Pages


Friday, October 29, 2010

Muhasabah Diri

Wahai manusia,
Alangkah banyaknya lampu yang telah padam tertiup anginnya, alangkah banyaknya orang abid amalanya musnah disebabkan rasa bangga dan ujud, alangkah ramainya orang kaya jadi binasa kerana kekayaannya, alangkah ramainya orang fakir rusak kerana kefakirannya, alangkah banyaknya orang yang sihat jadi binasa kerana kesihatannya, alangkah ramainya orang alim jadi binasa kerana ilmunya, alangkah ramainya orang yang jahil binasa kerana kejahilannya.

Wahai manusia,
Setiap hari umur engkau berkurangan padahal engkau tidak sedar, setiap hari Aku beri rezeki kepadamu tetapi engkau tidak berterima kasih, yang sedikit tidak mencukupi dan yang banyak pun masih terasa kurang.

Wahai manusia,
Tidak berlalu sehari semalam melainkan sentiasa rezeki datang kepadamu tetapi para malaikat melaporkan kepadaKU tentang kejahatanmu. … sepertimana tidak ada jalan untuk ke shurga melainkan dengan amal dan tidak buleh mengumpulkan harta yang banyak melainkan dengan keringat dan kepenatan, Maka begitulah kamu tidak buleh masuk kedalam shurga melainkan dengan sabar mengabdikan diri kepada Allah. Oleh itu dekatilah Allah dengan melakukan amalan sunat, carilah keredhaan Allah melalui orang-orang miskin di kalangan kamu, Dan dapatkanlah kasih sayang dan rahmat Allah di tempat-tempat ulamak kerana sesungguhnya rahmat dan kasih sayang Allah tidak pernah berpisah daripada ulamak walaupun sekelip mata.

Wahai manusia,
Aku hairan terhadap mereka yang yakin dengan mati tetapi bagaimana mereka masih suka gembira. Aku hairan terhadap mereka yang yakin akan adanya hisab (perhitungan) tetapi mereka masih tamak mengumpulkan harta benda… Aku hairan terhadap mereka yang yakin tentang akhirat namun mereka masih bersenang-lenang… Aku hairan terhadap mereka yang sibuk memperkatakan atau menceritakan keaiban atau kekurangan orang lain padahal mereka lupa tentang keaiban diri mereka sendiri… Aku hairan terhadap mereka yang yakin bahawa mereka akan mati seorang diri, masuk ke dalam kubur seorang diri, akan disoal oleh mungkar dan nangkir dalam keaadan seorang diri tetapi mereka masih berjinak-jinak dengan manusia.


Tazkirah oleh,
Ust Mohd Puad Abd Wahab
Di sebuah pondok…
29 Okt 2010 @ 11.00 pagi.

2 comments:

nadiah said...

.........

insan biasa said...

Ust Puad dah 15 tahun mengaji di pondok. sebelum tu belajar di UM. Tak lama lagi akan sambung belajar di syria.

Akhir majlis dia berpesan,
mengajilah sepanjang hayat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BICARA AGAMA


Popular Posts


uwais al qarni…

engkau hanya seorang insan biasa
dari kalangan bani yaman
disisimu tiada punyai nama
pangkat darjat mahupun kedudukan

setianya umar ali menanti satu harapan
kerna mengharap pengampunan
seperti mana yang telah dikhabarkan
oleh utusan rasul junjungan

keadaanmu dipandang hina
kerna berpakaian serba kedhaifan
namun begitu kau sentiasa melemparkan
pandanganmu ketempat sujudmu

wahai uwais.. kekasih allah
sunyinya namamu di dunia
tetapi terkenal namamu disana
sehingga rasul menyintaimu

beruzlah dirimu dari manusia
kerna ingin mengabdikan padanya
bagimu merasa aman bersamanya
bagaikan alam adalah dirinya…

Ya Allah,
malam hanya terasa indah
apabila berbisik denganMU,
siang hanya terasa indah
apabila mentaatiMu.

Tiada kelazatan dunia
kecuali dengan menyebut namaMU,
Dan akhirat tidak terasa indah
kecuali dengan beroleh kemaafan dariMu.

Juga syurga tidak terasa indah
kecuali dapat melihat-MU

munajat Yahya bin Muaz Ar-Razi