di akhirat kelak. Persahabatan tanpa dasar iman dan persaudaraan kerana Allah akan membawa kepada permusuhan dan penyesalan

Monday, July 04, 2011

Solat Istikhoroh

Bila di sebut sahaja Solat Istikhoroh kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikhoroh ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.


Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikhoroh ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikhoroh ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Mahfum Hadis : Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikhoroh dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Betapa pentingnya Solat Istikhoroh ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.

Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikhoroh. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah 1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah 2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah 3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah 4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Kisah 5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikhoroh tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah 6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikhoroh walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikhoroh ini.

Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikhoroh sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikhoroh sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.

Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikhoroh adalah seperti berikut;

Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
• Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
• Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
• Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
• Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).


Terjemahan Doa’ :
Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua.
Wallah hu ‘alam
Oleh: Ismail Abu Bakar
(Petikan dari http://darussyifa.org/index.php)





Saturday, July 02, 2011

Berdiam diri...

“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya.” (Riwayat Abu Naim)

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)

“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya.”
(Riwayat At-Tirmizi)

Note :
Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

Tuesday, June 28, 2011

ISRAK MIKRAJ

URUTAN RINGKAS PERISTIWA-PERISTIWA
YANG BERLAKU DALAM ISRAK MIKRAJ KE ATAS RASULULLAH SAW

Umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Israk dan Mikraj yang ada disebut dalam ayat pertama surah al-Israk pada 27 Rejab (20 Julai 2009) InsyaAllah. Mereka tidak akan melepaskan peluang keemasan yang datang sekali setahun dalam bulan hijriah. Ia bagaikan dinanti-nanti oleh pencinta agama Islam, kerana kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah kesempurnaan. Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku pada diri baginda Rasulullah SAW.

Peristiwa ini telah membongkarkan keimanan dan keyakinan umat manusia tentang kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian nabi Muhammad SAW. Orang kafir sendiri menjadikan peristiwa Israk Mikraj ini sebagai suatu pembohongan yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah nabi. Manakala keadaan umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu ada yang terus membenarkan nabi seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji nabi melalui beberapa pertanyaan seperti bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut dan ada pula yang bersikap menolak terus cerita nabi dan kembali murtad daripada Islam. Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku di dua tempat utama di bumi sebelum nabi dinaikkan ke Saidatul Muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin malah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi Isra’ dan sekitarnya. Sehingga kini bumi Isra’ iaitu Baitul Maqdis, Palestin terus menjadi rebutan 3 agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi sehinggakan keganasan Yahudi dalam membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berjalan tanpa perikemanusiaan.

Sejarah Perjalanan Israk Mikraj
Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda SAW disuci dengan air zamzam dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangi binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

Semasa Israk
(Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa)
Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah SAW ditemani oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah) Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan sembahyang sebanyak 2 rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :

I. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
II. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.
III. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan).

Dalam perjalanan itu juga Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib, antaranya:-

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang diganda kan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2. Tempat yang berbau harum, Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

3. Sekumpulan orang orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali, Jibrail memberitahu: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4. Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail : Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail : Itulah orang yang makan riba.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagu kayu yang lain. Kata Jibrail : Itulah orang yang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali di gunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail : itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail : Itulah orang yang makan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail : Itulah orang yang bercakap besar (takbur), kemudian menyesal tapi sudah terlambat.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail : Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail : Itulah orang yang mensiakan umurnya sampai tua.

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail : Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia’, aulia’ dan mursalin menjadi makmum. Pad suatu ketika Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail : Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah)
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama :
Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu jumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Langit Kedua :
Nabi SAW dan Jibrail naik tangga yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.

Langit Ketiga :
Baginda naik langit ketiga dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

Langit Keempat :
Baginda naik tangga keempat dan bertemu dengan Nabi Idris AS.

Langit Kelima :
Baginda naik tangga kelima dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israel.

