Pages


Wednesday, January 13, 2010

Menjelang Gerhana Matahari 15 Jan 2010



Tajuk Kutbah Terdahulu : "GERHANA BULAN"
Tarikh : 01 Januari 2010 / 15 Muharram 1431H
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Saya berpesan dengan diri dan juga dengan sekalian jemaah agar kita benar-benar bertakwa kepada Allah dengan menjunjung segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga dengan itu hidup kita di bawah lindungan Allah SWT.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Pada saat ini kita diperlihatkan dengan kuasa Allah yang Maha Agung iaitu kejadian gerhana matahari. Matahari yang bercahaya di siang hari penuh purnama secara tiba-tiba hilang cahayanya sedikit demi sedikit sehinggalah tiada lagi cahaya yang kelihatan. Begitulah kehebatan kekuasaan Allah yang mampu mengubah segalanya di langit dan bumi pada bila-bila masa yang tidak ada satu kuasa lain yang dapat menyekat Qada’ dan Qadar.

Allah SWT berfirman di dalam al-Qur'an menjelaskan bahawa perubahan yang berlaku terhadap matahari dan bulan itu adalah di bawah tadbir Allah SWT. Oleh itu sujudlah kepada Allah yang mengawal selia dan menyelenggara terbit dan terbenam matahari serta bulan sebagaimana terdapat pada surah al-Fussilat ayat 37:

Maksudnya: "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sembah matahari mahu pun bulan tetapi sembahlah Allah yang menciptakannya, jika kamu hendak sembah”.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Setiap perubahan yang berlaku terhadap cakerawala mengandungi hikmah yang tersendiri. Begitu juga perubahan yang berlaku kepada matahari dan bulan, sudah pastinya mengandungi hikmat yang tertentu, antaranya memberi peringatan agar hamba-Nya tidak melampaui batas.


Rasulullah SAW pun bersabda yang mafhumnya:
"Bahawasanya matahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda kekuasaan Allah SWT. Allah menakutkan hamba-hamba-Nya dengan perubahan matahari dan bulan. Dan bahawasanya matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan kematian seseorang dari kalangan manusia. Maka apabila kamu melihat berlakunya sesuatu (gerhana matahari atau bulan), maka solatlah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan tersingkap semula bagi kamu" (Riwayat Imam Muslim dari Abi Mas'ud al-Ansari)

Gerhana bulan merupakan amaran Allah SWT untuk seluruh manusia agar patuh dan setia di atas titah perintah Allah SWT dan menjauhi laranganNYA. Gerhana bulan adalah suatu peristiwa yang menakjubkan kepada seluruh umat manusia kerana secara tiba-tiba bulan kehilangan cahayanya. Sesungguhnya gerhana bulan akan berlaku tahun dari tahun sebagai peringatan Allah SWT di atas segala ketelanjuran dasar yang dilakukan sama ada disukai atau tidak kerana sampai satu ketika gerhana bulan yang tidak pulih dari gerhana dan bumi jua gerhana. Firman Allah dalam surah al-Qiyamah ayat 7-9:

Maksud: “ Maka apabila mata terbelalak(ketakutan), dan apabila bulan telah hilang cahayanya dan matahari dan bulan dikumpulkan”.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Mengikut cacatan sejarah gerhana bulan berlaku beberapa kali pada hayat baginda Rasulullah SAW. Manakala gerhana matahari terjadi di zaman Rasulullah SAW pada tanggal 10 Rabiul Awal tahun ke-8 hijrah. Gerhana matahari kebetulan berlaku sewaktu kematian putera baginda Rasulullah SAW iaitu Ibrahim ketika usianya baru 70 hari. Gerhana matahari terjadi sekali lagi pada 10 Muharram 61 hijrah sewaktu Saidina Hazim bin Ali dibunuh.

Ahli falak Islam yang masyhur dizaman silam, Imam al-Khawarizmi berpendapat setiap dua (2) jisim yang berdekatan itu mewujudkan kesan tarik menarik di antara satu sama lain, samada kuat atau pun lemah tarikan tersebut. Oleh kerana sewaktu berlakunya gerhana matahari, matahari berada hampir dengan bumi. Pastinya akan berlaku tarikan kuat dari bulan terhadap bumi yang mengakibatkan berlakunya perubahan angin yang memberi kesan kepada cuaca dan musim. Hal ini juga boleh membawa perubahan kepada tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman dan benda hidup di dunia ini.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Ummul mukminin Saidatina Aishah R.HA berkata Riwayat al-Nasai:

Mafhumnya: "Dan sesungguhnya telah jelas cahaya matahari, maka Rasulullah SAW berkhutbah dihadapan orang ramai sambil memuji Allah SWT dan sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua daripada keagungan Allah. Gerhana kedua-duanya berlaku bukan disebabkan mati atau hidup seseorang. Apabila kamu melihat terjadi gerhana matahari atau bulan, maka hendaklah kamu mendirikan solat sunat gerhana dan bersedekah serta memperbanyak mengingati Allah. Sabda Nabi SAW: "Wahai umat Muhammad, jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu sedikit ketawa dan banyak menangis".

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Tinggalkanlah maksiat sekiranya kita telah terlanjur dan jauhi maksiat sekiranya belum terjebak. Ahmad dan Salamah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Mafumnya: "Apabila berleluasa maksiat di kalangan umatku, nescaya Allah limpahkan azab di sisinya. Aku bertanya: Ya Rasulullah, sekiranya di kalangan mereka itu terdapatnya orang-orang soleh? Rasulullah SAW menjawab: Benar! Ummu Salamah bertanya: Kenapa orang yang soleh juga ditimpakan azab? Rasulullah SAW menjawab: Mereka ditimpakan azab bersama manusia yang lain kemudian mendapat keampunan Allah dan mendapat keredhaan-Nya".


Marilah kita berdoa kepada Allah semoga gerhana yang berlaku ketika ini tidak mengakibatkan berlakunya perubahan angin yang memungkinkan kesan kepada cuaca dan musim yang memberi kesan kepada perubahan tabii tumbuh-tumbuhan dan tanam-tanaman serta kehidupan di dunia.

Kutbah Online Jakim.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BICARA AGAMA


Popular Posts


uwais al qarni…

engkau hanya seorang insan biasa
dari kalangan bani yaman
disisimu tiada punyai nama
pangkat darjat mahupun kedudukan

setianya umar ali menanti satu harapan
kerna mengharap pengampunan
seperti mana yang telah dikhabarkan
oleh utusan rasul junjungan

keadaanmu dipandang hina
kerna berpakaian serba kedhaifan
namun begitu kau sentiasa melemparkan
pandanganmu ketempat sujudmu

wahai uwais.. kekasih allah
sunyinya namamu di dunia
tetapi terkenal namamu disana
sehingga rasul menyintaimu

beruzlah dirimu dari manusia
kerna ingin mengabdikan padanya
bagimu merasa aman bersamanya
bagaikan alam adalah dirinya…

Ya Allah,
malam hanya terasa indah
apabila berbisik denganMU,
siang hanya terasa indah
apabila mentaatiMu.

Tiada kelazatan dunia
kecuali dengan menyebut namaMU,
Dan akhirat tidak terasa indah
kecuali dengan beroleh kemaafan dariMu.

Juga syurga tidak terasa indah
kecuali dapat melihat-MU

munajat Yahya bin Muaz Ar-Razi