Pages

Friday, January 14, 2011

Yusof


7 Safar 1432 @ 12 Jan 2011 @ 7.07 petang

Saatnya begitu genting
ahh..jauhnya keluh ibumu
alangkah gelisah
betapa kelak wajahmu.

begitu paling curiga
menantimu
betapa nyawa ibumu
sedang terduga,
ketika saat menentukan
antara ada dan tiada.

kemudian,
dunia ini serasa mutiara
oh tangismu...
yang melapangkan dada!

sedutan :
Lahirlah engkau
Usman Awang (1958 - 1960)

6 comments:

Pok Cik said...

Tahniah untuk
Kak Fiza dan Mad.

Semuga bertambah bahagia
dengan kedatangan ahli baru,
InsyaALlah.

dengar2 namanya,
Mohd Yusof Amsya....

kak yah said...

baby adik ni....

Nenek said...

Baby adik ni....saba deh nek.....

Pok Cik said...

hmmm...
koho sebok la kak yah tu kitgi..

mok su timah said...

???

Bamboo River said...

Tahniah kak piza~~!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BICARA AGAMA

Popular Posts

uwais al qarni…

engkau hanya seorang insan biasa
dari kalangan bani yaman
disisimu tiada punyai nama
pangkat darjat mahupun kedudukan

setianya umar ali menanti satu harapan
kerna mengharap pengampunan
seperti mana yang telah dikhabarkan
oleh utusan rasul junjungan

keadaanmu dipandang hina
kerna berpakaian serba kedhaifan
namun begitu kau sentiasa melemparkan
pandanganmu ketempat sujudmu

wahai uwais.. kekasih allah
sunyinya namamu di dunia
tetapi terkenal namamu disana
sehingga rasul menyintaimu

beruzlah dirimu dari manusia
kerna ingin mengabdikan padanya
bagimu merasa aman bersamanya
bagaikan alam adalah dirinya…

Ya Allah,
malam hanya terasa indah
apabila berbisik denganMU,
siang hanya terasa indah
apabila mentaatiMu.

Tiada kelazatan dunia
kecuali dengan menyebut namaMU,
Dan akhirat tidak terasa indah
kecuali dengan beroleh kemaafan dariMu.

Juga syurga tidak terasa indah
kecuali dapat melihat-MU

munajat Yahya bin Muaz Ar-Razi