Pages

Saturday, April 11, 2009

Palestin : Harga suatu pengorbanan...


Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab

Pada 27/12/2008 lalu penduduk Gaza menyebut tentang karamah salah seorang pemimpin HAMAS, Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Shanab. Peristiwa tersebut berlaku dihari pengebumikan anaknya, Hasan yang syahid dihari pertama serangan Israel ke atas Gaza baru-baru ini. Beliau dan 2 pengawalnya dibunuh Yahudi yang menembak 5 buah peluru berpandu dari pesawat pada pukul 1.15pm hari Khamis 21/8/2003 di Jalan Muhafazah, Gaza. Kereta yang dinaiki jenis Volkwagen berwarna putih bertukar menjadi bola api dengan mengeluarkan serpihan-serpihan besi. Petugas ambulan kemudiannya berjaya mengeluarkan 3 mayat dari kereta tersebut.

Isteri beliau menceritakan kepada media Batalion Al-Qassam bahawa ketika mereka hendak mengebumikan anaknya di Tanah Perkuburan Asy-Syeikh Ridwan, mereka tidak mendapati tempat untuk jenazahnya, lalu merancang mengebumikannya di tanah perkuburan yang lain. Si ibu tidak bersetuju lalu meminta mereka mengebumikannya di liang lahad ayahnya sendiri, Ismail yang telah syahid 5 tahun lalu. Mereka tidak membuka kubur Ismail semuanya. Hanya sebahagian liang sahaja dibuka. Apabila salah seorang pemuda turun ke liang untuk mengebumikan anaknya Hasan, dia terkejut dengan apa yang dilihatnya. Dia mendapati jasad Asy-Syahid adalah seperti baru, kain kafannya masih putih bersih dan tiada tanda perubahan walau telah berlalu masa 5 tahun. Darah di kain kafannya seperti seolah-olah baru keluar pada saat itu juga.


Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab,
ayah kepada Asy-Syahid Hasan Ismail Abu Syanab

Isteri beliau juga menambah bahawa bendera yang membaluti jasad Asy-Syahid Ir. Ismail dihari jenazahnya diarak orang ramai 5 tahun lalu sehingga ke hari ini masih berbau kasturi yang keluar dari tubuh Asy-Syahid ketika itu.

Ir. Ismail Hasan Abu Syanab adalah salah seorang pemimpin tertinggi HAMAS. Beliau dilahirkan di Gaza dalam tahun 1950. Keturunan beliau berasal dari kampung Jaurah Al-Majdal, dalam kawasan Palestin 1948 (yang sedang dijajah sepenuhnya sejak 1948). Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Al-Mansurah, Mesir dan ijazah Sarjana Kejuruteraan Awam dari universiti di Amerika Syarikat. Beliau bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Islam Gaza dan sebagai dekan Fakulti Sosial dan Pendidikan di universiti yang sama.

Beliau juga adalah salah seorang pengasas gerakan HAMAS bersama Asy-Syahid Ahmad Yaasin dan pernah dipenjara selama 10 tahun atas tuduhan memimpin HAMAS di sepanjang Intifadhah Pertama. Sesetengah orang menganggap beliau adalah orang nombor dua dalam susunan kepimpinan HAMAS ketika itu. Beliau juga adalah pengarah Institiut Kajian Masadepan di Gaza. Beliau menonjol dalam persatuan professional dan mewakili HAMAS dalam beberapa biro yang lain.

“Jangan kamu mengira orang yang dibunuh dijalan Allah itu sebagai orang-orang mati. Bahkan mereka orang-orang hidup, diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka gembira dengan apa yang diberi Allah dari kurniaanNya dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang belum menyertai mereka (syahid dengan kata-kata) ‘Jangan kamu takut kepada mereka (musuh-musuh) dan mereka tidak bersedih hati”. (Ali Imran:168-169).

sumber : www.inijalanku.wordpress.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BICARA AGAMA

Popular Posts

uwais al qarni…

engkau hanya seorang insan biasa
dari kalangan bani yaman
disisimu tiada punyai nama
pangkat darjat mahupun kedudukan

setianya umar ali menanti satu harapan
kerna mengharap pengampunan
seperti mana yang telah dikhabarkan
oleh utusan rasul junjungan

keadaanmu dipandang hina
kerna berpakaian serba kedhaifan
namun begitu kau sentiasa melemparkan
pandanganmu ketempat sujudmu

wahai uwais.. kekasih allah
sunyinya namamu di dunia
tetapi terkenal namamu disana
sehingga rasul menyintaimu

beruzlah dirimu dari manusia
kerna ingin mengabdikan padanya
bagimu merasa aman bersamanya
bagaikan alam adalah dirinya…

Ya Allah,
malam hanya terasa indah
apabila berbisik denganMU,
siang hanya terasa indah
apabila mentaatiMu.

Tiada kelazatan dunia
kecuali dengan menyebut namaMU,
Dan akhirat tidak terasa indah
kecuali dengan beroleh kemaafan dariMu.

Juga syurga tidak terasa indah
kecuali dapat melihat-MU

munajat Yahya bin Muaz Ar-Razi