Pages


Wednesday, December 22, 2010

INDAHNYA…

Tuan Guru Menjadi Tetamu Kerajaan Arab Saudi Memasuki Kaabah Kali Ketiga

Pada hari Selasa, 21-Disember-2010M bersamaan 15-Muharam-1432H, kira-kira pukul 7:00 pagi waktu Makkah (waktu Malaysia 12:00 tgh), Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din telah diberi penghormatan bersama-sama tetamu kerajaan Arab Saudi yang lain memasuki ke dalam Kaabah.

Ini adalah kali ketiga Tuan Guru berpeluang memasuki ke dalam Kaabah. Kali pertama pada tahun 2001, kali kedua 5 bulan yang lalu iaitu pada 1 Syaaban 1431H (13-Julai-2010).

Tuan Guru bersama tetamu-tetamu kerajaan Arab Saudi yang lain berpeluang beribadat selama sejam di dalam Kaabah. Tuan Guru keluar dari dalam Kaabah kira-kira pada pukul 8:00 pagi (waktu Makkah).

Tuan Guru pergi ke Makkah melalui negara Brunei. Beliau bertolak ke negara Brunei pada hari Khamis 16-Disember-2010 ditemani menantunya Haji Khairy. (Isteri Tuan Guru tidak pergi bersama). Kemudian berangkat ke Makkah pada hari Ahad 19-Disember-2010 bersama-sama rombongan kerajaan negara Brunei. Tuan Guru dijangka pulang ke tanah air pada hari Jumaat 24-Disember-2010.

Bila ditanya bagaimana Tuan Guru boleh mendapat jemputan ini, beliau berkata panjang untuk menceritakannya.

Semoga Allah SWT memberkati Tuan Guru sekeluarga.

Tuan Guru pernah menceritakan pengalaman kali pertama beliau memasuki ke dalam Kaabah. Sila KLIK DISINI untuk membacanya.


Disediakan oleh;
Ibnuumar Asseluluni

Monday, December 20, 2010

1MDB

Tahniah untuk anda semua...

Tuesday, December 07, 2010

Hijrah bersama Zikir

Nafi dan Isbat




sehari semalam 300x.


Kemenangan Dunia dan Akhirat

sehari semalam 100x atau sekurang-kurangnya 25x

Kemudahan di Dunia dan Akhirat

sehari semalam 100x atau sekurang-kurangnya 25x

Keluasan Rahmat ALlah

sehari semalam 100x atau sekurang-kurangnya 25x

Tazkirah Nafi dan Isbat
(Ustaz Ghazali Hasbullah - Darul Atiq)

Sunday, November 28, 2010

Yang Lahir dan Yang Mati

Merecup kembang dihujan pagi
lahirlah bayi setiap hari
membuat dosa dihari nanti
atau hidup penuh bakti.



Manusia, antara malam dan pagi
membentuk sejarah hidupnya sendiri
digaris kesopanan atau kekejaman
antara perhambaan dan berontakan.

Yang lahir dan yang mati
bentukan alam semula jadi
hanya manusia memberi erti
untuk kehidupan yang tidak abadi.

Usman Awang
Bintang-bintang Mengerlip (1949 - 1956)

Saturday, November 06, 2010

Hakikat Doa

Janganlah kerana kelambatan masa pemberian Tuhan kepada kamu, padahal kamu telah bersungguh-sungguh berdoa, membuat kamu berputus asa, sebab ALLAH menjamin untuk menerima semua doa, menurut apa yang dipilih-NYA untuk kamu, tidak menurut kehendak kamu, dan pada waktu yang ditentukan-NYA, tidak pada waktu yang kamu tentukan.

bersama Pak Su,
6 Nov 2010 @ 9.45am.

Friday, November 05, 2010

Gunung Merapi


Letusan lahar Gunung Merapi 27 Oktober 2010
sumber : Berita Harian dan Kosmo

Sunday, October 31, 2010

Rahmat

Akhirnya,
hujan itu
turun lagi
mencurah kasih
kepada bumi...

dan hujan,
walau apa pun
keadannya
adalah
Rahmat
dan juga ujian...

Friday, October 29, 2010

Muhasabah Diri

Wahai manusia,
Alangkah banyaknya lampu yang telah padam tertiup anginnya, alangkah banyaknya orang abid amalanya musnah disebabkan rasa bangga dan ujud, alangkah ramainya orang kaya jadi binasa kerana kekayaannya, alangkah ramainya orang fakir rusak kerana kefakirannya, alangkah banyaknya orang yang sihat jadi binasa kerana kesihatannya, alangkah ramainya orang alim jadi binasa kerana ilmunya, alangkah ramainya orang yang jahil binasa kerana kejahilannya.

