Pages


Friday, October 15, 2010

Kelebihan fakir

Kata Imam al-Ghazali:
“Makna fakir itu ‘ibarat daripada ketiadaan mendapat barang yang berhajat kepadanya. Adapun tiada mendapat barang yang tiada berhajat kepadanya, maka tiada dinamakan fakir. Dan jika ada yang berhajat kepadanya maujud lagi kuasa atasnya, tiada dinamakan yang berkehendak itu fakir.”

Orang Miskin Masuk Syurga Mendahului Orang Kaya
Dan adalah Rasulullah s.a.w. berkata pada do’anya:
“Hai Tuhanku, hidup olehmu akan daku miskin, dan mati olehMu akan daku miskin, dan himpunkan olehmu akan daku di dalam himpunan segala orang miskin.”

Maka kata ‘A’isyah r.a. baginya:
Kerana apa ya Rasulullah?”

Maka sabdanya:
“Bahawasanya mereka itu masuk syurga dahulu daripada orang kaya dengan 40 tahun. Hai ‘A’isyah, jangan engkau tolak akan orang miskin dan jikalau dengan sebelah buah tamar sekalipun. Hai ‘A’isyah, kasih olehmu akan segala miskin, dan hampirkan olehmu akan mereka itu, nescaya hampir akan dikau Allah Ta‘ala pada hari qiamat.”

Dan pada hadith Tirmidhi, daripada hadith Abi Hurairah, katanya: Sabda Rasulullah s.a.w.: “Masuk syurga orang fakir dahulu daripada orang kaya dengan 500 tahun,
dan iaitu nisfu hari.”

Maka jika dikata orang: “Betapa dua hadith itu?”
Jawabnya: Dengan dihimpunkan antara dua hadith itu, bahawasanya 40 tahun itu dikendak dengan dia terdahulu fakir yang loba atas orang kaya. Dan dikehendaki dengan 500 tahun itu fakir yang zahid atas orang kaya yang gemar kepada dunia.

Sabda Nabi s.a.w.:
“Bermula fakir itu terlebih perhiasan atas orang mu’min daripada tali di atas pipi kuda.”
Dan dikehendaki dengan dia fakir,
yang tiada berhajat kepada manusia.

Dan sabda Nabi s.a.w.:
“Bermula kepapaan itu kecelaan dan kehinaan pada manusia, dan terlebih perhiasan dan kemuliannya pada Allah Ta‘ala pada hari qiamat”, yakni; kerana sejahtera taulannya pada dua negeri.

Nabi Dan Sahabat Yang Terakhir Masuk Syurga
Dan tersebut pada khabar: “Bermula akhir anbiya’ masuk syurga itu Nabi Sulaiman bin Daud ‘Alahimassalam, kerana tempat kerajaannya. Dan akhir sahabatku masuk syurga,
'Abdul Rahman bin ‘Auf, kerana kayanya.

Dan sabda Nabi s.a.w.:
“Bagi tiap-tiap suatu itu anak kunci. Dan anak kunci syurga itu kasih akan segala miskin dan fuqara’ kerana sabar mereka itu. Mereka itulah yang sekedudukan serta Allah pada hari qiamat,” yakni; yang hampir kepadaNya.

Dan kata Yahya bin Mu‘adh: “Kasih engkau akan fuqara’ itu daripada perangai mursalin (para rasul). Dan memilih engkau duduk serta mereka itu daripada ‘alamat orang salihin, dan lari daripada bersahabat dengan mereka itu daripada ‘alamat orang munafiqin.”

Dan sabda Nabi s.a.w.:
“Bahawasanya Allah Ta‘ala kasih akan hambaNya yang mu’min yang faqir yang terpelihara ia, yakni daripada yang haram, dan daripada meminta-minta kepada manusia lagi mempunyai ‘iyal,” yakni; ahli (tanggungan).

disuatu Pondok,
Kelantan
15 Okt 2010
@ 10.50am

1 comment:

Ayah said...

mulia org dahulu kerana ilmunya,
mulia org skrg kerana hartanya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BICARA AGAMA


Popular Posts


uwais al qarni…

engkau hanya seorang insan biasa
dari kalangan bani yaman
disisimu tiada punyai nama
pangkat darjat mahupun kedudukan

setianya umar ali menanti satu harapan
kerna mengharap pengampunan
seperti mana yang telah dikhabarkan
oleh utusan rasul junjungan

keadaanmu dipandang hina
kerna berpakaian serba kedhaifan
namun begitu kau sentiasa melemparkan
pandanganmu ketempat sujudmu

wahai uwais.. kekasih allah
sunyinya namamu di dunia
tetapi terkenal namamu disana
sehingga rasul menyintaimu

beruzlah dirimu dari manusia
kerna ingin mengabdikan padanya
bagimu merasa aman bersamanya
bagaikan alam adalah dirinya…

Ya Allah,
malam hanya terasa indah
apabila berbisik denganMU,
siang hanya terasa indah
apabila mentaatiMu.

Tiada kelazatan dunia
kecuali dengan menyebut namaMU,
Dan akhirat tidak terasa indah
kecuali dengan beroleh kemaafan dariMu.

Juga syurga tidak terasa indah
kecuali dapat melihat-MU

munajat Yahya bin Muaz Ar-Razi