Pages

Saturday, February 13, 2010

Pelita Hati

Fikir itulah pelita bagi hati
Yang mendapat kita ingat akan mati

Ingat-ingat serta fikir sehari-hari
Kita duduk dalam kubur seorang diri

Jika hidup kita dapat harta jenuh
Itu akhir tinggal masuk dalam tanah...

Dodoi semula oleh :
Pak Su
Pasir Puteh.
13 Feb 2010

Kalam hikmah Syeikh Ibnu Athoillah r.a. :
"Berfikir ialah ibarat pelita hati, maka apabila berfikir telah hilang (terhenti), bererti tidak ada lagi cahaya bagi hati tersebut"

Pak Su berdodoi lagi,
Tuntutlah ilmu hingga mati
negeri akhirat sedia menanti

matilah kamu seorang diri
di dalam kubur tempat yang sunyi...

Pasir Puteh,
6 Feb 2010 @ 9.50 am

3 comments:

ayah said...

Masa yg ada, gunalah ia
jangan asyik dgn indahnya dunia

tuntutlah ilmu dgn ikhlas
agar semuanya dapat amalkan.

manafaat hidup dgn sempurma
saat kematian
tiada siapa yg tahu...

ayah said...

Ingat-ingat
akan 5 masa yang kita masih ada :

Masa muda,
masa sehat,
masa lapang,
masa kaya,
masa hidup...

ayah said...

Wahai anak2ku,
Janganlah kamu lalai dan leka,
jangan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BICARA AGAMA

Popular Posts

uwais al qarni…

engkau hanya seorang insan biasa
dari kalangan bani yaman
disisimu tiada punyai nama
pangkat darjat mahupun kedudukan

setianya umar ali menanti satu harapan
kerna mengharap pengampunan
seperti mana yang telah dikhabarkan
oleh utusan rasul junjungan

keadaanmu dipandang hina
kerna berpakaian serba kedhaifan
namun begitu kau sentiasa melemparkan
pandanganmu ketempat sujudmu

wahai uwais.. kekasih allah
sunyinya namamu di dunia
tetapi terkenal namamu disana
sehingga rasul menyintaimu

beruzlah dirimu dari manusia
kerna ingin mengabdikan padanya
bagimu merasa aman bersamanya
bagaikan alam adalah dirinya…

Ya Allah,
malam hanya terasa indah
apabila berbisik denganMU,
siang hanya terasa indah
apabila mentaatiMu.

Tiada kelazatan dunia
kecuali dengan menyebut namaMU,
Dan akhirat tidak terasa indah
kecuali dengan beroleh kemaafan dariMu.

Juga syurga tidak terasa indah
kecuali dapat melihat-MU

munajat Yahya bin Muaz Ar-Razi