Wahai manusia,
Setiap hari umur engkau berkurangan padahal engkau tidak sedar, setiap hari Aku beri rezeki kepadamu tetapi engkau tidak berterima kasih, yang sedikit tidak mencukupi dan yang banyak pun masih terasa kurang.

Wahai manusia,
Tidak berlalu sehari semalam melainkan sentiasa rezeki datang kepadamu tetapi para malaikat melaporkan kepadaKU tentang kejahatanmu. … sepertimana tidak ada jalan untuk ke shurga melainkan dengan amal dan tidak buleh mengumpulkan harta yang banyak melainkan dengan keringat dan kepenatan, Maka begitulah kamu tidak buleh masuk kedalam shurga melainkan dengan sabar mengabdikan diri kepada Allah. Oleh itu dekatilah Allah dengan melakukan amalan sunat, carilah keredhaan Allah melalui orang-orang miskin di kalangan kamu, Dan dapatkanlah kasih sayang dan rahmat Allah di tempat-tempat ulamak kerana sesungguhnya rahmat dan kasih sayang Allah tidak pernah berpisah daripada ulamak walaupun sekelip mata.

Wahai manusia,
Aku hairan terhadap mereka yang yakin dengan mati tetapi bagaimana mereka masih suka gembira. Aku hairan terhadap mereka yang yakin akan adanya hisab (perhitungan) tetapi mereka masih tamak mengumpulkan harta benda… Aku hairan terhadap mereka yang yakin tentang akhirat namun mereka masih bersenang-lenang… Aku hairan terhadap mereka yang sibuk memperkatakan atau menceritakan keaiban atau kekurangan orang lain padahal mereka lupa tentang keaiban diri mereka sendiri… Aku hairan terhadap mereka yang yakin bahawa mereka akan mati seorang diri, masuk ke dalam kubur seorang diri, akan disoal oleh mungkar dan nangkir dalam keaadan seorang diri tetapi mereka masih berjinak-jinak dengan manusia.


Tazkirah oleh,
Ust Mohd Puad Abd Wahab
Di sebuah pondok…
29 Okt 2010 @ 11.00 pagi.

Friday, October 15, 2010

Kelebihan fakir

Kata Imam al-Ghazali:
“Makna fakir itu ‘ibarat daripada ketiadaan mendapat barang yang berhajat kepadanya. Adapun tiada mendapat barang yang tiada berhajat kepadanya, maka tiada dinamakan fakir. Dan jika ada yang berhajat kepadanya maujud lagi kuasa atasnya, tiada dinamakan yang berkehendak itu fakir.”

Orang Miskin Masuk Syurga Mendahului Orang Kaya
Dan adalah Rasulullah s.a.w. berkata pada do’anya:
“Hai Tuhanku, hidup olehmu akan daku miskin, dan mati olehMu akan daku miskin, dan himpunkan olehmu akan daku di dalam himpunan segala orang miskin.”

Maka kata ‘A’isyah r.a. baginya:
Kerana apa ya Rasulullah?”

Maka sabdanya:
“Bahawasanya mereka itu masuk syurga dahulu daripada orang kaya dengan 40 tahun. Hai ‘A’isyah, jangan engkau tolak akan orang miskin dan jikalau dengan sebelah buah tamar sekalipun. Hai ‘A’isyah, kasih olehmu akan segala miskin, dan hampirkan olehmu akan mereka itu, nescaya hampir akan dikau Allah Ta‘ala pada hari qiamat.”

Dan pada hadith Tirmidhi, daripada hadith Abi Hurairah, katanya: Sabda Rasulullah s.a.w.: “Masuk syurga orang fakir dahulu daripada orang kaya dengan 500 tahun,
dan iaitu nisfu hari.”

Maka jika dikata orang: “Betapa dua hadith itu?”
Jawabnya: Dengan dihimpunkan antara dua hadith itu, bahawasanya 40 tahun itu dikendak dengan dia terdahulu fakir yang loba atas orang kaya. Dan dikehendaki dengan 500 tahun itu fakir yang zahid atas orang kaya yang gemar kepada dunia.

