Pages

Monday, March 22, 2010

Majlis Silaturrahim Pondok dan Sambutan Maulidur Rasul 1431H

Tajuk : KESEMPURNAAN RASULULLAH S.A.W
Tempat : Madrasah Darul Muhajirin
Tarikh : 4 & 5 Rabiul Akhir 1431H / 20 & 21 Mac 2010

Tetamu Jemputan :

1. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari Al-Nadwi Al-Maliki
2. Syeikh Rohimuddin bin Nawawi al-Bantani
3. Saiyyidi Ahmad Al-Hadi Al-Maghribi
4. Kiyai Hj Ali Badri Azmat Khan
5. Habib Ahmad Umar Hussin Bafaddhol Al-Masyhur
6. Ustaz Hussein Abdul Kadir
7. Dr Mohd Syukri Yeoh Abdullah


Sayyidina Abu Bakar al Siddiq :
"Sesiapa yang menafkahkan satu dirham untuk majlis membaca maulud Nabi SAW, maka dia akan menjadi temanku di dalam syurga"

Dan sebagaimana telah diperkatakan oleh Imam Syafi'i :
"Sesiapa yang menghimpunkan saudaranya (sesama Islam) untuk mengadakan majlis maulud Nabi SAW itu, maka dia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari akhirat bersama ahli siddiqin, syuhada dan solihin serta berada di dalam syurga-syurga Na'im"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BICARA AGAMA

Popular Posts

uwais al qarni…

engkau hanya seorang insan biasa
dari kalangan bani yaman
disisimu tiada punyai nama
pangkat darjat mahupun kedudukan

setianya umar ali menanti satu harapan
kerna mengharap pengampunan
seperti mana yang telah dikhabarkan
oleh utusan rasul junjungan

keadaanmu dipandang hina
kerna berpakaian serba kedhaifan
namun begitu kau sentiasa melemparkan
pandanganmu ketempat sujudmu

wahai uwais.. kekasih allah
sunyinya namamu di dunia
tetapi terkenal namamu disana
sehingga rasul menyintaimu

beruzlah dirimu dari manusia
kerna ingin mengabdikan padanya
bagimu merasa aman bersamanya
bagaikan alam adalah dirinya…

Ya Allah,
malam hanya terasa indah
apabila berbisik denganMU,
siang hanya terasa indah
apabila mentaatiMu.

Tiada kelazatan dunia
kecuali dengan menyebut namaMU,
Dan akhirat tidak terasa indah
kecuali dengan beroleh kemaafan dariMu.

Juga syurga tidak terasa indah
kecuali dapat melihat-MU

munajat Yahya bin Muaz Ar-Razi