Pages

Sunday, January 31, 2010

Hati Terkenang...

AL-FATIHAH

Ya Allah,
Berilah mereka
balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku
dan Pahala yang besar
atas kesayangan
yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka
sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

6 comments:

usen said...

ameen3..

Kn said...

Walaupun kita berlainan alam, tapi mereka masih boleh berbahagia dengan doa dan istighfar ikhlas dari kita InsyaAllah. Malah mereka mungkin ternanti2 dgn hadiah ini.

Jom baca yasin ,doa , istighfar selawat byk hadiahkan untuk Allahyarham Tok ayoh, mok. Tidaklah bacaan yasin limitted pd malam jumaat sahaja. hari2 lain pun boleh.

haronmnoor said...

Alhamdulillah.

dan AL FATIHAH itu sebenarnya sebagai peringatan, sebagai hadiah spontan tanpa memerlukan masa yang khas untuk melakukannya..!

Insyaallah,
jadikan amalan.

usen said...

teringat dulu2, maso mok sore2 tgh dlm perjalanan nok naik "bukit", nok lawat cucu2, sanggup jln kaki sore jah.

AL-fatihah utk kedua2nya.

ayah said...

tok ayah pulak, setiap kali balik rumah bbacok petang2, selisih dgn motor nokgi masjid.

"hase...huse..."

ibu said...

ibu tk kuat untuk didik anak2 tanpa bantuan dan sokongan dr arwah mak.sekarang terasa kehilangannya...ya Allah, betapa Engkau mengetahui rahsia hati ku...Limpahkanlah RahmatMu Keatas roh insan mulia ini. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BICARA AGAMA

Popular Posts

uwais al qarni…

engkau hanya seorang insan biasa
dari kalangan bani yaman
disisimu tiada punyai nama
pangkat darjat mahupun kedudukan

setianya umar ali menanti satu harapan
kerna mengharap pengampunan
seperti mana yang telah dikhabarkan
oleh utusan rasul junjungan

keadaanmu dipandang hina
kerna berpakaian serba kedhaifan
namun begitu kau sentiasa melemparkan
pandanganmu ketempat sujudmu

wahai uwais.. kekasih allah
sunyinya namamu di dunia
tetapi terkenal namamu disana
sehingga rasul menyintaimu

beruzlah dirimu dari manusia
kerna ingin mengabdikan padanya
bagimu merasa aman bersamanya
bagaikan alam adalah dirinya…

Ya Allah,
malam hanya terasa indah
apabila berbisik denganMU,
siang hanya terasa indah
apabila mentaatiMu.

Tiada kelazatan dunia
kecuali dengan menyebut namaMU,
Dan akhirat tidak terasa indah
kecuali dengan beroleh kemaafan dariMu.

Juga syurga tidak terasa indah
kecuali dapat melihat-MU

munajat Yahya bin Muaz Ar-Razi