Sabda Nabi s.a.w.:
“Bermula fakir itu terlebih perhiasan atas orang mu’min daripada tali di atas pipi kuda.”
Dan dikehendaki dengan dia fakir,
yang tiada berhajat kepada manusia.

Dan sabda Nabi s.a.w.:
“Bermula kepapaan itu kecelaan dan kehinaan pada manusia, dan terlebih perhiasan dan kemuliannya pada Allah Ta‘ala pada hari qiamat”, yakni; kerana sejahtera taulannya pada dua negeri.

Nabi Dan Sahabat Yang Terakhir Masuk Syurga
Dan tersebut pada khabar: “Bermula akhir anbiya’ masuk syurga itu Nabi Sulaiman bin Daud ‘Alahimassalam, kerana tempat kerajaannya. Dan akhir sahabatku masuk syurga,
'Abdul Rahman bin ‘Auf, kerana kayanya.

Dan sabda Nabi s.a.w.:
“Bagi tiap-tiap suatu itu anak kunci. Dan anak kunci syurga itu kasih akan segala miskin dan fuqara’ kerana sabar mereka itu. Mereka itulah yang sekedudukan serta Allah pada hari qiamat,” yakni; yang hampir kepadaNya.

Dan kata Yahya bin Mu‘adh: “Kasih engkau akan fuqara’ itu daripada perangai mursalin (para rasul). Dan memilih engkau duduk serta mereka itu daripada ‘alamat orang salihin, dan lari daripada bersahabat dengan mereka itu daripada ‘alamat orang munafiqin.”

Dan sabda Nabi s.a.w.:
“Bahawasanya Allah Ta‘ala kasih akan hambaNya yang mu’min yang faqir yang terpelihara ia, yakni daripada yang haram, dan daripada meminta-minta kepada manusia lagi mempunyai ‘iyal,” yakni; ahli (tanggungan).

disuatu Pondok,
Kelantan
15 Okt 2010
@ 10.50am

Wednesday, October 13, 2010

Ke mana tujuan...

Nafsu membawa pengertian kepada apa sahaja tabiat-tabiat atau kelakuan yang membabitkan perasaan marah, nafsu berahi dan syahwat dan semua sifat-sifat yang keji. Tetapi apabila nafsu-nafsu ini diasah dengan ibadah seperti zikir, maka dapatlah nafsu-nafsu ini berubah dari yang keji menjadi nafsu yang terpuji.

Adapun Martabat Nafsu pada diri manusia itu adalah terdiri dari tujuh (7) nafsu sebagimana yang termaktub didalam Al-Quran :

Nafsu AMARAH
Nafsu LAWAMAH
Nafsu MULHAMAH

Nafsu MUTHMAINAH
Nafsu RADIAH
Nafsu MARDIAH
Nafsu KAMALIAH


“Sesungguhnya Kami telah menciptakan ke atas dirimu tujuh jalan (nafsu)”
( Surah Al-Mu’minun ayat – 17 )


NAFSU AMARAH

Nafsu Amarah itu adalah satu kelakuan hati yang menerbitkan suatu perangai yang mengandungi sifat-sifat Mazmumah yang terlampau banyak dan tempatnya ialah neraka jahannam.

Antara sifat-sifat nafsu ini; .

[ ] dengki
[ ] khianat
[ ] iri hati
[ ] pemarah
[ ] berang
[ ] emotional
[ ] bakhil
[ ] sukakan dunia
[ ] panjang angan-angan
[ ] sombong
[ ] inginkan keagungan
[ ] dendam
[ ] khianat
[ ] mencela orang lain
[ ] menjaja keburukkan orang
[ ] bersifat bermuka-muka
[ ] lalai kepada Allah
[ ] ……..


NAFSU LAWAMAH

Pada peringkat nafsu Lawamah manusia telahpun dapat menguasai satu perasaan semacam melarang seseorang manusia itu melakukan sesuatu kesalahan kezaliman dan apa saja yang ditegah oleh syariat. Perasaan ini timbul pada sudut-sudut hatinya pada setiap ketika mereka melakukan sesuatu kesalahan, maka bisikan di dalam hati mereka inilah dinamakan Lawamah. Ianya ibarat taufik dan hidayah Allah untuk memimpinnya kembali dari kesesatan dan kesalahan kepada kebenaran dan jalan yang lurus.

Antara sifat-sifat nafsu ini; .

