Pages

Thursday, July 09, 2009

Ijtimak Menarik Rahmat ALlah



Ijtimak Umat Islam Sedunia
Tempat : Nilai, Malaysia
Tarikh : 9 – 12 Julai 2009

Apabila manusia berkumpul dengan tujuan semata-mata untuk mengingati Allah maka Para Malaikat akan saling memanggil dari langit hingga kebumi dan mendoakan keselamatan.

Semakin ramainya insan berkumpul mengingati Allah seperti menghadiri majlis-majlis ilmu, sembahyang berjemaah, tilawat Quran, taqlim tentang kelebihan amal, majlis muzakarah iman-niat, tashbihat atau keramaian di mana mereka memuji dan mengagungkan Allah; akan jadi asbab semakin banyaknya rahmat melimpah kebumi yang sedang dipijak dan kesannya manusia akan hidup dalam keadaan yang tenang.

Mengharap rahmat Allah agar kedamaian dan keamanan tersebar diseluruh pelusuk dunia. Manusia dapat keselamatan di dunia dan akhirat.

Allah swt berfirman"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada ALLAH dan Rasul-NYA dan (dari) berjihad untuk agama-NYA, maka tunggulah sehingga ALLAH mendatangkan keputusan-NYA (azab seksa-NYA); kerana ALLAH tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka)." (Surah at-Taubah, 9: 24)

Ibnu Umar r.a berkata,
"jika kamu berada diwaktu petang, janganlah kamu tangguh kewaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi, janganlah kamu tangguh kewaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kita berada didalam keadaan sihat sebagai persediaan diwaktu kita sakit dan ketika kita masih hidup sebagai bekalan ketika kita mati."

Apa yang lebih penting,
kita ada wakil di sana.

Wahai anakku,
semoga engkau akan temui apa yang engkau cari
dan sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan,
dariNYA,
InsyaALlah...

32 comments:

Anonymous said...

Saya baru balik menghadiri ijtimak ni...

Semoga nasihat2 ulama dijelmakan dalam tindakan dan amalan dalam kalangan usahawan agama.Semoga hidayat tersebar ke seluruh alam asbab pengorbanan mereka yang keluar jalan Allah.

p.s.: Saya skrg tengah online kat Golden Lounge, KLIA... tunggu flight.

p.p.s.: Ehh.. Ada jugak ke orang tabligh yang naik flight business class? :-) Ingatkan orang tabligh ni tinggalkan dunia kerana kejar akhirat...

haronmnoor said...

apa yang ada pada kita semuanya ALlah bagi pinjam. Bila pinjam, satu masa akan diambil balik oleh tuannya...

haronmnoor said...

teringin nak kenal anda, emel saya : haronmnoor@yahoo.com

ayah said...

ase n use,
hakikatnya hanya DIA...

haron said...

syahrul,
salam perkenalan...

Hase said...

HOHO~ Best best!

Dengar kata Najib datang, Anuar datang, menteri2...

Ase ado napok keto 'yg dipertuan agong'... nok ambik gambar, ore2 situ tok bagi..haha

First day, kat udara tu penuh dgn helikopter, polis2...

hase said...

Oh~ Ase jupo Timbalan dekan n Ex-Timbalan Dekan fakulti medik ase.. haha~

Timbalan dekan tu kato ko Ex-Timbalan Dekan, "This is our 1st year students~"

hase said...

Buleh ar search kat YOUTUBE.. ''Ijtima Malaysia''

Ayah said...

napoknya usen koho dekki..

hase said...

http://www.youtube.com/watch?v=Cz4XeD2BOFg

hamba ALlah said...

no komen,
dlm sesuatu hal, sejarah jelas menceritakan segala2nya...

utk masa ini, biarlah kita berbaik sangka. Mudah2an semuanya ikhlas, hanya kepada ALlah kita berserah!

Kn said...

Memang diakui ada yang ghibtoh, termasuklah hussein. Bolehkah wakil kita di sana berkongsi apakah yang dapat diperolehi? Tertanya-tanya yang tidak hadir ini...

usen said...

setuju dengan Hamba ALlah

ayah said...