Langit Keenam :
Baginda naik tangga langit keenam dan bertemu dengan nabi-nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa AS, Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh :
Baginda naik tangga langit keyujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW Nabi Ibrahim AS bersabda. “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat terakhir dan terlalu dha’if , maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syuga iaitu La Haulawala Quwatta Illa Billah. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda :
“Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah iaitu : Subhanallah, Walhamdulillah, Wa La Ila Haillallah Allahuakbar dan La Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.

Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
Tangga Kelapan :
Di sinilah disebut “Al – Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia.

Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka beserta dengan malaikat Malik penunggunya.

Tangga Kesembilan :
Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya.

Tangga Kesepuluh :
Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya.

Allah SWT : Ya Muhammad
Rasullah : Labbaika

Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah SWT : Aku ambil mu sebagai kekasih. Aku perkenankan mu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepada mu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelum mu. Aku berikan mu ayat-ayat di akhir surah al Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah “Arasy”. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakan panji-panji Liwa – ul – hamd. Maka Adam dan semua yang lainya di bawah panji-panji mu. Dan aku fardukan atas mu dan umat mu 50 (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah SAW dibawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), baginda tidak mahu lagi merayu kerana malu kepada Allah, dan akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam tetapi mengekalkan nilai pahalanya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj
Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama.

Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj
Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa? Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh
dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk. Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.

Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini. Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia ada kaitan dengan persoalan akidah mereka.

Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat. Apabila solat seseorang itu beres dengan
Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebut kan di atas. Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran.

Wallahua’lam.
(Peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan di atas adalah bersifat sepintas lalu dan diambil dari pelbagai sumber, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.)

Sunday, June 19, 2011

Sapu









18 Jun 2011 @ Jam 4.00 petang,
proses penyucian...

Saturday, June 04, 2011

Kembara Sihat 2011


3 - 4 Jun 2011
(Kemaman - Air Keroh)

Peserta Berdaftar :
1. HMN
2. UKBH
3. MIHH
4. FNH

Peserta Sokongan :
1. RM
2. RHH


Pencarian bermula...


Alhamdulillah, selamat sampai ke distinasi...

debaran...

ata ko dok jawapan niii...,
takkan tak ata,
aku pasti soalan tu aku ata,
tapi sekarang
90 pun dok lagi,
target 90 ke atas...
50 pun do lagi
20 pun dok lagi
aaiii... guano ni..
10 pun dooookkk agiiii...


dan akhirnya...
TOPTEN daripada 110 peserta,
tahniah kpd diri kita sendiri,
yeeaaahh....









KARNIVAL PESTA AIR MELAKA 2011
Perarakan Feri Berhias...




MUKTAMAR PAS KE 57Taman Melewar, Gombak


diluar Dewan Dato' Fadhil Noor


KARNIVAL INOVASI ISLAM 2011Masjid Negara KL



Uji Bakat Rancangan Adik-Adikku


tinggal kenangan...
SMAPL
3.20 petang


sedikit debaran...
Pengkalan Ghawi, Tasek Kenyir
2.00 pagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BICARA AGAMA


Popular Posts


uwais al qarni…

engkau hanya seorang insan biasa
dari kalangan bani yaman
disisimu tiada punyai nama
pangkat darjat mahupun kedudukan

setianya umar ali menanti satu harapan
kerna mengharap pengampunan
seperti mana yang telah dikhabarkan
oleh utusan rasul junjungan

keadaanmu dipandang hina
kerna berpakaian serba kedhaifan
namun begitu kau sentiasa melemparkan
pandanganmu ketempat sujudmu

wahai uwais.. kekasih allah
sunyinya namamu di dunia
tetapi terkenal namamu disana
sehingga rasul menyintaimu

beruzlah dirimu dari manusia
kerna ingin mengabdikan padanya
bagimu merasa aman bersamanya
bagaikan alam adalah dirinya…

Ya Allah,
malam hanya terasa indah
apabila berbisik denganMU,
siang hanya terasa indah
apabila mentaatiMu.

Tiada kelazatan dunia
kecuali dengan menyebut namaMU,
Dan akhirat tidak terasa indah
kecuali dengan beroleh kemaafan dariMu.

Juga syurga tidak terasa indah
kecuali dapat melihat-MU

munajat Yahya bin Muaz Ar-Razi