[ ] Meneliti dan mencela diri sendiri
[ ] Bertafakur dan berfikir
[ ] Membuat kebajikan kerana ria
[ ] Kagum pada diri sendiri yakni 'ujub
[ ] Membuat sesuatu dengan sum'ah - agar dipuji
[ ] Cepatrasa bersalah pd Allah, Rasulullah atas keterlanjurannya
[ ] Takjub pada diri sendiri
[ ] Merenung segala kesilapan lampau
[ ] Menyesal, keluar air mata penyesalan
[ ] Kerap menangis semasa solat/sendirian/berzikir/berselawat
[ ] Mengkaji dan meneliti alam dan kejadian
[ ] Membandingkan sesuatu dengan dirinya
[ ] Cenderung kpd perbincangan berkaitan soal mengenal diri
[ ] Jemu dengan persoalan yang tidak berkaitan dengan agama
[ ] ………..


NAFSU MULHAMAH

Setelah seseorang itu berjaya mengikuti petua daripada gurunya dan menerima teguran isyarat Lawamah dengan patuhnya, maka seseorang itu akan tercapai tahap nafsu yang lebih tinggi dan mulia martabatnya daripada nafsu Amarah dan nafsu Lawamah.

Antara sifat-sifat nafsu ini :

[ ] Ketenangan
[ ] Lapang dada
[ ] Tidak putus asa.
[ ] Tak sayangkan harta
[ ] Qanaah.
[ ] Berilmu laduni
[ ] Merendah diri
[ ] Tawwadu'
[ ] Taubat hakiki
[ ] Sabar hakiki
[ ] Tahan ujian dalam menanggung kesusahan
[ ] Menguasai ilmu qalam
[ ] …………

Tetapi manusia diperingkat ini masih wujud lagi terkadang-kadang sifat Mazmumah yang dikeji oleh Allah swt. Jiwa mereka kadang-kadang tenang dan ada masanya fikirannya gelabah, gelisah dan sebagainya. Pendek kata sifat-sifat Mazmumah itu masih lagi melanda jiwa mereka.

Saya memperingati diri sendiri, teman-teman dan anak-anak, tuntutilah Ilmu Tasauf sehingga tercapai martabat yang tinggi yang mendekatkan diri kepadaNYA. semoga kita bersama selamat di dunia dan akhirat, InsyaALlah.

“Berbahagialah engkau yang mencapai martabatnya”

Friday, October 01, 2010

Segalanya tak bernilai

Tanpa Cinta,
Segalanya tak bernilai...


Jika engkau
bukan seorang pencinta,
maka jangan pandang hidupmu adalah hidup.
Sebab tanpa Cinta,
segala perbuatan
tidak akan dihitung
pada Hari Perhitungan nanti.

Setiap waktu yang berlalu tanpa Cinta,
akan menjelma menjadi wajah
yang memalukan dihadapanNya.

Burung-burung Kesedaran
telah turun dari langit
dan terikat pada bumi
sepanjang dua atau tiga hari.
Mereka merupakan bintang-bintang
di langit agama yang dikirim dari langit ke bumi.

Demikian pentingnya
Penyatuan dengan Allah
dan betapa menderitanya keterpisahan denganNya.

Wahai angin,
buatlah tarian ranting-ranting
dalam zikir hari yang kau gerakkan dari Persatuan.

Lihatlah pepohonan ini !
Semuanya gembira
bagaikan sekumpulan kebahagiaan.
Tetapi wahai bunga ungu,
mengapakah engkau larut dalam kepedihan ?
Sang lili berbisik pada kuncup :
“Matamu yang menguncup akan segera mekar.
Sebab engkau telah merasakan
bagaimana Nikmatnya Kebaikan.”

Di manapun,
jalan untuk mencapai Kesucian Hati
adalah melalui Kerendahan Hati.
Hingga dia akan sampai pada jawaban “YA”
dalam pertanyaan : “Bukankah Aku ini Rabbmu ?”

~Jalaluddin Rumi

Sunday, September 26, 2010

Releks sekejap

Ikan selar dalam kuali
Kuali diletak di celah dapur,
Yang mengejar tidak berkaki
Yang dikejar tiada berekor.

Tanam pisang sulung tahun
Malam-malam tanak nasi,
Dalam batang ada daun
Dalam daun ada isi.


Tarik pukat dari pengkalan
Gula melaka dibuat inti,
Bila diikat ia berjalan
Bila dibuka ia berhenti.

Buah cermai di dalam dulang
Tepong digaul minyak sapi,
Anaknya ramai ibu seorang
Bila bergesel berapi-api.

