Pages


Monday, July 27, 2009

NEKMATNYA SIHAT...


Hebatnya kekuasaanMU,
suatu masa Engkau mengambilnya
maka hilanglah segalanya.

dan pada suatu masa
Engkau mengembalikannya...
maka engkau kembali mendapatkanya

YA RABBI,
Tiada kuasa selain daripada kuasaMU!

Saturday, July 25, 2009

PENDEKATAN PENGABDIAN PADA KHALIQ

Panduan Bersandar Bulat Kepada Rahmat ALlah
Setengah dari tanda bahawa seorang itu bersandar diri pada kekuatan amal usahanya, iaitu berkurangnya pengharapan terhadap rahmat kurnia ALlah ketika terjadi padanya sesuatu kesalahan...

Monday, July 20, 2009

Menu disuatu pagi cuti


Menu ini disediakan oleh ibu dan dirasa bersama oleh ayah, ibu dan kaklong pagi tadi. Huraiannya :
nasi goreng putih
sotong
daging goreng
keropok
3 biji manggis - pokok sendiri petik dgn tangan, manis lekat ttekok..
Air nyior pandan jelly - beli kat kuliah ust azhar semalam
Kopi O ais - tidak kelihatan dalam gambar (belakang pandan jelly)

Friday, July 17, 2009

Apa sebenarnya...

apakah sebenarnya yang terjadi,
apakah masalahnya...
hanya mereka-mereka sahaja yang tau
dan mengerti

itulah sebahagian cerita dunia,
keliru, sedih, ketawa...
berputaran

... ayoh nok ghoyat ggapo bbenar ni!

Sunday, July 12, 2009

Hari Temu Mesra SMAPL

Tarikh : 11 Julai 2009
Masa : 9.00 - 1.30 pm
Tempat : Dewan Seri Bestari
Perasmian : Dr Wan Azhar b Wan Ahmad, Pengerusi PIBG SMAPL
Hadir : Ayah, ibu dan Kak Long

Thursday, July 09, 2009

Ijtimak Menarik Rahmat ALlah



Ijtimak Umat Islam Sedunia
Tempat : Nilai, Malaysia
Tarikh : 9 – 12 Julai 2009

Apabila manusia berkumpul dengan tujuan semata-mata untuk mengingati Allah maka Para Malaikat akan saling memanggil dari langit hingga kebumi dan mendoakan keselamatan.

Semakin ramainya insan berkumpul mengingati Allah seperti menghadiri majlis-majlis ilmu, sembahyang berjemaah, tilawat Quran, taqlim tentang kelebihan amal, majlis muzakarah iman-niat, tashbihat atau keramaian di mana mereka memuji dan mengagungkan Allah; akan jadi asbab semakin banyaknya rahmat melimpah kebumi yang sedang dipijak dan kesannya manusia akan hidup dalam keadaan yang tenang.

Mengharap rahmat Allah agar kedamaian dan keamanan tersebar diseluruh pelusuk dunia. Manusia dapat keselamatan di dunia dan akhirat.

Allah swt berfirman"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada ALLAH dan Rasul-NYA dan (dari) berjihad untuk agama-NYA, maka tunggulah sehingga ALLAH mendatangkan keputusan-NYA (azab seksa-NYA); kerana ALLAH tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka)." (Surah at-Taubah, 9: 24)

Ibnu Umar r.a berkata,
"jika kamu berada diwaktu petang, janganlah kamu tangguh kewaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi, janganlah kamu tangguh kewaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kita berada didalam keadaan sihat sebagai persediaan diwaktu kita sakit dan ketika kita masih hidup sebagai bekalan ketika kita mati."

Apa yang lebih penting,
kita ada wakil di sana.

Wahai anakku,
semoga engkau akan temui apa yang engkau cari
dan sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan,
dariNYA,
InsyaALlah...

Temu Murni SMAAZA

Tarikh : 8 Julai 2009
Masa : 8.30 - 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Fikri
Hadir : Ibu arif dan Kak long

Pertama kali dalam sejarah, dik kesibukan tugasan seharian maka tak berkesempatan untuk hadir pada majlis sesi pertemuan dengan guru-guru yang telah berusaha mendidik anak-anak agar menjadi insan yang berguna pada diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan ummah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BICARA AGAMA


Popular Posts


uwais al qarni…

engkau hanya seorang insan biasa
dari kalangan bani yaman
disisimu tiada punyai nama
pangkat darjat mahupun kedudukan

setianya umar ali menanti satu harapan
kerna mengharap pengampunan
seperti mana yang telah dikhabarkan
oleh utusan rasul junjungan

keadaanmu dipandang hina
kerna berpakaian serba kedhaifan
namun begitu kau sentiasa melemparkan
pandanganmu ketempat sujudmu

wahai uwais.. kekasih allah
sunyinya namamu di dunia
tetapi terkenal namamu disana
sehingga rasul menyintaimu

beruzlah dirimu dari manusia
kerna ingin mengabdikan padanya
bagimu merasa aman bersamanya
bagaikan alam adalah dirinya…

Ya Allah,
malam hanya terasa indah
apabila berbisik denganMU,
siang hanya terasa indah
apabila mentaatiMu.

Tiada kelazatan dunia
kecuali dengan menyebut namaMU,
Dan akhirat tidak terasa indah
kecuali dengan beroleh kemaafan dariMu.

Juga syurga tidak terasa indah
kecuali dapat melihat-MU

munajat Yahya bin Muaz Ar-Razi