Pages

Saturday, October 15, 2011

taman-tamanMU

`Memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi' bermaksud memikirkan mengenai tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t. dan keajaiban hikmah-hikmahnya. Perkara ini akan meneguhkan lagi makrifatNya.

Ibnu Abidunia rah, meriwayatkan sebuah hadith mursal bahawa pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. pergi kepada sekumpulan para sahabat yang sedang duduk berdiam diri.

Rasulullah s.a.w. bertanya :
"Apa yang kamu fikirkan?"

Mereka menjawab : " Kami memikirkan tentang ciptaan Allah s.w.t."

Rasulullah s.a.w. bersabda :
" Baik, jangan sekali-kali memikirkan tentang zat Allah s.w.t. (kerana zatNya itu tidak dapat difikirkan) tetapi fikirkanlah tentang ciptaanNya"

Sekali seorang sahabat berkata kepada Hazrat Aishah r.a.,
"Ceritakanlah tentang mana-mana amalan Baginda s.a.w. yang aneh". Beliau berkata, "Tidak ada amalan Baginda s.a.w. yang tidak aneh. Sekali peristiwa Rasulullah s.a.w. datang ke tempat tidur lalu baring dan berselimut bersamaku. Kemudian Baginda s.a.w. berkata : "Biarkanlah aku beribadat kepada Tuhanku" Baginda s.a.w. pun bangun lalu berwuduk dan mendirikan solat sambil menangis sehingga air mata mengalir membasahi dadanya. Begitulah juga keadaan Baginda s.a.w. ketika rukuk dan sujud. Sepanjang malam begitulah keadaan Baginda s.a.w. sehingga Bilal r.a. data memanggil Baginda s.a.w. untuk solat subuh.

Saya berkata, "Ya Rasulullah, tidakkah telah dijamin keampunan untukmu? tetapi, mengapa Tuan menangis begitu sekali?"

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidakkah sepatutnya aku menjadi seorang hamba Allah yang bersyukur?" Kemudian Baginda s.a.w. bersabda lagi, "Mengapa tidak aku menangis sedangkan pada hari ini telah diturunkan ayat-ayat berikut,




[Ali-'Imran : 190 - 191 ]

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Kebinasaan bagi orang yang membaca ayat-ayat tersebut tetapi tidak merenung dan memikirkan tentangnya."

Fadhilat Zikir
Masjid BPST
Selepas Solat Asar

1 comment:

Ayah said...

alhamdulillah,
pagi kembali pagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BICARA AGAMA

Popular Posts

uwais al qarni…

engkau hanya seorang insan biasa
dari kalangan bani yaman
disisimu tiada punyai nama
pangkat darjat mahupun kedudukan

setianya umar ali menanti satu harapan
kerna mengharap pengampunan
seperti mana yang telah dikhabarkan
oleh utusan rasul junjungan

keadaanmu dipandang hina
kerna berpakaian serba kedhaifan
namun begitu kau sentiasa melemparkan
pandanganmu ketempat sujudmu

wahai uwais.. kekasih allah
sunyinya namamu di dunia
tetapi terkenal namamu disana
sehingga rasul menyintaimu

beruzlah dirimu dari manusia
kerna ingin mengabdikan padanya
bagimu merasa aman bersamanya
bagaikan alam adalah dirinya…

Ya Allah,
malam hanya terasa indah
apabila berbisik denganMU,
siang hanya terasa indah
apabila mentaatiMu.

Tiada kelazatan dunia
kecuali dengan menyebut namaMU,
Dan akhirat tidak terasa indah
kecuali dengan beroleh kemaafan dariMu.

Juga syurga tidak terasa indah
kecuali dapat melihat-MU

munajat Yahya bin Muaz Ar-Razi