Sumbangan :
Nurul Ain binti Roslan
Julai 2002.

Thursday, September 16, 2010

Sultan Muhammad V

Menjunjung Kasih
Bismillahhir Rahmanir Rahim, maka dengan ini adalah diisytiharkan bagi pengetahuan orang ramai bahawa pada menjalankan kuasa-kuasa menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Yang Kedua, Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang bermesyuarat pada hari ini (4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan 13.9.2010, pukul 9.00 pagi) di Pejabat SUK, Kota Darunaim, Kota Bharu telah membuat keputusan bersetuju memilih, melantik dan mengesahkan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Pemangku Raja Kelantan waris, menjadi Raja memerintah, menaiki takhta Negeri Kelantan dan Jajahan takluknya bagi menggantikan KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra berkuatkuasa pada hari ini 4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan dengan 13 September 2010.

Padanya, sekalian hamba rakyat mengaku taat setia dan kasih mesra dan kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa dipohon taufiq dan hidayah ke atasnya, semoga Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darulnaim dan seluruh jajahan takluknya memerintah di atas takhta Kerajaan Kelantan, dan memandu negeri dan rakyat sekalian merasa aman sentosa, mewah, makmur, kebajikan serta menaungi.

Pemasyhuran perlantikan oleh :
YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia
Menteri Besar Kelantan



Sunday, September 12, 2010

ikhlaskan diri


siapa sangka
cita-cita yang membara
sejak darjah 5
kini menjadi nyata...

Alhamdulillah,
tekadkan hati
ikhlaskan perjuangan
insyaallah,
diberikan pertolongan
olehNYA.


TERKINI


Sarapan
1 Okt 2010














Apa khabar...
29/9/2010




Rumah Terbuka Terengganu
19 Sept 2010



KPT Menyambut Ketibaan Mahasiswa/wi Baru
12 sept 2010 Ahad



Unit Sambutan Mahasiswa Baru dan AJKT Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir telah menyambut ketibaan Mahasiswa/wi baru ke Mesir yang tiba jam 5 petang waktu Mesir,seramai 17 orang mahasiswa dan 16 mahasiswi yang selamat sampai di lapangan terbang Cairo bersama guru pengiring.

Setakat ini segalanya berjalan dengan lancar termasuk pengisian ringkas mengenai Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir “KPT” serta sedikit taklimat keselamatan oleh ust Mohd Kamal Bin Mohd Shah dan taklimat kesihatan oleh Dr Che Mohd Nur Anas Bin Che Kadir.semua mahasiswa telah ditempatkan di bilik-bilik yang disediakan.



Segala gerak kerja dan pengisian akan dipantau oleh Unit Sambutan Mahasiswa Baru “USMB” menurut ust othman selaku pengarah USMB kali ini insyaAllah berjalan lancar dan beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli KPT yang turut sama membantu meringankan segala gerak kerja sambutan Mahasiswa baru kali ini.

Friday, September 03, 2010

Taubat Nashuha


Kata Hasan Basri Radhiyallahu ‘anhu : “ Bermula taubat nashuha itu, iaitu menyesal dengan hati dan istighfar dengan lidah dan meninggalkan ma’siat dengan segala anggotanya dan cita bahawa tiada kembali kepada ma’siat selama-lamanya.”

Kata Abi Ibnu Ka’ab, Mu’adz bin Jabal dan ‘Umar bin Al-Khaththab Radhiyallahu ‘anhum : “Taubat nashuha itu, bahawa taubat ia kemudian tiada kembali ia kepada dosa seperti tiada kembali laban (susu) kepada lubang susunya.”

Kata Saiyidi Asy-Syeikh ‘Abdul Qadir : ‘Bermula taubat itu, iaitu kembali daripada barang yang dicela pada syara’ kepada barang yang dipuji pada syara’ dan mengetahui ia dengan bahawasanya dosa dan ma’siat itu membinasakan dan menjauhkan daripada Allah ‘Azza wa Jalla dan daripada syurgaNya, dan meninggalkan ma’siat itu menghampirkan kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan kepada syurgaNya.”