Use, ayah pun rasa gitu jugak. SMAPL - ayah & ibu dah sampaikan salam pd cikgu2 yg masih ingatkan use...

haronmnoor said...

syahrul, ada cara ke kita nak letak gambar dekat ruang komen ni?

syahrulnizam said...

Testing...

GAMBAR

syahrulnizam said...

Saya rasa letak gambar tak boleh, tapi link untuk ke gambar boleh. Tapi sedikit HTML coding diperlukan.

haronmnoor said...

saya rasa saya dpt idea tu, saya cuba bila senang...

usen said...

[img]http://img514.imageshack.us/img514/7748/datemasamune.jpg[/img]

usen said...

[image]http://img514.imageshack.us/img514/7748/datemasamune.jpg[/image]

haha..

Hase said...

haha... Klu ase cerito pun Kn tok pehe gok... Sbb bende tu khusus utk yg pernah kluar jer...

Bleh rujuk Syahrul Nizam... sbb ase baru2 belajar jah...

ayah said...

teringin nok makan dalam talam bersama keluarga, guano ambe, setuju?

azam...

hASE said...

SETUJU!!!!

100% SETUJU!!

Hase tunggu lamo doh nok make dalam talam ngan keluarga!!!

hase said...

Bereh bereh... buleh ar wak lepas nih~~~

Dio ado caro2 dio.. tokleh main kokse jah... klu dok, jd bazir....

nanti hase balik kito makan dalam talam deh...

Nih, hari rayo ni buleh?

ayah said...

beres.. beres...
jadi!

Ibu kaki guano doh,
buleh paka kasut doh ko?

Hase said...

ibu kaki molek doh... tinggal kuping dekat2 nok jadi parut... Haha.. blaja Chronic Inflammation... tau sket bakpo lambat sembuh n bla3....

Buleh doh pakai kasut... nok berlari pun buleh... tp setakat ni, nok duduk tahiyyat tokleh lagi.... hok lain bereh doh...

ibu said...

ambe jago mmolek...biar baik betul2. keng seppak pulok keng. alang2 berpantang biar sapa jadi po asal.

Kn said...

setuju!

kn setuju make talam di hari raya tapi jange lupo ngoyak Insya-Allah (surah al-kahfi;24)


ase, sakit tu bersebab tu..

ayah said...

ok, insyaALlah kita practise sbb rahmat ALlah boleh turun dimana sahaja walaupun benda yg kita buat tu dianggap remeh tapi sebenarnya,
tak ada yg remeh bila benda tu Rasullullah yg amalkan...

semua azam, insyaALlah...

hase said...

Saya azam makan dalam talam!!

(haha)

Hase said...

Hoho~

Ayoh Su Man 40 hari kat Bombay, India!

ibu said...

ambe, kn crito,kn transit kat Bombay, panasnyo...dio kato, mujurla ambe tk buat medic india. Cek guano doh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BICARA AGAMA

Popular Posts

uwais al qarni…

engkau hanya seorang insan biasa
dari kalangan bani yaman
disisimu tiada punyai nama
pangkat darjat mahupun kedudukan

setianya umar ali menanti satu harapan
kerna mengharap pengampunan
seperti mana yang telah dikhabarkan
oleh utusan rasul junjungan

keadaanmu dipandang hina
kerna berpakaian serba kedhaifan
namun begitu kau sentiasa melemparkan
pandanganmu ketempat sujudmu

wahai uwais.. kekasih allah
sunyinya namamu di dunia
tetapi terkenal namamu disana
sehingga rasul menyintaimu

beruzlah dirimu dari manusia
kerna ingin mengabdikan padanya
bagimu merasa aman bersamanya
bagaikan alam adalah dirinya…

Ya Allah,
malam hanya terasa indah
apabila berbisik denganMU,
siang hanya terasa indah
apabila mentaatiMu.

Tiada kelazatan dunia
kecuali dengan menyebut namaMU,
Dan akhirat tidak terasa indah
kecuali dengan beroleh kemaafan dariMu.

Juga syurga tidak terasa indah
kecuali dapat melihat-MU

munajat Yahya bin Muaz Ar-Razi