Petikan : Kitab Al-Jauhar al-Mauhub wa Munabbihat Al-Qulub
Syarah oleh : Ustaz Rusli

Ifthor Ramadhan



Tarikh : 22 Ramadhan 1431 @ 1 Sept 2010

Sunday, August 22, 2010

Permulaan

Kitab inilah yang patut mengajinya
Dan upahnya emas sudah diujinya

Dan umpama pula makanan di idang
Dan yang lain itu tudung sajinya

Dan umpama pula buah-buahan
Isinya dan minyak dalam bijinya

Kerna ialah yang nyampai kepada tuhannya
Lagi besar pahalanya dan kejinya

Dan yang dapat ilmunya dan mengamalkanya
Orang itulah sebenar dipujiNya

Syurga itulah kediaman yang kekal
Ilmu ini pintunya dan bajinya

Dan yang jahil dengan dia api neraka
Selar, sengat, tikamnya gergajinya

Ya Rabbi, kurnia akan futuhMu
Bagi tiap-tiap hamba mengajinya

InsyaALlah,
11 Ramadhan 1431 @ 21 Ogos 2010
9.55 am w Pa'Su

Saturday, August 14, 2010

Munajat

Tuhanku,
tidak seharusnya aku kecewa
dan hina,
kerana Engkau
adalah harapan
dan sandaranku...
(Syeikh Ibnu Athoillah)





Ertinya :
"Tuhanku, bagaimana aku mesti kecewa padahal Engkaulah harapanku, atau bagaimana aku mesti hina sedang hanya kepadaMu lah aku bersandar menyerahkan diri"

bersama Pak Su,
03 Ramadhan 1431
11.10 pagi

Monday, August 09, 2010

Dua Imam?

Kejadian dikesan pada tahun 1994 disatu lokasi tersendiri. Yang pasti ini bukan kerana perbezaan parti politik, perselisihan kepercayaan atau wujud satu permusuhan, tetapi ini adalah satu jemaah yang cukup unik... Sepasang Imam melibatkan lelaki berumur 5 tahun dan wanita darjah 1. Catatan : seorang makmun wanita berumur 2 tahun tidak dibenarkan berada dalam saf kerana tidak mempunyai pakaian solat. Tidak dapat dipastikan bagaimanakah perlaksanaannya, samaada makmun lelaki akan mengikuti imam lelaki atau sebaliknya...


Rupa-rupanya sangat berat menanggung amanah, oleh itu wahai anak-anakku, dimana sahaja kamu berada atau apa jua perkerjaan dan tugasan yang kamu lakukan, biarlah dengan ilmu kerana ilmulah yang mengesahkan amal. Ingatlah Allah setiap masa dan ikhlaskanlah amalmu.

Saturday, August 07, 2010

Fadzil Noor dalam kenangan

Esoknya ustaz masih belum sedarkan diri. Orang semakin ramai datang ke ICU untuk menziarahi ustaz, tetapi hampa apabila peraturan tidak membenarkan mereka masuk. Ada yang datang dari jauh – Kelantan, Kedah, Johor . Ada yang datang dengan bas robongan.

Antara yang paling awal jambangan bunga kepada Ustaz ialah , DYMM Sultan kedah. Ketika itu saya sedang menunggu di luar wad ICU. Saya menerima bagi pihak keluarga dan parti , dari penghantar bunga. Pada jambangan bunga tersebvut, terselit sekeping kad yang tertera kata – kata : "BETA DAN SULTANAH MENDOAKAN, AGAR YB DATUK SEGERA SEMBUH"

Ustaz terus tidak sedarkan diri beberapa hari selepas itu. Ada sedikit tanda – tanda positif seperti beliau mula mengerakkan jari dan membuka mata seketika apabila dipanggil. Ada tanda-tanda positif, tetapi terlalu perlahan

Semakin hari dan setiap masa tanpa mengira masa waktu lawatan, semakin ramai yang datang untuk menziarah dan memberi sokongan moral.Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri – Menteri dan Ahli Parlimen turut menziarah. Jambangan bunga pun semakin banyak diterima dari pelbagai pihak termasuk kedutaan asing.

Saya,Dr Hatta, Dr Wahab dan beberapa rakan menunggu dan membantu mengendalikan pelawat dan keluarga hampir setiap hari , sehingga jam 2 atau 3 pagi. Pelbagai pihak termasuk media massa cuba mendapatkan maklumat terkini. Pelbagai rumours disebarkan tentang ustaz .kami yang sentiasa berada di HUKM enggan mengulas, kerana untuk mengetahui keadaan Ustaz selayaknya diperolihi daripada HUKM.

Kami memantau keadaan Ustaz dari semasa ke semasa,selagi beliau belum sedar,keadaannya amat membimbangkan.Tetapi tidaklah wajar kami melahirkan kebimbangan ini kepada sesiapa yang datang .

Rakyat terus datang tanpa henti. Apalah yang boleh dilakukan melainkan berdoa dan menunaikan solat hajat agar Ustaz segera sembuh. Itulah permintaan pemimpin – pemimpin PAS, supaya semua markaz PAS mengadakan majil seumpama itu.

Menjelang 7 petang, 22hb Jun 2002, saya menerima mesej daripada Dr Hatta supaya ke HUKM segera, umtuk menyambut Ustaz hadi. Setiba di HUKM, Ustaz hadi dilaporkan baru keluar untuk menunaikan solat dan dijangka akan kembali kemudia. Para doctor memanggil anak – anak Ustaz untuk diberi taklimat. Ustaz Nasaruddin mat Isa(Setiausaha Agung) sudah tiba di sana dan menghubungi semua AJK Harian PAS untuk berhimpun.

Ustaz dalam keadaan sangat kritikal.

Kami berhimpun . Ustaz hadi tiba dan membaca ayat Quran dan doa di sisi ustaz. Yang luar diminta menunaikan solat hajat dan membaca surah Yassin. Semakin ramai yang datang , kebimbangan berteusan sehingga 1.30 pagi, apabila di laporkan keadaan Ustaz ada sedikit perubahan,tetapi masih stabil.

Kami beransur pulang menjelang jam 3 pagi. Namun kebimbangan dijangkakan berterusan jua. Mnejlang subuh ,saya menerima panggilan telefon mengatakan keadaan Ustaz kembali kritikal. Malah sangat kritikal.

Tiada kata boleh digambarkan apabila pemimpin dan penyokong PAS yang berada di HUKM pagi itu mula berlinang air mata. Sedih dan sayu tidak tergambar.

10.30 pagi, pemimpin PAS yang berada di sisi katil Ustaz keluar dari wad ICU berkata dengan penuh kesedihan; “Kita Kehilangannya...”

Kesedihan menyelebungi seluruh keluarga , ahli – ahli PAS dan rakyat yang menyokong perjuangan Ustaz Fadzil . Berita pemergian Ustaz ke rahmatullah begitu cepat tersebar, dan dilaporkan media sejurus selepas itu. Berduyun – duyun manusia berhimpun di perkarangan HUKM.

Petikan di atas diambil daripada buku
FADZIL NOOR DALAM KENANGAN:PILU MENGINGATIMU
Susunan: ZABIDI BIN MORAD


AL-FATIHAH.

Tuesday, August 03, 2010

Pertemuan

Tanpa disangka-sangka,satu pertemuan dipagi Jumaat yang berkat.Penuh dengan kata-kata yang memberi manafaat...

Tarikh : 30 Julai 2010
Masa : 9.50 pagi

Monday, August 02, 2010

Naik basikal

Malam Jumaat yang lepas, aku bersama isteriku berjalan-jalan di kampong halamanku. Kemudian kami menaiki basikal bersama dengan perasaan yang gembira, sedangkan isteriku memang tak suka naik basikal atau motorsikal sebelum ini. Dia begitu gembira sekali, sehingga aku sempat berkata :
“Dok mmolek gak sikit…”

Friday, July 23, 2010

Wahai Sahabatku...

Benar wahai sahabatku,
dalam mengharungi
gerak diam alam,
sukar difahami
kecuali yang selalu
menyerah kepada
yang empunya Haq.

wahai sahabatku,
hebatnya tipu daya dunia

begitulah
wahai sahabatku,
jangan lupa mengingatiNYA.
sesungguhnya Dia amat menyayangi
akan hambaNya.

wahai sahabatku,
ingatkan nikmatNya
setiap turun naik nafasmu...

selamat sejahtera
atas kamu wahai sahabatku,
semua yang berlaku
dalam ilmu
NYA.

Saturday, July 17, 2010

Helo semua...

Apakhabar,
masih ingat akan saya...
tak ingat?
takper,
yang penting
masih ada yang ingatkan saya...

Monday, July 12, 2010

Wahai Anakku...

Dimana sahaja kamu berada atau apa jua perkerjaan dan tugasan yang kamu lakukan, ingatlah Allah, ikhlaskan amal kamu, jaga batas-batas syariat.

Firman Allah : “ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadamu.” (Al-Baqarah : 152)

Hati yang hidup adalah hati yang cinta kepada Allah. Segala pengamalannya, gerak kerjanya untuk mencari cinta Allah. Hati yang hidup adalah hati yang sentiasa melihat segala sesuatu , gerak diam di alam ini datang dari Tuhan. Mereka bersyukur dengan nikmat dan kebaikan, mereka sabar dan redha dengan musibah dan kejahatan. Mereka tidak pernah berputus asa dengan rahmat Allah, hati mereka teguh bagaikan pohon kayu yang kuat dalam keyakinan pada Allah, mereka bertawakal kepada Allah. Ingatlah, apabila kamu bertawakal bermakna kamu tidak bersendirian, seluruh tentera Allah di langit dan bumi menjadi penolongmu.

Wahai Anakku,
Mengutamakan kehidupan akhirat adalah melambangkan kecerdikan dan ketajaman mata hati. Orang yang buta mata tidak nampak keindahan dunia, mereka yang buta mata hati tidak dapat melihat keindahan akhirat. Cintamu pada akhirat membawa dirimu dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat. Dirimu akan tenang dan redha dengan apa ujian di dunia kerana bagimu dunia terlalu kecil untuk kamu tangisi kesusahannya dan terlalu kecil untuk kamu gembira dengan kenikmatannya….

Fahamilah wahai anakku,
Apa sahaja yang kamu lakukan adalah untuk menuju hakikat kehambaan yang hakiki. Apakah yang dimaksudkan kehambaan? Iaitu dirimu fakir, dan orang yang fakir adalah mereka yang tiada memiliki apa-apa pun pada dirinya. Jangan kamu terpedaya dengan ibadahmu kerana ibadahmu belum tentu diterimaNya. Jangan kamu terpedaya dengan ilmumu kerana ilmumu belum tentu dapat kamu amalkan. Jangan kamu terpedaya dengan duniamu dan apa yang kamu miliki kerana ia adalah milik Tuhan dan segala apa yang ada ditanganmu adalah diatas belas kasihan-Nya.

Ingatlah anakku,
Kamu adalah pengemis disisi Tuhan, engkau mengemis belas kasihan-Nya…

Petikan dari : Nasihat buat Anakku
Oleh : abu hubaib asy-syathari

Sunday, July 11, 2010

Tazkirah Israk


Tarikh : 9 Julai 2010
Masa : Lepas Maghrib
Hijrah : Mlm 27 Rejab 1431
Tempat : Pondok Pengajian

Monday, July 05, 2010

Friday, July 02, 2010

APC 2010

Tarikh : 1 Julai 2010
Dewan Besar WDI

Bangsa Yang Sihat Aset Negara
Kualiti Hidup Dipelihara
Berpasukan Berganding Tangan
Pertingkatkan Taraf Kesihatan

Secara Profesional, Khidmat Diberi
Kecemerlangan, Matlamat Kami
Di Mana Pun Jua, Di Setiap Waktu
Kami Sedia Membantu

Kami Penyayang Pada Semua
Bagi Kami Tiada Beza
Bertanggungjawab Amalan Kita
Kesihatan Dan Maruah Dijaga

Wednesday, June 23, 2010

Puteh ke klinik


Tarikh : 23 Jun 2010 @ 4.15 pm
Berat : 1.3 kg


burtuqoliyyon dan junior
Biru

Tersisih
Junior dan .....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BICARA AGAMA


Popular Posts


uwais al qarni…

engkau hanya seorang insan biasa
dari kalangan bani yaman
disisimu tiada punyai nama
pangkat darjat mahupun kedudukan

setianya umar ali menanti satu harapan
kerna mengharap pengampunan
seperti mana yang telah dikhabarkan
oleh utusan rasul junjungan

keadaanmu dipandang hina
kerna berpakaian serba kedhaifan
namun begitu kau sentiasa melemparkan
pandanganmu ketempat sujudmu

wahai uwais.. kekasih allah
sunyinya namamu di dunia
tetapi terkenal namamu disana
sehingga rasul menyintaimu

beruzlah dirimu dari manusia
kerna ingin mengabdikan padanya
bagimu merasa aman bersamanya
bagaikan alam adalah dirinya…

Ya Allah,
malam hanya terasa indah
apabila berbisik denganMU,
siang hanya terasa indah
apabila mentaatiMu.

Tiada kelazatan dunia
kecuali dengan menyebut namaMU,
Dan akhirat tidak terasa indah
kecuali dengan beroleh kemaafan dariMu.

Juga syurga tidak terasa indah
kecuali dapat melihat-MU

munajat Yahya bin Muaz Ar-Razi